9🍀

402 44 8
                                    

Perlahan-lahan kereta kami masuk ke laman rumah Tok Ayah dan Tok Ma. Penuh kereta di laman rumah itu beserta tiga buah kanopi untuk majlis pada hari esok.

Tersenyum aku melihat kereta mama dan babah ada di hadapan rumah. Pintu kereta aku buka dan keluar.

Aku merenggangkan badan. Terasa lenguh pinggang dan kaki setelah hampir 8 jam duduk di dalam kereta.

Dari jauh aku sudah melaung memanggil Tok Ayah dan Tok Ma. Sengaja aku membuat bising. Tok Ayah dan Tok Ma keluar dari rumah apabila mendengar suaraku. Danial menggeleng kepala melihat perangaiku.

"Ya Allah, dah sampai dah budak si Qaseh ni. Katanya semalam nak gerak lewat." Ujar Tok Ma sambil bergerak ke arah kami. Laju kaki aku melangkah kearah Tok Ma dan Tok Ayah yang datang menghampiri.

"Saja tipu Tok Ma." Ujarku sambil menyalam tangan Tok Ayah dan Tok Ma. Danial turut melakukan hal yang sama.

"Bertuah betul budak ni." Bahu aku ditepuk Tok Ma.

"Tok Ayah dengan Tok Ma sihat?" Danial bertanya.

"Alhamdulillah, kami sihat. Dah lama kami tak jumpa kamu, Danial. Makin lama makin hensem Tok Ayah tengok."

"Ada-ada saja Tok Ayah ni." Danial membalas pujian Tok Ayah.

"Jom lah masuk, panas kat luar ni. Habis merah-merah dah muka budak berdua ni." Tok Ma mengajak kami masuk sambil menarik tanganku.

"Danial nak ambil beg sekejap." Danial terus berlalu ke kereta dan aku hanya masuk ke dalam meninggalkan Danial seorang diri. Masih dalam mood merajuk.



Masuk saja ke dalam rumah, aku terus mencari mama dan babah. Rindu.

"Mama dengan babah keluar ke Tok Ma? Kereta banyak dekat luar tapi kenapa sunyi je?" Aku bertanya pada Tok Ma apabila aku tidak melihat kelibat mereka.

"Semua orang ada dekat laman belakang. Tengah duduk main bakar-bakar. Jomlah kita ke belakang."

"Patutlah sunyi je. Kejap, Qaseh tunggu Danial."

Danial dan Tok Ayah menghampiri kami. Terus aku melangkah ke laman belakang. Selipar aku sarungkan ke kaki begitu juga yang lain.

Meriah sungguh suasana yang berada di depan mataku. Semua orang tidak sedar kehadiran kami sehingga aku berdehem sedikit. Automatik semua menoleh.

"Woi bakal pengantin bila sampai?" Sepupuku abang Am melaung pada kami.

"Baru lagi." Aku membalas. Aku bergerak kearah mama dan babah yang sedang duduk di atas pangkin bersebelahan pokok manggis.

"Mama dengan babah tak perasan pon Qaseh sampai. Nak merajuk lah kalau macam ni." Aku berkata sambil menyilangkan tangan ke dada.

Mama, babah, Mak long, Mak Uda dan sepupuku yang lain ketawa melihat lagakku.

"Dah nak jadi bini orang pun mengada-ngada lagi kau ni dik."

Cuba teka langau mana yang bersuara tu. Siapa lagi kalau bukan Qash Anieq.

"Sibuk je acik ni."

"Sudah tu, jangan nak bergaduh. Nanti babah rendam kamu berdua dalam kolah. Danial mana dik? Babah tak nampak pun."

"Tadi adik rasa ada kat belakang adik." Aku menoleh mencari Danial.

"Haih kau ni dik, tunang pun hilang." Along disebelah babah bersuara mengundang tawa yang lain.

Kemana pulak Danial ni.

"Tak payah cari lah dik, Danial masuk dalam rumah tadi. Katanya nak guna bilik air. Nanti dia datang belakang balik." Angah pula datang dari arah belakang dan bersuara. Tangan aku hulur untuk bersalam dengan angah.

"Ingatkan dia pergi mana tadi."



Keluar dari bilik air, aku ditegur seseorang dari arah tepi. Aku menoleh. Dua orang lelaki yang hampir sebaya denganku sedang berdiri berdekatan pintu bilik air. Mungkin sepupu Qaseh.

"Kau tunang Qaseh kan?" tanya lelaki berkulit sawa matang dan sedikit berjambang kepada aku.

"Ya saya."

"Aku Khairul dan ni pulak Darwish. Kami sepupu Qaseh. Panggil je aku bang Khai sebab aku lagi tua dari kau." Lelaki tadi memperkenalkan dirinya.

Aku tersenyum sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam. Salamku di sambut mereka.

"Jom pergi belakang. Nanti yang lain cari pulak kita yang dekat depan ni." Lelaki yang bernama Darwish pula berkata.

Aku anggukan sedikit kepala dan mengikut mereka dari belakang.

"Kenapa tak bagitahu nak pergi tandas. Penat orang cari tau."

"Danial cakap la tapi sayang yang tak dengar. Danial nak pergi sana kejap, tak salam mama dengan babah lagi.".

Aku hanya mengikut Danial kembali kearah pangkin.



Hampir waktu maghrib barulah semua manusia yang duduk di laman belakang masuk kedalam rumah. Itupun setelah di marah oleh Tok Ma. Lintang pukang semua masuk.

Keadaan rumah yang sunyi sebentar tadi mula bising dengan suara-suara manusia. Ada yang bising berebut bilik air, bising masak di dapur sambil menyembang dan bising dengan suara kanak-kanak yang berlari-lari dan menangis.

Azan maghrib di masjid berdekatan rumah Tok Ayah berkumandang. Serta merta keadaan kembali sunyi. Semua bangkit mengambil wuduk untuk bersolat.

Biasanya bila semua balik ke kampung, kami akan solat berjemaah dirumah sahaja. Lebih baik rasanya solat beramai-ramai tambahan pula semua jarang berjumpa.

Kain telekung sarungkan di kepala. Setelah siap aku keluar ke ruang tamu rumah. Sejadah sudah siap dibentang. Semua kaum lelaki sudah di ruang solat.

Aku memandang Danial yang sedang bersembang dengan abang Am. Suka aku melihat Danial boleh menyesuaikan diri dengan keluarga besarku.

Aku memandang pula pakaian Danial, berkain pelikat dan memakai baju melayu bewarna hijau tua. Terserlah ketampanannya. Bertuah aku memiliki tunang sepertinya.

Terhenti mataku melihat Danial bila pinggangku dicuit dari tepi.

"Tak berkelip mata tu Kak Iffa tengok. Tahu la tunang depan mata." Anak kepada mak long, kak Iffa menyakat aku.

"Mana ada Qaseh tengok Danial." Nafi aku.

"Malu-malu pulak dia."

"Qaseh dengan Iffa tak nak solat ke? Duduk menyembang lagi. Maghrib ni singkat."

Belum sempat aku membalas, kami ditegur Tok Ma. Semua memandang kearah kami.

"Kejap, kami datang." Kak Iffa membalas. Aku dan kak Iffa terus berdiri di saf yang kosong.

Love From 3DWhere stories live. Discover now