Pin! Pin!
Fyra berjalan laju menghampiri kereta suaminya. Pintu penumpang belakang di buka laju sebelum dia memohon maaf atas kelewatan dirinya.
"I'm sorry for being late"pinta Fyra. Aqifa hanya tersenyum nipis.
"It's okay, red rose."
Keadaan di dalam kereta sunyi seketika. Aryan fokus pada pemanduannya, Aqifa hanya memerhati jalan-jalan yang masih sesak dengan kereta dan manusia meskipun sudah masuk waktu makan malam. Fyra pula sibuk bermain phonenya.
"You dah okay, Fyra?"tanya Aryan prihatin. Keretanya dihentikan memandangkan lampu isyarat masih berwarna merah.
"I okay jer."
"Qifa dah suruh Ar balik tidur untuk jaga Fyra but dia ni degil"ujar Aqifa selamba. Aryan hanya beriak selamba.
"Mana boleh macam tu. Semalam kan your turn. I tak nak lah jadi tak adil pula nanti. Anyway, I okay je. You guys tak payah risau. Hidung I memang sensitif. Tak boleh panas sangat"balas Fyra. Aqifa hanya mengangguk kecil.
'Sometimes, I being jealous with you for having your love forever with you.'
............................
"Sampai pun anak menantu mama"tegur Tengku Adrina mesra. Menantu-menantunya mengucup tangan tuanya.
"Papa and mama sihat?"tanya Aqifa prihatin. Kepala dilentok manja di atas bahu Tengku Adrina.
"Papa sihat je selagi ada mama kamu di sisi"gurau Tengku Kamal. Wajah Tengku Adrina mula membahang malu. Ada ke tua-tua pun nak sweet-sweet?!
"Sejak Ar dengan Qifa tak stay sini, makin sweet papa dan mama. Nak bagi Ar adik baru ke?"usik Aryan. Pecah gelak tawa mereka semua.
"Papa on je. Nanti boleh cucu-cucu papa main dengan pak saudara dia"seloroh Tengku Kamal. Kelakar pula bila memikirkannya.
"Amboi! Tak adanya adik baru. Mama dan papa ni dah tua tau"protes Tengku Adrina. Rambut Aqifa dibelai lembut.
"Alah ma. Apa salahnya? Barulah gamat sikit rumah ni"usik Aqifa pula. Tengku Adrina menampar lengan Aqifa perlahan. Manja-manja gitu.
"Kalau nak rumah ni ada bunyi, Qifa dengan Fyra lah yang kena bagi mama cucu. Tak sabar nak jadi tokma"seloroh Tengku Adrina pula. Aqifa menunduk manakala Fyra hanya tersenyum nipis.
"Insyallah kalau ada rezeki"balas Fyra tenang. Terasa jemarinya digenggam suami tercinta.
"I want to discuss something with you guys. It's about your honeymoon with your wives. Papa sarankan kamu bawa Aqifa honeymoon untuk seminggu dulu lepastu kamu balik lah rehat dua tiga hari. Lepastu, kamu bawa Fyra honeymoon pula"cadang Tengku Kamal. Aryan hanya mengangguk.
"I'll try."
"Tak payah cuba. Papa akan bagi kamu cuti start minggu depan"bantah Tengku Kamal tegas. Dia nak anaknya berlaku adil pada kedua isterinya. Sapa suruh hidup bermadu?! Tanggung lah sendiri. Muahahaha
.......................
"Red rose...."
Aryan menyandarkan kepalanya di kepala katil. Fyra pula dengan manjanya melentokkan kepalanya di atas dada bidang Aryan. Saja nak manja-manja.
"You nak honeymoon kat mana?"tanya Aryan. Sesekali, ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih.
"I tak kisah kat mana pun. Dalam negara pun tak apa like Cameron Highlands"balas Fyra. Jari telunjuknya dilukis-lukis pada dada suaminya. Bosan tau tak?!
"Kalau Cameron Highlands, kita cuti biasa-biasa pun boleh. How about Paris?"cadang Aryan. Fyra terdiam sejenak.
"Okay je"
Aryan hanya mengangguk kecil. Dia tidak kisah asalkan isterinya bahagia dan sentiasa ada di sisinya.
"How about Qifa? You dah tanya dia?"
"Belum. I'll ask her tomorrow maybe."
Keadaan sunyi buat seketika. Masing-masing sibuk melayan perasaan yang bergelora di hati. Ingin diluahkan takut memakan diri.
"Ary..."
Aryan memeluk pinggang Fyra erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan. Haruman rambut Fyra menusuk ke hidungnya. Wangi..
"Kalau ditakdirkan I pergi dulu dari you, you akan sedih tak?"soal Fyra. Aryan terkelu. Langsung tidak dijangka soalan itu yang akan keluar dari bibir mungil itu.
"Ary.."
"Of course I sedih. You cinta I, my love, my wife and my red rose"jawab Aryan. Fyra senyum.
"Kalau I nak tanya sesuatu boleh?"tanya Fyra perlahan. Dia turut membalas pelukan Aryan. Erat.
"You cintakan Qifa?"
Aryan diam. Dia pun belum ada jawapan untuk soalan itu. Dia masih mencari.
"I tak tahu"jawab Aryan lemah.
"Ary...dia layak untuk dapat cinta you. She loves you very much. More than I do maybe. Kalau tak dia tak akan izinkan you untuk kahwin dengan I sedangkan dia tahu kehadiran I akan menggugat kedudukan dia. Dia tahu you cintakan I and that's why dia benarkan kita kahwin. Hati dia dah banyak terseksa dengan pengorbanan yang dia buat untuk kita. Dia dah banyak terluka,"
Fyra berhenti seketika. Nafas ditarik dalam-dalam. Kepalanya terasa berpusing.
"Qifa layak untuk dapat cinta you. I rasa you dah jatuh cinta dengan dia but you try untuk nafikan. But why?"
"I nak tidur dulu. Goodnight"ucap Fyra. Dahi suaminya dikucup sekilas.
Selimut ditarik hingga paras dada. Mata dipejam rapat. Aryan hanya memerhati tingkah laku isterinya.
'Yes. I already love her. Very much. As I do love you, red rose'
Yeay! Aryan dah jatuh cinta dengan Aqifa. Happy ke tak? Ke menyampah? Sorry part ni sikit je sebab tak ada idea banyak sangat ni🌹💖.
YOU ARE READING
Tiga Cinta Milik Tengku
RomantizmNur Aqifa Alia? Fyra Melissa? Atau Raudhah Farhana? Siapa cinta Tengku Aryan Emir? Adakah ketiga-tiga gadis cantik itu? "Qifa sayangkan abang. Sepenuh hati dan seikhlas Qifa"-Nur Aqifa Alia "I sayangkan you, Ary. I cintakan you"-Fyra Melissa "Jika k...