Flashback:
"Hana sayang!"
Farhana tersenyum. Kaki diatur laju menuju ke arah kekasih hatinya. Rindu.
"Yan!" Yan ataupun Tengku Aryan Emir tersenyum kecil dengan kemanjaan kekasihnya.
"Hana rindu Yan!"
"Me too.."rengek Aryan. Jika tak mengenangkan batas diantara mereka, pasti wajah comel dan polos itu digomol-gomol dengan geram.
"Yan la dah lama tak datang sini sejak pindah KL. Text pun jarang-jarang. Hana rasa macam tak ada kekasih je"perli Farhana. Aryan tersengih tak bersalah.
"Yan busy tau kat sana. Tak sempat nak call, text. Banyak sangat kerja sekolah"adu Aryan.
"So? Hana tak terima alasan tu"rajuk Farhana.
"Hana sayang tomey tembam.."
Senyuman Farhana akhirnya mekar jua. Tawa kecil terlepas dari bibirnya. Pandai jejaka ini memujuknya.
"Pandai pujuk Hana."
"Memanglah. Yan raja pujuk tau"angkuh sang jejaka. Farhana mencebik.
"Hana kena balik dah. Dah nak dekat Maghrib. Esok kita jumpa lagi."
Aryan mengangguk kecil. Meskipun berat hatinya untuk melihat sang kekasih pergi, namun dia tetap akur.
"Bye!"laung Farhana dari jauh. Tangan dilambai buat Aryan.
Aryan tersenyum kecil. Lambaian Farhana dibalas dengan flying kiss.
"Hana untuk Yan! Yan untuk Hana!"
Mereka menjerit serentak slogan cinta mereka. Mereka hanya untuk mereka berdua. Tak akan ada orang ketiga.
........................
"Yan..."
"Apa Hana sayang?"
Aryan tersenyum kecil melihat tawa Farhana. Bila gadis itu bahagia, hatinya turut merasa gembira.
"Hana nak minta tolong boleh?" Farhana bersuara manja. Aryan diam sejenak seolah-olah berfikir. Dia sembunyi senyum melihat perubahan wajah gadis itu.
"Ermm.."
"Please, Yan." Hana membuat muka comel. Bibir dimuncungkan ke depan manakala matanya sengaja dibesarkan. Aryan ketawa besar.
"Fikir comel ke? Yelah. Nak Yan tolong apa?" Tangan Aryan naik mencubit pipi tembam Farhana. Gebu. Senyuman Farhana mula melebar.
"Tolong janji dengan Hana, walau apapun yang berlaku, Yan tetap akan ada dengan Hana. Boleh?"
Farhana memandang kekasihnya penuh berharap. Itu saja yang dia minta. Janji yang mesti ditepati. Perlahan-lahan, Aryan mengangguk tanda setuju. Jari kelingking mereka ditaut lama.
"Yan jangan mungkir janji."
Aryan tersenyum nipis. Kepala dijatuhkan bersungguh-sungguh supaya buah hatinya percaya akan janjinya.
"Insyallah. Selagi Yan masih bernyawa, selagi cinta masih mekar di hati kita berdua, selagi tu kita tetap akan bersama."
"Walau jodoh bukan milik kita berdua?" Farhana menyoal polos. Dia takut jika selama ini, dia hanya menjaga jodoh orang.
"Kita bukan setakat kekasih, kita adik beradik, kita kawan baik. Definisi kekasih yang sebenar adalah hubungan yang mesra dan baik. So, kita kawan baik."
Farhana tersenyum kecil mendengar jawapan Aryan. Aryan hanya tayang senyum. Sejujurnya, dia tak pasti dengan bicaranya namun dia cuba positifkan fikiran.
"Walau kita tak ditakdirkan untuk bersama, Hana akan tetap ada dengan Yan. Sampai bila-bila. Walau Hana bukan untuk Yan lagi, walau Yan bukan milik Hana lagi, Hana akan tetap ada di sisi Yan. Susah dan senang."
........................
Farhana berjalan mendekati Aryan dari belakang. Deruan ombak pantai berlumba-lumba menyapa tubuh dinginnya.
Tubuh tegap Aryan dipandang sayu dari belakang. Mereka akan terpisah lagi. Lagi dan lagi.
"Hana... Sampai bila nak tenung Yan?" Aryan menyoal tenang. Farhana tersentak. Dia berpeluk tubuh. Punggung turut dilabuhkan di tepi Aryan.
Mereka berdua saling merenung ke arah laut yang terbentang luas. Sebagaimana luasnya laut, sebegitulah tak terhitungnya cinta mereka berdua.
"Yan nak pergi lagi..." Farhana menunduk memandang pasir. Lengannya diusap menghilangkan kesejukan.
"Yan akan sentiasa pergi, Hana. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Nanti, Yan datang lagi. Janji."
Aryan memandang Farhana yang masih menunduk. Hatinya juga berat untuk meninggalkan kekasih hatinya di sini, namun keluarga juga perlu diutamakan.
"Jangan janji, Yan. Cukup satu janji yang Yan buat. Cukup Yan berjanji untuk sentiasa ada dengan Hana. Jangan bebankan diri dengan janji yang menggunung, takut nanti memakan diri." Tulus Farhana memberi nasihat. Aryan menghela nafas kecil.
"Hana-"
"Hana tak kisah jika Yan tak kembali lagi, tapi tolong kembali untuk janji yang Yan dah lafazkan. Tolong." Farhana mengangkat wajahnya lalu membalas renungan Aryan.
Sesaat kemudian, anak matanya dilarikan. Tak sanggup rasanya untuk berterusan berpandangan begitu.
"Insyallah, Yan akan kembali untuk janji kita."
Farhana tersenyum nipis sambil mengangguk kecil. Aryan memandang lama wajah polos cintanya itu.
"I will miss you."
"Me too."
"I love you."
Farhana diam.
"Hana, Yan cintakan Hana. Aryan cintakan Farhana."
Farhana menunduk kembali. Setitis air matanya gugur membasahi wajah.
"Yan.."
"Yan cinta Hana."
Aryan tahu gadis itu sudah menangis. Dia ingin memujuk, namun lebih baik dia biarkan saja. Kadangkala, tangisan mampu mengurangkan beban.
"Hana untuk Yan. Yan untuk Hana."
Farhana mengetap bibir bawahnya. Kenapa hatinya rasa takut untuk melepaskan Aryan pergi?
"Kenapa Hana?"
"Stop it, Yan. Yan patut pergi sekarang. Mesti papa dan mama Yan tengah tunggu Yan."
"Hana taknak tengok muka Yan ke?"
Aryan menarik dagu Farhana ke atas. Memandang tepat ke arah wajahnya. Automatik, Farhana memejam matanya bersama dengan titisan-titisan air mata.
"I don't want you to be sad. It's hurt me too, sunshine."
Farhana teresak kecil. Sunshine...
"Hana,"
"Yan. Hana sayang Yan. Tapi jangan paksa Hana untuk tengok pemergian Yan. Please."
Aryan memandang wajah Farhana buat kali terakhir. Jemari gadis itu diraih sebelum dikucup penuh syahdu. Mengapa perpisahan mereka kali ini begitu mengayat hati?
"Yan pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Salam Aryan dijawab Farhana. Mata masih dipejam. Tak mampu untuk melihat langkah Aryan yang pastinya sudah semakin menjauh.
Aryan berpaling ke belakang buat seketika. Susuk tubuh Farhana yang jelas masih memejam mata dipandang lama. Mungkin buat kali terakhir.
"Hana untuk Yan. Yan untuk Hana."
Bibirnya mengguman slogan cinta mereka. Kaki terus melangkah dari situ. Setitik air mata jantannya juga turut mengalir.
Farhana teresak sendirian. Dia tahu Aryan pasti berpaling untuk melihat dirinya buat kali terakhir, namun dia tak dapat membalas pandangan itu.
"Hana untuk Yan. Yan untuk Hana."
Sorry gais lama x update..💙
YOU ARE READING
Tiga Cinta Milik Tengku
RomanceNur Aqifa Alia? Fyra Melissa? Atau Raudhah Farhana? Siapa cinta Tengku Aryan Emir? Adakah ketiga-tiga gadis cantik itu? "Qifa sayangkan abang. Sepenuh hati dan seikhlas Qifa"-Nur Aqifa Alia "I sayangkan you, Ary. I cintakan you"-Fyra Melissa "Jika k...