31🍀

384 23 5
                                    

Luggage yang berada di dalam kereta sir Danish aku keluarkan. Sebentar lagi sir Danish akan bertolak pulang ke kampungnya pula. Bungkusan roti dan bekas minuman semalam aku kutip dan buang.

"Biar je sampah tu, nanti Danish kemas." Ujar sir Danish dibelakang aku.

Sejak aku bersetuju menjadi kawannya beberapa jam lepas, sir Danish mula menggelar dirinya pada aku sebagai Danish. Terasa janggal mahu memanggil seorang pensyarah hanya dengan nama. Lagipula sir Danish lebih tua dari usiaku.

"Takpe. Mama tanya betul ke sir tak nak makan tengahari dulu sebelum balik?"

"Bukan tak nak tapi umi ajak lunch sama-sama harini." Aku hanya mengangguk faham. Pastinya umi sir Danish tidak sabar mahu berjumpa anaknya.

"Jom masuk dulu. Sir pun mesti nak mandi dulu kan." Ajak aku pada sir Danish.

Tak mungkin Sir Danish mahu terus pulang ke Pahang dengan mengenakan pakaian semasa solat subuh tadi. Kain pelikat babah dan baju melayu bewarna hitam.

Aku tertawa kecil tanpa sedar memikirkan sir Danish pulang ke rumahnya dengan berkain pelikat.

"Eh suka pulak dia. Fikir apa la tu. Mengutuk Danish eh?" Mati terus tawaku apabila tekaan sir Danish mengena.

"Mana ada. Saya saja je nak gelak." Ucapku sambil mencapai luggage untuk masuk ke dalam rumah.

Sir Danish menyaingi langkahku. Luggage yang berada ditanganku diambil sir Danish dan berlalu masuk ke dalam. Aku memandang hairan.


"Awak rasa Danish tu ada simpan perasaan dekat cucu kita ke?" Tok Ma bertanya pada Tok Ayah.

Sejak semalam lagi dia perasan akan tingkah laku pensyarah muda itu. Dari cara Danish memandang dan bercakap dengan Qaseh, dia anggarkan pemuda itu menyimpan hati pada Qaseh.

Pergaduhan antara Danish dan Darwish semalam juga dia tahu akan puncanya. Dia dengar dengan jelas Danish mencabar Darwish sehingga menyebabkan pemuda itu dihadiahkan penumbuk oleh cucunya, Darwish.

Mengenai hal Darwish, seluruh ahli keluarga sudah mengetahui perasaan Darwish terhadap Qaseh. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perhatian yang diberi sepupunya itu memberi maksud lain.

Kerana kesetiaan Qaseh pada Danial, Darwish berundur dan mengambil Tania sebagai isteri. Tapi sayangnya hubungan Darwish dan Tania tidak kekal lama.

"Awak tanya saya pulak. Manalah satu tahu. Kalau budak Danish tu sukakan Qaseh pun apa salahnya. Danish tu pun baik, pandai jadi imam, ada kerjaya lagi." Kata Tok Ayah sambil menyelak surat khabarnya.

"Awak sukalah kalau Qaseh dengan Danish?" Tok Ma bertanya lagi.

"Siapapun pilihan cucu-cucu kita, saya tak kisah pun. Yang penting dia orang bahagia. Awak ni banyak sangat tanya pasal Danish tu, kenapa?"

"Saya saja je tanya. Kalau Qaseh pilih Danish, saya pun suka. Hensem budak tu."

"Ingat sikit laki awak ni. Muka saya ni lagi hensem tau." Gurau Tok Ayah pada isterinya.

"Gatallah orang tua ni." Tok Ma bangkit meninggalkan Tok Ayah di ruang dapur.

Tok Ayah tertawa mendengar ayat isterinya.


Beg yang berada di atas katil aku capai. Bergerak keluar dari bilik. Aku memandang kearah bilik Qaseh. Pintu bilik Qaseh dibuka dari dalam. Pandangan kami bersatu saat Qaseh juga menoleh ke arah aku.

"Dah siap?" Qaseh menghampiri aku.

Aku mengangguk sedikit. "Semua orang mana? Danish nak salam dulu sebelum balik."

Love From 3DWhere stories live. Discover now