30🍀

447 25 2
                                    

"Saya cintakan awak Qaseh Aryana." Sir Danish melutut di hadapanku bersama sekotak cincin ditangan. Aku memandang seakan tidak percaya.

"Tolong jangan terima Danish, Abang dah lama tunggu Qaseh." Abang Darwish menarik tangan aku menjauh dari Sir Danish. Aku bingung melihat kedua-dua lelaki dikiri dan kananku.

"Ary selamanya milik Danial. Bukan Danish mahupun Darwish. Ingat janji Ary pada Danial." Aku menoleh ke belakang apabila mendengar suara Danial. Aku keliru.

Danial, Danish dan Darwish memandang aku dengan penuh berharap. Apa yang harus aku lakukan?


"Adik. Adik. Qaseh Aryana. Bangun sayang." Bahu aku digoncang perlahan menyedarkan aku dari lena. Wajah mama dihadapan aku tatap. Aku bermimpikah tadi? Kenapa seakan nyata apa yang aku mimpikan?

"Kenapa mama kejut adik?" Aku bertanya apabila melihat jam di dinding baru memasuki jam 3.30 pagi.

"Kamu mengigau. Meracau-racau panggil nama orang." Ujar mama menjawab pertanyaan aku.

Muka aku raup perlahan. Ya, tadi hanyalah mimpi.

"Minum air ni dulu. Nanti bangun ambil wuduk baru tidur balik. Badan kamu dah kebah sikit demamnya ni." Segelas air mama suakan pada bibirku. Aku minum sedikit.

Aku bangkit ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mama keluar sebaik saja aku masuk ke dalam bilik air. Telekung yang tergantung aku ambil. Mahu mengerjakan solat sunat.


Azan subuh yang berkumandang menyedarkan aku yang sedang lena di atas sejadah. Telekung aku tanggalkan dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Siap berpakian dan bertelekung kembali, aku keluar dari bilik. Mahu mengerjakan solat subuh bersama yang lain.

Babah, Tok Ayah dan Sir Danish sedang bersembang bersama di ruang tamu depan. Menunggu kedatangan mama dan Tok Ma.

Abang Darwish sudah pulang ke rumahnya semula selepas dimarah oleh Tok Ayah semalam kerana menumbuk wajah tetamu. Sehingga kini aku sendiri tidak tahu punca pergaduhan mereka.

Aku melangkah menghampiri mereka.


"Demam adik dah okay?" Babah bertanya apabila aku duduk disebelahnya.

"Dah okay." Balasku. Mata aku memandang sir Danish yang berada di depanku. Mimpi tadi datang menyinggah. Benarkah Sir Danish mencintai aku seperti yang dikatakannya dalam mimpi? Kepala aku menggeleng perlahan. Tidak mungkin, mimpi itu hanyalah mainan tidur.

"Hah tu mama dengan Tok Ma dah datang. Mari kita solat, lambat pula nanti." Babah berkata seraya bangun dari duduk.

Aku dan yang lain turut bangun. Bergerak ke tempat sejadah yang sudah dihamparkan.

Babah mengambil tempat untuk menjadi imam.

"Kalau Tok Ayah minta Danish jadi imam boleh ke?" Tok Ayah bertanya pada sir Danish membuatkan aku terpana. Bolehkah?

"Boleh." Ujar Sir Danish tenang dan menukar tempat dengan babah.

Sangkaan aku silap apabila aku menyangka sir Danish tidak mampu menjadi imam yang bagus. Alunan ayat-ayat al-Quran yang keluar dari bibir Sir Danish sangat merdu. Setitik demi setitik air mata aku jatuh.

Di saat aku menghadap pencipta, aku teringatkan Danial di tempat Sir Danish berdiri. Aku beristigfar dan cuba untuk melupakan segalanya disaat aku berhadapan dengan Allah.


Saat Sir Danish mengetuai bacaan doa, aku semakin teresak menahan tangis.

"Ya Allah Ya Tuhanku, kami memohon ampun di atas segala khilaf yang kami lakukan. Maafkan kami kerana melewatkan taubat kami kepadaMu kerana kami yakin akan adanya hari esok."

"Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih untuk segalanya yang telah Engkau berikan pada kami. Terima kasih untuk nikmat bernafas, nikmat kesihatan, nikmat kewangan dan semua nikmat yang Engkau berikan. Terima kasih juga atas nikmat ujianMu yang kau berikan pada kami. Kurniakan kami sedikit kekuatanMu Ya Allah untuk menempuh ujian yang Engkau berikan. Dan jangan Engkau jadikan kami hamba yang menyalahkan TakdirMu atas ujianMU."

Mama mendakap aku erat apabila melihat aku menangis. Aku membalas pelukan mama.

"Anak mama kuat. Walau apa pun jadi, mama sentiasa ada dengan adik. Mama tak nak tengok adik sedih lagi. Mama dengan babah sakit tengok adik macam ni." Ujar mama sambil tangannya mengusap belakangku lembut.

Pelukan aku longgarkan. Air mata aku seka. Tangan mama aku salam dan kucup. Tok Ma juga mengalirkan air mata melihat aku.

"Adik minta maaf." Ujarku dalam esak.

Aku mulai sedar, bukan saja aku yang terluka dengan apa yang terjadi. Mama dan babah juga. Sejak Danial kemalangan, aku sudah tidak seceria selalu. Banyak masa aku habiskan dengan merawat Danial. Keluarga aku ketepikan. Pastinya mama dan babah terasa dengan sikapku.

Wajah babah aku pandang. Babah turut mengalirkan air mata. Tangan babah depakan mahu memeluk aku. Aku bangkit dan masuk ke dalam dakapan babah.

Sir Danish yang berada di depan hanya memandang.


Selesai mengerjakan solat subuh dan drama air mata, kami semua bangkit ke dapur untuk menikmati sarapan. Masih terlalu awal sebenarnya untuk bersarapan. Kaki aku melangkah ke luar rumah. Pangkin yang berada di bawah pokok mempelam aku tuju.

Aku duduk di atas pangkin memandang suasana pagi. Matahari juga belum kelihatan.

Mata aku halakan pada ruang kosong di sebelah. Sebulan lepas aku duduk bersama Danial di sini. Di pangkin ini Danial berjanji tidak akan pernah meninggalkan aku dan aku berjanji untuk tetap setia tetapi semuanya sudah terlerai.

Aku mengeluh perlahan.

"Tak baik mengeluh." Ujar Sir Danish dan melabuhkan punggung di sebelah aku.

Aku hanya diam. Bunyi burung-burung yang berkicau menghilangkan sunyi antara kami.

"Terima kasih." Kataku perlahan.

"Untuk apa?" Sir Danish memandang wajah aku.

"Untuk segala kebaikan sir pada saya selama ni."

"Sama-sama. Saya pun nak minta maaf dengan awak." Giliran aku pula memandang wajah sir.

"Kenapa minta maaf?" Tanyaku.

"Maaf kerana memalukan awak waktu pertama kali kita jumpa dulu."

Mata aku dan sir Danish bertentang. Masing-masing terdiam.


Wajah Qaseh dipandangnya. Wajah ini yang sentiasa bermain difikirannya. Kulit putih bersih yang memerah, rambut panjang keperangan, bibir yang nipis semerah delima dan mata bewarna coklat cair menambah kecantikan Qaseh.

Benar tekaannya dulu Qaseh mempunyai darah kacukan. Lihat saja mama dan Tok Ma Qaseh. Sama cantik seperti Qaseh.

Qaseh memalingkan wajahnya kedepan apabila terlalu lama kami berpandangan. Aku turut melakukan hal yang sama.

"Takpe. Benda dah lepas." Kata Qaseh membuatkan aku tersenyum.

"Kita kawan?" tanya aku pada Qaseh.

"Kawan? Sir kan lecturer saya." Wajah Qaseh aku lihat bingung mendengar soalanku.

"Sem depan saya tak ajar awak dah. Saya bukan lecturer awak lagi. So kita kawan?" Aku masih berusaha untuk menjadi kawan Qaseh.

"Okay. Kita kawan." Qaseh mengangguk setuju.

"Hai, nama saya Danish Amsyar. Panggil saya Danish." Aku memperkenalkan diri pada Qaseh dan menghadiahkan senyuman. Qaseh sudah tertawa melihat gelagatku.

"Hai, nama saya Qaseh Aryana. Panggil Qaseh." Qaseh turut melayan perangaiku.

"Baik 'kasih sayang'" Tawa aku dan Qaseh bersatu mendengar panggilan itu.

Qaseh sayang.


'Cinta hadir kerana perkenalan, bersemi kerana perhatian dan bertahan kerana kesetiaan.'

Love From 3DWhere stories live. Discover now