Part 14

138 8 0
                                    

"Ary.."

Aryan tersenyum nipis khas buat sang isteri. Dia tahu Fyra risaukan dirinya yang kelihatan sedikit tidak terurus. Hati dia runsing memikirkan tentang Aqifa.

"You kena kuat. Untuk Aqifa. Untuk I. Untuk mama. Untuk papa"pujuk Fyra.

Aryan menarik wanita itu hingga jatuh terduduk di atas ribanya. Tangan diangkat melingkari pinggang ramping isterinya yang bak model itu.

"Maafkan I. I lemah.."

Fyra memeluk suaminya. Diusap lembut bahu lelaki itu bagai menyalurkan kekuatan. Dia tahu suaminya sudah mula mencintai Aqifa. Seperti impiannya.

"I..hiks..I sayang you and Qifa.."

"I tahu. You pun cintakan I dan Qifa."

Kedua belah pipi Aryan diusap dengan tangan mulusnya. Kesian dia lihat keadaan suaminya itu. Lemah saja sepanjang kehilangan Aqifa.

"I perlukan both of you guys dalam hidup I. Fyra dan Aqifa"luah Aryan lagi. Senyuman nipis terukir di bibir Fyra. Sempat lagi cik abang ni buat ayat sweet.

"Abang kena kuat. Suatu hari nanti, Fyra akan pergi juga"ujar Fyra. Kenyataan. Kansernya dah tahap 3. Itu kata Dr Asha. The fact.

"Kenapa Fyra cakap macam tu?"

"Ajal dan maut itu di tangan tuhan, sayang. Kita tak mampu melawan apatah lagi memadam. Kita hanya mampu menerima dan terus menerima walaupun hati kita dah terlalu rapuh dan hancur untuk terima segalanya."

Bicara Fyra sedikit sebanyak menyentak tangkal hati lelakinya. Seolah-olah kata-kata itu mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya.

"Tapi I belum bersedia. I belum bersedia untuk kehilangan kedua-dua cinta I"rengek Aryan. Pelukan di pinggang Fyra makin dieratkan. Takut. Ya. Dia takut. Takut untuk kehilangan permaisuri-permaisuri cintanya.

Rambut suaminya dibelai lembut ibarat memujuk seorang bayi yang inginkan mainan. Aryan, cinta hatinya. Cinta matinya. Kerana Aryan, dia belajar apa itu cinta. Cinta yang indah namun bisa menyakitkan.

"Ajal tak kira persediaan kita, sayang. Bila masa kita dah sampai, maka roh bakal terpisah dari jasad. Segala penyesalan masa tu dah tak berguna. Raungan dan rayuan tak mampu untuk mengembalikan masa. Sebab tu, kita kena menghargai apa yang kita ada sekarang."

"Sama macam abang, perlu menghargai kehadiran Fyra dan Aqifa.."pintas Aryan. Fyra tersenyum sambil menjatuhkan kepala beberapa kali.

"Kita perlu menghargai setiap perkara. Sama ada tentang perasaan iaitu sayang, cinta, mahupun benci. Setiap rasa memberi makna berbeza. Mengajar kita perkara yang berbeza. Membuat kita faham apa itu perasaan"terang Fyra panjang lebar. Bermadah pula dah.

"I tahu. I perlu menghargai cinta Qifa untuk I sama macam I menghargai cinta you untuk I."

"Sama macam I menghargai cinta you untuk I"sambung Fyra.

Di malam yang redup itu, mereka saling berpelukan dan meluahkan rasa. Nasihat diselit buat kehidupan. Kehidupan kita tak semestinya kekal bahagia mahupun kekal terluka. Setiap masa, setiap detik pasti akan berubah. Yang atas, bakal berada di bawah. Yang bawah, pasti akan naik ke atas.

...........................

"Ary.."

Lengan suaminya digoncang lembut menyedarkan sang putera yang sedang beradu. Tidur pun hensem pakwe ni.

"Ary.. Solat subuh dulu."

"Kejap"rengek Aryan.

"Tak baik tau melambatkan solat.."

Aryan mencelik matanya. Kantuk yang mengusai diri sebenar tadi sudah hilang melihat permaisuri hati di depan mata ini.

"Bangun pun. Pergi solat.."

"You dah ambil wudhuk ke?"

"I cuti."

Aryan menjatuhkan kepalanya. Seronok perempuan dapat cuti. ABC. Ais batu kacang. Sedapnya.

"I bangun dulu. You sambunglah tidur. Mesti penat"ujar Aryan perlahan dengan suara yang sedikit serak. Masih mamai sebenarnya. Fyra tersenyum. Suara cik suami betul-betul menggoda.

"Ye Ary sayang. Pergi solat"arah Fyra tegas.

Tersenyum bibir kecilnya mendapat flying kiss Dari suaminya yang sudah hilang di dalam bilik air. Masih mamai pun tetap sweet.

.........................

Street!

Bunyi tayar kereta bergeseran dengan tar menyentakkan Aqifa. Dada diurut menenangkan hati. Hampir sahaja dia dilanggar sebentar tadi.

"Ermm saya minta maaf, cik. Saya tak perasan tadi"pohon lelaki yang memandu kereta Ferrari kelabu itu. Aqifa tersenyum nipis.

"Takpe. Salah saya juga." Lembut sahaja suara Aqifa memaafkan kesalahan lelaki itu.

"If you don't mind, jom pergi minum. My treat."

Aqifa terdiam sebentar memikirkan tawaran lelaki itu. Perasaanya berbelah bahagi. Namun dek kerana tekaknya yang haus terkena sinar mentari, dianggukkan juga kepala dalam separuh rela. Dia masih ingat status dirinya, bukan bujang mahupun janda tetapi isteri orang. Sudah berpunya.

Lelaki itu membawanya ke cafe berdekatan. Punggung dilabuhkan di hadapan lelaki bermata hijau zamrud itu.

"So can I know who you are?"

"Erm sure. Just call me Aqifa. Nur Aqifa Alia." Tak perlu rasanya untuk membanggakan pangkat Tengku yang dimiliki apatah lagi hatinya masih sakit mendengar hakikat itu.

"Wait. Aqifa? Awak pernah accident dilanggar?"soal lelaki itu terkejut. Aqifa mengangguk dengan teragak-agak. Macam mana mamat ni tahu?

"Oh my god. Saya, Tengku Zarif. Orang sama yang langgar awak hari tu. Maafkan saya. Dah hampir dua kali saya langgar awak. Masyallah."

"It's okay. Saya dah sihat dah pun."

"Masa saya langgar awak hari tu, saya terpaksa fly ke Itali atas urusan kerja. So, tak sempat saya nak melawat dan memohon maaf dari awak. Maafkan saya"pinta lelaki itu atau lebih tepat Zarif.

"Takpe. Tengku tak sengaja."

"Tak perlu bertengku bagai dengan saya. Panggil je saya, Zarif. Anggap kita ni kawan."

Aqifa tersenyum kecil. Matanya meliar memerhati sekitar ruangan kafe itu. Cantik dengan bertemakan alam semula jadi. Sangat menyamankan.

"Do you like here? I mean the surrounding?"

"Yup. I feel calm here. I wish to come here another time." Aqifa tergelak kecil. Zarif mengukir senyuman melihat tawa gadis itu.

"Awak dah berpunya ke?" Soalan Zarif berjaya mematikan senyuman manis di bibir nipis Aqifa.

"Saya dah kahwin. Suami saya outstation." Bersalah hatinya menipu orang yang tidak berdosa ini.

"Oh. I see."

Zarif hanya mampu memendam rasa. Mungkin wanita itu bukan jodohnya.

"Saya pergi dulu. Saya perlu balik sekarang"pinta Aqifa sopan. Zarif mengangguk kecil. Sebelum Aqifa keluar dari kafe itu, mereka sempat bertukar senyuman tanda perkenalan.

'Aqifa. Secantik orangnya.'

Tiga Cinta Milik TengkuWhere stories live. Discover now