17🍀

346 29 7
                                    

"Esok sayang habis exam pukul 11 pagi kan?" Danial di corong telefon bertanya.

"Haah. Kenapa?"

"Kita lunch esok dekat rumah Danial nak tak? Lagipun haritu sayang ada cakap dengan ibu nak datang kan."

Baru aku teringat perbualan aku dengan ibu sewaktu di rumah Tok Ayah. Balik saja dari Johor 2 minggu lepas, aku sibuk membuat persediaan untuk exam dan menghantar semua assignment. Terlupa aku mengenai hal itu.

"Ary lupa tau pasal nak jumpa ibu tu. Ibu ada tanya Danial ke?" Teragak-agak aku bertanya. Takut juga kalau ibu terasa hati denganku.

"Aah ibu tanya Danial tadi. Kalau sayang okay, ibu nak masak lebih esok."

"Okay. Esok kita lunch sana. Lepas kem Ary nak balik Johor terus takut tak sempat jumpa ibu dengan ayah."

Bunyi pintu bilik dikuak dari luar membuatkan aku menoleh.

Indah masuk ke bilik mengambil hoodienya yang tergantung sebelum bergerak kearah pintu semula. Seakan-akan mahu keluar kembali.

"Kau nak keluar lagi ke?" Panggilan Danial aku mute seketika dan bertanya pada Indah.

"Aku nak jumpa kawan kejap. Kau tak payah tunggu aku tau." Habis saja berkata Indah terus keluar dari bilik. Mungkin Indah pergi belajar di rumah rakannya.

"Sorry. Ary sembang dengan Indah kejap tadi." Ujarku pada Danial semula.

"Indah dah balik?"

"Dah tapi dia keluar balik."

"Dah nak dekat pukul 10.30 malam ni. Dia ke mana?"

"Entahlah. Tak sempat nak tanya dia dah keluar. Ary risau tengok dia sekarang." Aku luahkan kerisauan aku pada Danial.

"Jangan risau lah. Dia pergi belajar je tu. Sayang pergilah tidur. Jangan fikir banyak sangat."

"Okay. Good night." Aku mengucapkan selamat malam.

"Good night jugak. Mimpikan Danial tau. Kita jumpa esok." Aku tamatkan panggilan setelah membalas kata-kata Danial.

Lampu bilik aku tutup dan terus berjalan ke katil. Tidur.

Tidur aku terganggu apabila terdengar pintu bilik diketuk kuat dari luar. Bergerak aku ke pintu untuk melihat. Sebaik saja aku membuka pintu, wajah Sarah menyapa pandangan.

"Asal kau datang bilik aku ni?" Aku bertanya hairan.

"Beb aku call kau nak dekat 100 kali tau. Kenapa tak angkat?" Soalan aku tidak dijawab tapi Sarah pula bertanya pada aku.

Telefon di atas meja aku buka dan lihat. 1.05 pagi. 10 panggilan tidak dijawab. Tipu betul cakap 100 kali.

"Dah aku tidur, mana nak dengar. Cakap dengan aku kenapa kau datang bilik aku time-time gini. Tak boleh tunggu esok?" ujarku sambil melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan Sarah.

"Sorry weh. Tapi benda ni tak boleh cakap esok."

"Apa yang penting sangat tu?" Tertanya-tanya aku apabila melihat wajah Sarah seperti mahu memberitahu perkara penting.

"Aku dah tahu dah Indah selalu keluar dengan siapa." Terkejut aku mendengar ayat yang melucur dari mulut Sarah.

"Siapa beb? Bagitahu la cepat. Kau jangan main-main Sarah." Tangan Sarah aku pegang. Tiba-tiba aku berasa tidak sedap hati.

"Mana ada aku main-main. Indah selalu keluar dengan Fitri. Budak yang kita jumpa dekat kafe haritu. Sumpah aku tak percaya tapi Irwan budak sama course dengan Indah bagitahu aku kat kafe tadi."

Love From 3DWhere stories live. Discover now