27🍀

398 27 7
                                    

Rumah yang sunyi aku pandang. Hanya tinggal aku seorang saja lagi belum pulang. Housemate yang lain dua minggu lepas sudah pulang ke kampung halaman sebaik tamatnya peperiksaan akhir.

Aku pula setia menanti Danial di sini. Aku sangkakan penantian aku akan berakhir dengan kegembiraan rupa-rupanya berakhir dengan terlerainya ikatan pertunangan.

Terlalu cepat rasanya semua yang terjadi. Aku tersenyum sendiri. Perancangan Allah itu terlalu cantik untuk aku menidakkannya. Aku ikhlaskan semuanya.

Tuala yang tersangkut aku capai. Terasa mahu demam badan apabila terkena hujan semalam. Kepala juga sudah sedikit pening. Aku melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai mandi dan mengenakan pakaian, aku mengerjakan solat subuh terlebih dahulu sebelum mengemas rumah dan bilik.

Luggage dan segala barang keperluan aku letakkan di ruang tamu. Bilik air aku cuci. Rumah aku sapu dari segala habuk dan sawang.

Tersenyum aku melihat rumah yang sudah bersih.

Aku melangkah ke katil untuk berehat. Hanya beberapa jam sahaja aku tidur semalam membuatkan badan aku terasa letih.

Minyak cap kapak aku sapukan di kepala apabila sakit kepala aku datang menyinggah lagi. Beberapa minit kemudian aku terus terlena.


Loceng yang berada di pagar luar rumah Danial aku tekan perlahan. Tidak lama kemudian pintu rumah terbuka dari dalam. Puan Mirza keluar dan datang menghampiri aku.

"Dah lama Sir sampai?" Tanya Puan Mirza beramah.

"Baru lagi. Maaf ganggu makcik pagi-pagi ni." Balasku pada ibu Danial.

"Takpe. Jom masuk rumah dulu. Kita sarapan." Ajakkan Puan Mirza buat aku serba salah.

"Eh takpe makcik. Saya datang nak ambil kereta je ni." Aku menolak lembut ajakan Puan Mirza.

"Ya Allah, makcik lupa kereta kamu dekat sini. Padanlah pagi-pagi lagi kamu dah datang." Aku tertawa mendengar bicara Puan Mirza.

"Kamu bawak kereta Qaseh?" Puan Mirza bertanya hairan apabila memandang kereta Qaseh yang berada di belakangku.

"Haah. Semalam saya yang hantar Qaseh balik." Jawabku jujur. Aku lihat wajah Puan Mirza berubah suram.

"Ni macam mana nak bawak sampai dua kereta ni?"

"Kawan saya ada dalam kereta tu. Dia segan nak keluar." Tangan aku tunjukkan pada Amir yang sedang menunggu di dalam kereta.

"Oh. Makcik tak perasan pulak kawan kamu. Betul ni kamu tak mahu sarapan dulu?" Puan Mirza meminta kepastian dari aku.

"Betul makcik. Terima kasih. Sampaikan salam saya pada pakcik dan Danial ye. Assalamualaikum." Aku menduduk sedikit tanda hormat sebelum berlalu pergi.


Laju aku berlari ke tandas apabila tekakku terasa mual. Habis segala makanan yang dimakanku semalam aku muntahkan. Kaki sudah terasa lembik untuk berdiri.

Tangan aku bawa ke leher dan dahi. Panas. Mungkin terkena hujan semalam membuatkan aku demam.

Aku berkumur sebelum kembali ke bilik. Aku menilik wajah di cermin. Mata sembab, wajah putih seperti tiada darah dan bibir juga semakin pucat. Kepala aku picit sedikit. Berdenyut-denyut.

Telefon yang berada di atas meja aku ambil. Mesej dari Sir Danish dan mama aku buka.

SirDanish:

Kereta saya letak dekat depan blok. Jumpa lepas zuhur nanti.

Love From 3DWhere stories live. Discover now