15🍀

369 29 2
                                    

Luggage aku tarik masuk ke dalam rumah. 12:45 Pagi. Terasa lenguh pinggang. Pintu bilik aku buka perlahan. Indah masih belum tidur.

"Aku ingatkan kau balik esok." Indah menegur sebaik saja aku masuk ke dalam bilik.

"Aku ada kelas esok petang. Dah nak exam ni mana boleh ponteng." Luggage di tangan aku letakkan di atas katil. Memasukkan semula baju kedalam almari.

"Haah kan nak exam dah kita ni."

"Ya cik kak. Bawak-bawak la sedar diri. Kau asal tidur lambat ni?" selalunya Indah akan tidur sebelum jam 12. Indah tersenyum-senyum aku lihat sambil bermain telefon. Lain benar perangai Indah malam ini.

"Saja. Aku tengah chat dengan kawan ni. Sekejap lagi aku tidur." Tanpa memandang aku, Indah bersuara.

Jarang aku lihat Indah tersenyum begitu jika bermain telefon. Indah ada kekasih ke? Pastinya tidak. Tak mungkin Indah merahsiakan dari aku.

Aku duduk sebentar. Telefon aku ambil dan memaklumkan pada mama dan babah aku sudah tiba di UPSI.

Tuala aku capai untuk mandi. Terasa segar badan terkena air walaupun sejuk. Mandi pukul 2 pagi, memang sejuk la. Menggigil dan biru sedikit telapak tanganku.

Baju tidur aku sarungkan ke badan. Indah sudah tidur setengah jam lalu. Lantas aku terus berbaring. Hilang segala penat. Tidak sampai seminit mata terus terpejam.

Aku menyambung tidur semula selepas solat subuh. Tidak ada apa yang hendak dilakukan dan aku juga masih mengantuk kerana tidur lewat. Nasib kelas aku bermula pada pukul 4 petang.

Terjaga aku dari lena apabila langsir bilik diselak. Cahaya matahari mula memasuki bilik. Telefon di atas meja aku ambil untuk melihat jam. 11:30 pagi. Lamanya aku tidur. Aku bangun dan duduk di atas katil.

"Sorry buat kau terjaga." Ujar Indah pada aku.

"Takpe. Lama sangat dah aku tidur. Sakit pulak kepala ni." Rambut aku lurutkan guna jari dan menyanggul tinggi. Kepala aku picit perlahan bagi menghilangkan sedikit sakit di kepala.

"Aku ada belikan kau makanan ni. Aku tahu mesti kau malas nak jalan ke kafe." Bungkusan makanan Indah letakkan di meja belajar aku

"Susahkan kau je. Terima kasih tau." Aku senyum segaris.

"Kasih diterima."

Selesai menguruskan diri dan mengemas bilik, makanan yang diberi Indah aku buka. Nasi putih, Pajeri nenas dan ayam goreng berempah terhidang di depan mata. My favourite.

Tertawa Indah melihat aku yang teruja memandang makanan di atas meja itu.

"Aku dah agak dah kau suka."

"Thanks beb. Ni aku sayang kau lebih ni."

Dengan lafaz bismillah, aku mula menikmati makanan itu. Sumpah sedap.

Seluar slack hitam dan blouse bewarna biru lembut aku sarungkan ke badan. Rambut aku ikat satu dan didandan kemas.

Wajah aku sapukan sedikit bedak dan bibir aku calitkan lipstick bewarna merah jambu. Berpusing aku melihat penampilan diri di depan cermin. Perfect.

Sewaktu tangan mahu mencapai beg dan kunci kereta, telefon aku berbunyi. Nama Danial Irfan♥️ tertera di screen telefon.

"Hello, Encik tunang. Ada apa call?" aku bertanya sambil menyarungkan kasut ke kaki.

"Hello sayang. Saja call Ary. Dah pergi kelas ke?"

"Baru keluar rumah. Danial dekat mana ni?" Kaki melangkah ke tempat parking kereta.

"Dekat bilik. Baru bangun tidur."

"Patutlah sexy je suara Ary dengar." Tertawa Danial di sana mendengar kataku. Suara serak Danial aku katakana sexy. Sexy but cute. Gatal sungguh Qaseh Aryana ni.

"Tak lama lagi setiap hari bangun pagi Ary akan dengar suara sexy ni." Sekali lagi Danial ketawa mendengar ayat yang dituturnya sendiri.

"Gatal la Danial ni. Nanti kita sambung lagi, Ary nak drive ni."

"Okay sayang. Take care and love you."

"Okay. Love you too." Panggilan aku tamatkan. Kereta mula bergerak ke blok fakulti.

"Saya nak maklumkan pada kamu semua yang pihak fakulti akan membuat satu kem di Gunung Datuk, Negeri Sembilan. Kem ini akan dijalankan selama 2 hari 1 malam sahaja. Bayaran RM 30. Jadi, sesiapa yang berminat boleh beri nama pada saya." Madam Intan berkata pada kami semua sebaik sahaja kelasnya tamat.

"Bila tarikh dia madam?" rakan kelasku bertanya.

"Sehari selepas exam kamu semua habis. 20 Februari ni. Kalau ikutkan pihak fakulti hanya mahu 40 orang terawal saja mengikut kem ini." Ujar madam Intan.

"Nanti apa-apa maklumat mengenai kem ini akan diberitahu di dalam whatsapp group."

"Baik madam. Terima kasih." Madam meninggalkan kelas. Pelajar-pelajar lain mula bangun dan turut keluar. Hanya aku dan Sarah sahaja tinggal di dalam kelas.

"Nak join tak? Macam best je daki gunung. Kita pun mana pernah mendaki." Sarah bertanya pada aku. Aku lihat mata Sarah bersinar teruja. Pasti Sarah ingin menyertai kem ini.

"Kalau mama, babah dengan Danial kasi aku join kem ni, aku on." Aku perlu bertanya pada mereka terlebih dahulu. Takut pula jika mama tidak memberi kebenaran.

"Kau call lah sekarang. Nanti penuh pula kuota nama." Sarah menggoncang-goncang tangan aku. Excited betul.

Nombor mama aku dail. Tidak sampai beberapa saat mama menjawab panggilan aku.

"Assalamualaikum adik. Ada apa-apa ke call mama ni?" Mama disana bertanya. Mama memang pandai meneka.

"Waalaikumusalam mama sayang. Tahu-tahu je mama ni." Aku ketawa kecil.

"Anak mama, mestilah mama tahu. Adik nak apa?" Mama bertanya kembali.

"Fakulti adik ada buat kem dekat Negeri Sembilan lepas exam ni. Kalau adik nak join kem tu, mama kasi tak?" Takut-takut aku bertanya.

"Pergilah kalau adik nak pergi. Mama izinkan."

"Terima kasih mama. Nanti mama bagitahu babah tau. Bye, Assalamualaikum."

Selepas mama menjawab salamku, panggilan aku matikan. Settle. Tinggal bertanya pada Danial saja.

"Mama aku kasi. Kau bagilah nama kita dekat madam. Pasal Danial, nanti aku handle."

"Yeay. Tak sabarnya nak pergi sana." Terloncat-loncat Sarah kerana gembira. Aku menggeleng melihat perlakuan Sarah. Seperti kera mendapat bunga.

"Dah-dah jom balik. Dah petang sangat ni." Kami berdua berlalu keluar dari kelas.

Balik saja dari kelas aku terus memberitahu Danial tentang hasrat aku ingin mengikuti kem tersebut. Alhamdulillah, Danial benarkan.

Minggu depan exam sudah bermula, banyak persiapan perlu aku lakukan. Balik saja dari kem aku akan terus pulang ke Johor.

Nampaknya sebulan aku tidak akan bertemu Danial. Danial hanya tetap di Perak kerana ibu dan ayah tinggal di Tanjung Malim. Untung Danial kerana bertemu keluarga setiap hari.

Azan maghrib berkumandang dari masjid Al-Mursyidin. Aku bangun ke bilik air untuk mengambil wuduk. Solat.

Love From 3DWhere stories live. Discover now