23🍀

368 24 2
                                    

Mata aku celikkan perlahan apabila terasa tangan seseorang membelai rambutku. Cahaya yang terang menyilaukan mataku.

Dinding putih di depan aku pandang. Aku bermimpikah? Aku bangun dari baring. Mama yang sedang duduk disebelahku terus memeluk aku. Tidak jauh dari katilku babah dan adik-beradikku yang lain sedang berdiri.

"Qaseh dekat mana ni?" Tanya aku keliru melihat persekitaran yang tidak biasa di mataku.

"Kita dekat hospital. Qaseh tertidur tadi." Mama menerangkan pada aku.

"Hospital?" Aku memandang mama. Tiba-tiba aku teringatkan Danial. "Mama, Danial dah keluar bilik bedah?" Tanyaku laju.

"Dah, sejam lepas." Aku terus bangun dari katil mendengar kata mama. "Auch." Sakit kakiku sebaik sahaja menyentuh lantai. Kaki yang berbalut aku pandang. Baru aku teringat kakiku bengkak jatuh di gunung pagi tadi.

"Adik nak kemana?" Angah bertanya dan mendekati aku. Yang lain turut mendekat.

"Adik nak jumpa Danial. Semalam adik dah janji nak jumpa Danial lepas adik balik dari Gunung."

"Doktor tak benarkan sesiapa melawat Danial buat masa sekarang. Danial masih tak sedar lagi." Along di sebelah babah bersuara.

"Tapi adik dah...."

"Sekarang ni kita balik dulu. Esok pagi kita datang lagi tengok Danial." Percakapan aku dipotong babah. Beg aku di atas meja angah capai. Acik memapah aku perlahan.


Kami sekeluarga menyewa homestay berdekatan Hospital Slim River. Senang untuk pergi menjenguk Danial.

Ruang tamu yang diduduki semua sunyi tanpa sebarang suara. Aku juga tidak minat untuk bersuara. Terlalu banyak benda yang aku fikirkan.

Keadaan Danial yang sebenar-benarnya juga aku tidak tahu. Apabila aku bertanya semua berkata mereka juga tidak tahu.

"Adik pergilah naik rehat." Angah disisiku berkata.

Aku hanya diam. Aku dapat rasakan ahli keluargaku ada merahsiakan sesuatu. Aku bangkit perlahan keluar dari rumah dan duduk dibuai luar.


Buaian aku hayun perlahan. Aku mendongak memandang langit. Tiada bintang menghiasi dada langit. Terasa suram malam ini. Air mata yang mengalir aku seka.

Aku menoleh apabila seseorang duduk di sebelah aku. Acik.

"Adik tak sejuk ke?" Tanya acik. Aku menggeleng. "Adik sayangkan Danial?" Acik bertanya lagi.

"Sayang. Terlalu sayang. Adik sayangkan Danial sama macam adik sayangkan acik." Atau mungkin lebih ujarku dalam hati. Tertunduk aku menahan tangis. Acik mendekat dan menarik aku kedalam pelukannya. Aku membalas pelukan acik. Walaupun kami sering bergaduh, Acik merupakan orang yang paling faham perasaan aku apabila melibatkan Danial.

"Adik nak tahu tak? Kadang kala sayang kita pada manusia ni membuatkan Allah cemburu. Jadi Allah akan hantarkan pelbagai ujian untuk uji perasaan sayang tu. Kerana apa? Kerana Allah nak kita merayu dan berharap kembali padaNya. Kita sebagai manusia ni kena selalu ingat tak semua apa yang kita sayang akan sentiasa kekal dengan kita." Nasihat acik menambah tangisan aku.

"Acik rasa Allah bagi ujian ni pada adik sebab adik lupa Allah ke bila adik dengan Danial?" aku bertanya dalam esakan.

"Mungkin ya mungkin tidak. Semua itu rahsia tuhan. Sebagai hamba memang kita wajib dekatkan diri dengan Dia."

"Adik takut kalau Danial tinggalkan adik."

"Macam mama cakap. Banyakkan berdoa. Percaya pada perancangan Allah. Tak mungkin Danial nak tinggalkan adik." Acik memujuk aku perlahan. Air mata aku Acik seka.

Love From 3DWhere stories live. Discover now