Part 17

463 12 0
                                    

Aryan memandu laju. Hatinya tidak sabar mahu membawa pulang Aqifa kembali ke pangkuannya. Dia tahu dia salah. Dia tahu dia bodoh.

Bunyi hon yang panjang menyentakkan Aryan. Sebuah lori balak sedang menuju ke arahnya. Stereng diputar ke tepi.

Dumm!

Keretanya berlanggar dengan tiang elektrik. Kepalanya terhantuk di stereng kereta. Darah pekat keluar dari kepalanya.

Kepalanya mula pening. Dunia seolah berputar tanpa henti. Sakit yang menyengat di kepala seperti nyawanya hendak ditarik.

"Allah.."

Air matanya gugur. Belum sempat dia hendak memujuk Aqifa, belum sempat dia hendak membawa gadis itu pulang. Belum sempat dia hendak menunaikan janjinya dengan Fyra.

Di fikirannya, hanya ada-

Fyra,

Aqifa.

Kedua-dua permaisuri hatinya. Memori dia dan isteri-isterinya kuat terbayang di fikiran.

Kereta yang remuk sepenuhnya itu mula dikelilingi orang ramai yang lalu lalang. Masyallah!

........................

"Allah!"

Aqifa mengucap panjang. Mimpi buruknya sebentar tadi berjaya menggetarkan jiwanya. Suaminya dalam bahaya.

"Abang... Abang!"

Jeritannya bergema sehingga menyedarkan Farhana yang masih lena. Dengan laju, Farhana menuju ke bilik sahabatnya. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kenapa ni?"

"Hana... Aryan.."

Tubuh Farhana dipeluk dengan penuh rasa takut. Air matanya lebat mengalir tanpa berniat untuk berhenti.

Dup dap dup dap dup dap!

Jantungnya berdetak laju. Seolah-olah perkara itu benar-benar terjadi. Seolah-olah bayangan mimpi tadi merupakan satu kenyataan.

Memikirkan hal itu, tubuh Farhana makin erat dipeluk. Dia takut. Dia takut. Takut.

"Qifa.. Cakap kat aku kenapa?"

"Aryan.."

"Ada apa dengan Aryan?"

Jantung Farhana juga berdegup laju menanti jawapan Aqifa. Dia juga risaukan lelaki itu.

"Dia.."

"Dia apa?"desak Farhana. Esakan Aqifa semakin kuat.

"Dia... Aryan.."

Aqifa pengsan di dalam pelukan Farhana. Farhana tergamam. Tubuh Aqifa digoncang separa kuat.

"Hey Qifa.."

Pipi wanita itu ditepuk perlahan. Dengan pantas, tubuh itu dibaringkan di atas katil. Selimut ditarik hingga ke paras pinggang gadis itu.

Rambut Aqifa diusap lembut. Risau dia melihat keadaan sahabatnya itu tika ini. Namun hatinya masih berdegup laju memikirkan kata-kata Aqifa. Apa yang Aqifa cuba sampaikan sebenarnya?

..........................

"Kenapa tak tidur lagi?"tegur Tengku Adrina. Fyra tersentak seketika sebelum senyuman ikhlas diukir buat mertuanya.

"Fyra tunggu Ary.."

"Ar pergi mana?"tanya Tengku Adrina pelik. Jarum panjang jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul 4 pagi.

"Tadi Ary tersedar lepastu sebut nama Aqifa. Fyra suruh la dia pergi pujuk Aqifa tapi tak sangka dia nak pergi hari ni jugak. Degil."

Tengku Adrina tersenyum kecil. Lengan Fyra ditepuk lembut. Risau benar Fyra dengan Aryan. Jelas kelihatan raut risau wanita itu.

Tiga Cinta Milik TengkuWhere stories live. Discover now