"Kawan aku dah nak kahwin"ujar Farhana sayu. Aqifa yang sedang disolek oleh mak andam hanya mampu tersenyum. Nanti mukanya jadi macam opera cina pula. Tangan Farhana digenggam.
"Kahwin tak kahwin, kau tetap sahabat aku dunia akhirat"kata Aqifa. Mak andam atau lebih mesra dipanggil Kak Siti telah keluar setelah mengenakan solekan kepada mukanya. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis sahaja make-up yang dikenakan.
"First time aku tengok kau bersolek. Selalunya sapu bedak sikit pastu calit lipstick"usik Farhana. Aqifa yang sudah mengenakan baju kurung moden berwarna krim untuk akad nikah dipandang. Terdapat manik pada hujung lengan dan leher baju itu. Cukup simple tetapi cantik. Kata Aqifa, tidak perlu memakai baju yang cantik-cantik untuk akad nikah lain lah kalau sanding.
"Haha. Aku pun tak nak pakai benda ni tapi mama suruh. Kau tahu aku tak suka bersolek kan?"
"Nanti kalau kau ada masalah, terus bagitahu aku. Jangan simpan sorang-sorang"pesan Farhana. Matanya mula bergenang dengan air mata. Aqifa tersenyum tawar.
"Okay, Cik Farhana yang jelita ni. Janganlah sedih-sedih time aku nak kahwin ni"rengek Aqifa manja. Farhana memeluknya. Ditepuk-tepuk bahu Farhana yang menjadi cengeng sekarang.
"Okay. Sekarang, pergi pakai tudung"arah Farhana. Ralit matanya memerhati Aqifa yang sedang mengenakan shawl.
"Assalamualaikum. Qifa dah siap?"tanya Tengku Adrina. Tubuh Aqifa dibelek-belek. Terasa seri pengantin baru itu.
"Dah. Okay tak ma?"
"Cantik. Sekarang, kita turun. Tok kadi dah sampai"ajak Tengku Adrina. Tangan Aqifa dipimpin ke bawah manakala Farhana mengikut dari belakang. Aqifa duduk di atas pelamin kecil yang dihias sendiri oleh Tengku Adrina dengan bantuan saudara-mara yang lain. Sempat lelaki di hadapan tok kadi dipandang sekilas, namun lelaki itu membelakangi dirinya.
Hati Aqifa mula berdebar-debar. Genggaman tangannya dan Tengku Adrina dieratkan. Hatinya tidak henti-henti dari mengucapkan kalimah Allah berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Suara Tengku Kamal dihiraukan. Hanya menunggu suara bakal suaminya berbicara.
"Aku terima nikahnya Tengku Nur Aqifa Alia bt Abdullah dengan mas kahwinnya RM2500 tunai"
"Sah"
"Sah"
"Sah"Sejurus sahaja ketiga-tiga saksi berkata 'sah', tangan diangkat memohon dan mengucap kesyukuran kepada yang maha berkuasa.
"Assalamualaikum, my Bella"bisik Aryan gemersik di telingaku. Aqifa terkaku. Tubuhnya seakan-akan kaku apabila Aryan meraih jari jemari ku untuk menyarungkan cincin.
"Salam suami kamu, Qifa"
Aqifa tunduk menyalami tangan kekar Aryan. Terasa lembut bibir Aryan mencium dahinya buat seketika. Air mata Aqifa mula mengalir di pipi. Terasa bahunya sarat dengan tanggungjawab yang harus dilakukan dengan ikhlas dan penuh amanah.
"Thanks, my bella"ucap Aryan.
'Mak, ayah, Ar dah kahwin dengan Qifa..'
.......................
Fyra melangkah menghampiri Aryan dan Aqifa yang sedang ralit melayan para tetamu dengan senyuman di bibir. Bahagia hatinya menyaksikan hari penyatuan kekasih hatinya dan gadis pilihannya.
"Congrats Ary and Qifa. Tak sabar nak tengok anak korang berdua nanti. Pastikan I jadi mama diorang"usik Fyra. Aqifa tersenyum manis. Aryan hanya beriak selamba.
"Thanks, Fyra. Esok hari Fyra dan Ar pula"ucap Aqifa. Fyra sengih. Aryan pula sudah mengukir senyuman nakal.
"That's quite scary when I think about it. But it's okay, I'm not a coward." Senyuman senget dihadiahkan buat Aryan.
"Yeah but you know red rose? Loser is always loser"balas Aryan kerek. Aqifa yang melihat pertelingkahan kecil itu hanya mampu mengeleng. Pasti ada sahaja yang akan dilakukan pasangan itu esok.
"Anyway, congrats again. I wish to see your baby boy first, Qifa. But baby girl pun okay la"ujar Fyra bergurau. Mereka tergelak.
"I pergi makan dulu tau. Bye"pinta Fyra.
Aqifa hanya tersenyum sambil memandang langkah Fyra yang semakin menjauh. Lingkaran tangan yang terasa di pinggangnya menyentakkan khayalannya.
"Bella..mama nak jumpa kita. Tapi cakap kat mama, abang nak pergi toilet jap. Nanti abang follow bella"kata Aryan. Dahi Aqifa dikucup sekilas. Tersenyum gadis itu dibuatnya. Panggilan 'bella' sudah menjadi gelaran buatnya.
Tengku Adrina dihampiri. Senyuman dihadiahkan buat para tetamu yang terserempak dengannya.
"There's my daughter in law, Tengku Nur Aqifa Alia"kata Tengku Adrina. Bahu Aqifa dipaut. Kawan-kawannya mula memuji kecantikan dan peribadi Aqifa yang sopan membuatkan dirinya berasa bangga kerana mempunyai menantu sebaik Aqifa.
"Cantik betul menantu you. Kalah anak I, Warhah"puji Datin Amelia. Aqifa hanya mampu mengukir senyum.
"Memang cantik, sopan, lemah lembut, perfect lah katakan. Kalau I tahu, dah lama I jodohkan dengan anak I, Tengku Fattah tu. Sejuk mata I tengok"puji Tengku Maznah pula. Baginya, Aqifa sempurna dari pelbagai sisi. Tidak gedik seperti anak-anak atau menantu orang kaya yang lain. Pakaian pun sopan sahaja.
"Haha. Tengku boleh dah hapuskan niat Tengku sebab Aqifa ni hanya milik saya"sampuk Aryan. Sedari tadi, dia berada di situ tanpa disedari. Panas hatinya mendengar kata-kata Tengku Maznah yang menaruh niat untuk memperisterikan Aqifa dengan anaknya.
"Apalah Ar ni. Maafnya, dia memang suka bergurau"
Sebuah cubitan dihadiahkan buat Aryan oleh Tengku Adrina. Orang gurau pun tak boleh.
"Biasalah, Ad. Sape yang tak sayang bini kan? Kamu jangan risau lah, Aryan. Aunty tak rampas punya isteri kamu ni"balas Tengku Maznah. Aryan hanya mengangguk tanpa sebarang senyuman. Tangan Aqifa terus dipimpin ke kolam. Malas mahu melayan kata-kata makcik tua di khemah itu.
"Ar...awak kenapa?"soal Aqifa lembut. Wajah dingin Aryan dipandang takut-takut. Aryan sudah kembali kepada perangai dia yang dulu ke?
"I'm sorry. And please, call me abang and I'll call you bella"pinta Aryan lembut. Pinggang Aqifa dipeluk dan merapatkan jarak di antara mereka berdua. Merah wajah gadis itu dibuatnya. Aqifa hanya mengangguk sambil menunduk.
"Sekarang awak dah boleh lepaskan saya"kata Aqifa. Namun, pelukan Aryan semakin diperketatkan.
"What? Awak-saya?"tanya Aryan nakal. Aqifa mencebik.
"Abang boleh tak lepaskan bella sekarang?"soal Aqifa dengan suara yang dibuat-buat manja. Aryan tergelak kecil. Rangkulan dilepaskan. Pipi kanan Aqifa yang gebu dikucup sekilas. Makin memerah muka Aqifa. Aryan senyum nakal. Perasaanya terasa berbunga melihat riak wajah malu-malu Aqifa. Malu tapi mahu eh?
xxxx
Perkahwinan itu indah. Namun, tak semuanya berakhir dengan kebahagiaan. Ada yang mulanya manis seperti madu akhirnya menjadi pahit sepahit-pahitnya.
YOU ARE READING
Tiga Cinta Milik Tengku
RomanceNur Aqifa Alia? Fyra Melissa? Atau Raudhah Farhana? Siapa cinta Tengku Aryan Emir? Adakah ketiga-tiga gadis cantik itu? "Qifa sayangkan abang. Sepenuh hati dan seikhlas Qifa"-Nur Aqifa Alia "I sayangkan you, Ary. I cintakan you"-Fyra Melissa "Jika k...