12🍀

380 33 4
                                    

Nasi hujan panas, kuih-muih, bubur kacang hijau dan banyak lagi hidangan sudah siap dimasak dan dihidang di bawah kanopi. Dalam masa setengah jam lagi majlis akan bermula.

Orang-orang kampung dan anak-anak yatim dari Rumah Amanah juga telah tiba di laman rumah Tok Ayah dan Tok Ma.

Meriah sekali laman rumah itu dengan pelbagai ragam manusia. Aku suka lihat suasana begini.

Sambil melihat sekeliling, mata aku lilaukan untuk mencari kelibat Danial tapi tidak pula kelihatan. Sedang sibuk mencari, aku di panggil Kak Putri iaitu isteri kepada along.

"Adik, sini sekejap." Kak Putri melambai memanggil aku kearahnya. Aku pantas bergerak kearah Kak Putri yang sedang mendukung baby Aisha.

"Kenapa Kak long?"

"Tolong pegangkan baby Aisha ni, Kak long nak pergi buat susu Adam tapi tak ada orang nak tolong jaga Aisha." Aku mengambil baby Aisha dari tangan Kak long.

"Takpe lah Adik jaga dia. Kak long Nampak Danial tak?" Aku bertanya kepada Kak long mana tahu jika dia ada ternampak Danial.

"Danial ada dekat ruang tamu depan."

"Adik nak pergi dekat Danial sekejap." Aku terus berlalu ke ruang tamu depan bersama baby Aisha dan Kak long juga ke dapur membuat susu anaknya, Adam.



Danial duduk di kerusi yang terdapat di ruang tamu sambil bercakap dengan sesorang di telefon. Kaki aku tujukan kearah Danial. Kerusi kosong di sebelahnya aku duduk.

Jari baby Aisha aku pegang dan cium. Bermain dengan si kecil itu sementara menunggu Danial bercakap dalam telefon. Tersenyum kecil baby Aisha bila aku buat begitu.

"Ibu nak cakap dengan sayang. Mari sini baby tu bagi dekat Danial." Telefon Danial hulurkan pada aku. Kami bertukar tangan memegang baby Aisha.

"Assalamualaikum ibu. Ibu dengan ayah sihat?"

"Waalaikumusalam. Ibu dengan ayah sihat. Qaseh sihat tak? Rindu ibu dekat Qaseh." Ibu Danial membalas pertanyaanku.

"Alhamdulillah sihat. Qaseh pun rindu ibu jugak. Nanti Qaseh datang umah ibu ya lepas balik dari Johor."

"Hah ye lah. Bagitahu awal-awal nak datang, senang ibu nak masak sedap-sedap untuk kamu." Terdengar ceria sekali suara ibu menuturkan ayat tersebut.

"Okay ibu. Tak sabar pulak rasanya nak jumpa ibu dengan ayah."

"Ibu pun tak sabar nak jumpa kamu. Ibu letak dulu ye Qaseh. Lagipun kamu ada majlis kan sekejap lagi. Kirim salam ibu dekat Danial dengan Mama babah kamu. Assalamualaikum."

"Okay ibu. Kirim salam dekat ayah jugak. Waalaikumusalam." Panggilan aku tamatkan selepas menjawab salam ibu. Telefon aku letakkan ditepi Danial yang sedang bermain dengan baby Aisha.

"Ibu letak dah?"

"Dah. Ibu kirim salam dekat Danial." Aku sampaikan salam ibu.

"Waalaikumusalam. Comel kan baby ni sayang. Gebu je pipi dia." Habis pipi baby Aisha dicium Danial. Sesetengah budak pasti menangis bila diusik pipi tapi lain pula dengan baby Aisha ketawa sahaja.

"Sukanya dia." Aku pula menarik lembut pipi Aisha. "Baby tak boleh lebih-lebih tau sebab uncle ni Ucu punya."

Sengaja aku berkata begitu walaupun aku pasti baby Aisha tidak memahaminya.

"Dengan budak pun nak jeles tau sayang ni."

"Memang lah."

"Meh sini Danial cium sayang macam Danial buat dekat baby ni." Danial merapatkan wajahnya kearah pipiku seakan mengusik. Laju tangan aku menolak wajah Danial dari mendekat.

Love From 3DWhere stories live. Discover now