32🍀

382 23 6
                                    

"Argh." Jeritnya kuat. Barang-barang yang berada di atas meja kerjanya ditolak jatuh kebawah. Kertas-kertas berselerak di atas lantai tidak dihiraukan.

Frame gambar yang terletak disisinya di ambil. Wajah gadis yang sedang tersenyum itu dia usap perlahan. Dia cintakan gadis ini sejak dulu lagi. Kenapa bukan dia yang memiliki Qaseh?

Jika dulu, Danial menjadi penghalang dia untuk mendapatkan Qaseh. Sehinggakan dia mengambil Tania sebagai isteri untuk menutup nama Qaseh dihati. Sangkanya Tania mampu menggantikan Qaseh, rupanya dia salah.

Berita Danial memutuskan pertunangan bersama Qaseh membuatkan dia tersenyum gembira. Laju dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Mahu bertemu Qaseh.

Kehadiran lelaki yang dibawa oleh Qaseh ke rumah Tok Ayah sekali lagi mencabar peluang dia untuk mendapatkan Qaseh.

Lelaki itu menyukai Qaseh. Kerana perkara itulah dia melayangkan penumbuk di wajah Danish. Dia benci melihat lelaki lain mendekati Qaseh.

Teringat dia kembali kata-kata Tok Ayah padanya semalam selepas dia menumbuk muka Danish.

"Tok Ayah tahu kamu sukakan Qaseh." Ujar Tok Ayah tenang.

"Tok Ayah tahu saya cintakan Qaseh, tapi kenapa Tok Ayah beri peluang pada si Danish tu rapat dengan Qaseh?" Tanya aku geram.

"Ingat Darwish, Qaseh tu sepupu kamu." Suara Tok Ayah kedengaran tegas.

"Apa salahnya kalau sepupu? Kami masih boleh kahwin Tok Ayah."

"Tak pernah keluarga kita kahwin dengan ahli keluarga sendiri Darwish. Tak berkembang keturunan. Lagipula kamu dah ada Aisha." Tok Ayah masih dengan pendiriannya.

Aku terus berlalu ke depan mendengar ucapan Tok Ayah. Walau bagaimanapun, aku masih mahukan Qaseh.

Mati langkah aku sebaik saja terpandang Qaseh yang sedang merawat Danish di ruang tamu. Tangan aku genggam kuat. Menahan marah.

Tanpa memberitahu sesiapa, aku pergi meninggalkan rumah Tok Ayah.

Tangisan kuat Aisha membuatkan aku sedar kembali. Laju aku bergerak ke bilik sebelah untuk melihat Aisha.


"Umi buat apa tu?" tubuh umi aku peluk dari belakang membuatkan umi terkejut.

"Ya Allah. Terkejut umi, kamu ni." Pelukan aku lepaskan. Tangan umi aku salam.

"Sorry umi. Along panggil umi dari tadi dah tapi tak menyahut pun. Rumah pun sunyi je." Mata aku memandang sekeliling.

"Walid pergi sekolah sekejap. Danisha ada dekat atas. Tengah mandi agaknya." Aku mengangguk mendengar biacara umi.

"Cik Enah mana?" Tanyaku apabila tidak terpandang kelibat pembantu rumahnya.

"Dia cuti seminggu. Balik kampung."

"Qaseh macam mana? Okay?" Tiba-tiba saja umi membangkitkan soal Qaseh.

Minuman yang tersedia di atas meja aku tuangkan ke dalam cawan dan minum. Soalan umi aku biarkan tergantung.

"Danish. Umi tanya ni." Umi mendesak mahukan jawapan.

"Alhamdulillah Qaseh okay. Dia dah putus tunang."

"Okay apanya kamu ni kalau sampai putus tunang?" Muka umi jelas terkejut mendengar jawapanku.

Bahu aku jungkitkan ke atas tanda tidak tahu.

"Umi masak apa tu?" Aku menukar topik perbualan. Tidak elok rasanya membahaskan kesedihan orang.

"Makanan kegemaran kamu. Ayam masak merah." Hidangan yang siap dimasak itu diletakkan di hadapan aku.

"Umi memang terbaik." Ibu jari aku angkat pada umi. Umi membalas dengan senyuman.


Suara orang memberi salam diluar membuatkan aku dan umi menoleh. Walid rupanya. Mata aku halakan pada tangga pula apabila terdengar derap kaki seseorang sedang turun.

"Along." Pantas telinga aku tutup mendengar jeritan Danisha yang kuat. Danisha memeluk aku erat.

"Bukan setakat pekak je, boleh mati sesak nafas along kalau dengan adik ni." Ujarku mengundang tawa umi dan walid.

"Jahatlah along ni. Orang rindu dia tapi dia tak rindu orang pun." Pelukan pada badan aku dilepaskan. Danisha menjauh. Merajuk.

"Baru dua minggu tak jumpa. Mengada tau adik ni."

"Yelah kita ni bukan sesiapa along nak rindu. Lain lah seseorang tu kan?" Bulat mata aku memandang Danisha. Seseorang itu merujuk pada Qaseh.

Selama ini semua hal berkaitan Qaseh dia ceritakan pada Danisha. Dia juga meminta Danisha merahsiakan dari keluarganya.

"Seseorang? Along dah ada calon ke?" Laju aku menggeleng mendengar ayat umi.

"Adik gurau je umi. Nampak tak muka along pucat? Entah-entah memang ada." Danisha sengaja berkata begitu untuk mengenakan abangnya.

"Sudah tu. Mari kita makan. Walid dah lapar sangat ni."

Aku menarik nafas lega. Walid memang penyelamat aku.


Telefon aku buka. Mahu membaca mesej dan whatsapp dari rakan-rakannya. Belum sempat aku membuka aplikasi whatsapp, nama SirDanish tertera di telefon aku.

Aku memandang pelik. Kenapa Sir call? Panggilan sir aku angkat juga.

"Hello." Kedengaran ceria suara sir disana.

"Hello. Sir dah sampai rumah ke?" Alang-alang aku bertanya terus.

"Danish dah sampai dalam sejam lepas. Qaseh dah makan?"

"Lega saya dengar sir dah sampai. Baru je lepas makan." Jawabku.

Suasana sunyi apabila aku dan sir hanya diam tanpa bicara. Tidak tahu apa yang harus aku tanyakan lagi.

"Sir." Panggil aku perlahan.

"Ye."

"Sir ada nak cakap apa-apa lagi ke?" Teragak-agak aku bertanya.

"Along, umi panggil." Suara perempuan kedengaran memanggil sir Danish. Pasti adiknya.

"Kejap lagi along turun." Aku hanya diam mendengar perbualan mereka.

"Sekarang. Kalau tak, adik bagitahu umi along ada awek." Suara itu kedengaran lagi.

Awek? Sir Danish sudah berpunya ke?

"Sibuk jelah adik ni. Kejap lah." Balas sir Danish.

"Qaseh." Sir Danish memanggil aku pula. Suara adiknya tidak lagi kedengaran.

"Ye. Kalau sir sibuk, saya letak dulu lah ye."

"Eh tak-tak. Saya tak sibuk." Kelam kabut kedengaran suara sir.

Aku tertawa.

"Sir nak cakap apa?" Tanya aku kembali.

"Saya nak..."

"Nak apa?" Ayat sir Danish yang tergantung membuatkan aku bertanya.

"Tak ada apa-apa." Ujar Sir Danish. Panggilan terus dimatikan. Aku tercengang memandang telefon. Kenapa dengan sir Danish? Kepala yang tidak gatal aku garu sedikit.

Love From 3DWhere stories live. Discover now