41🍀

373 23 11
                                    

"Awak silap Danial." Ujarku memotong kata-kata Danial. Wajah Danial dan Danish yang membelakangi aku berpaling mendengar suara aku.

Aku berjalan mendekati mereka.

"Ary datang nak jumpa Danial kan?" Kerusi roda Danial tolak sedikit menghampiri aku. Terlakar senyuman di bibir Danial.

"Tak. Qaseh datang dengan Danish." Pudar senyuman itu apabila aku menafikan tekaannya.

"Ary saja gunakan sir untuk lupakan Danial kan?" Tanya Danial yakin.

"Saya tak perlukan sesiapa pun untuk lupakan orang macam awak ni." Ujarku sedikit angkuh. Aku keraskan hati melihat wajah terluka Danial.

Seperti aku katakan tadi, cinta aku padanya sudah ternoktah.

"Tak mungkin. Ary bukan jenis orang yang tak pegang pada janji." Tangan aku dicapai Danial. Memaksa untuk aku melihatnya.

"Ary dah janji untuk setia walau apa pun jadi. Ary dah janji. Kita tunang balik ye?" Danial sudah banjir dengan air mata itu aku pandang tanpa perasaan.

Sir Danish dan Puan Mirza hanya memandang kami.

"Encik Danial Irfan Bin Rosyam, awak dah hilang ingatan ke?" kerusi roda itu aku tarik menghadap aku sebelum aku duduk merenung mata Danial.

"Dah lupa macam mana awak halau dan buang saya? Dah lupa?" melengking kuat suara aku bertanya.

Aku bukan berdendam tetapi hati aku seakan puas melihat Danial terluka sama seperti aku beberapa bulan lepas.

"Danial salah sebab buang Ary. Danial sayangkan Ary. Kita berbaik ye?" cincin pertunangan kami yang tersimpan di dalam kocek seluar, Danial keluarkan dan mahu menyarung kembali dijari aku.

Aku hanya membiarkan perbuatan itu.

"Nampaknya Danial memang dah lupa. Sini Ary ulang balik ayat tu."

"Terima kasih kerana masih setia pada aku sehingga saat ini. Kau cakap kau hanya akan pergi kalau aku buang kau kan? Mulai saat ini Qaseh Aryana binti Qash Imran, aku buang kau dari hidup aku. Aku akan anggap kau tak pernah wujud. Aku pasti kau pun boleh buang aku yang dah tak berguna ni dari hidup kau." Aku mengulang kembali ayat yang Danial berikan pada aku pada hari dia membuang aku tanpa memandang sedikit pun kekecewaan aku.

"Jelas?" Tanyaku pada Danial yang sudah meraung. Cincin yang dipakaikan itu aku tanggalkan semula.

"Maafkan Danial. Danial minta maaf."

"Saya dah lama maafkan. Untuk terima kembali, saya tak boleh. Hati ni dah terpadam nama awak macam yang awak mintak." Ujarku perlahan.

"Tentang janji tu, saya nak kotakan tapi awak yang tolak. Bukan salah saya. Saya tak berhutang dengan awak lagi." Aku bangkit dari duduk dan berjalan kearah ibu dan Danish.


"Qaseh terima Danial semula ye? Ibu yakin Qaseh dengan Danial akan bahagia macam dulu." Rayu ibu bersama tangisan.

"Qaseh minta maaf. Qaseh tak boleh terima Danial semula."

"Qaseh boleh. Ibu yakin Qaseh boleh. Ingat balik macam mana Qaseh cinta dan sayangkan Danial dulu." Puan Mirza masih merayu. Wajah tua yang berendam air mata itu aku pandang.

Mudah untuk orang katakan. Tidak untuk laksanakannya. Jika dulu Danial ingat akan cinta dan sayangnya, perkara ini tidak akan terjadi. Dia tidak akan berpatah balik walaupun mendengar rayuan dan pujukan ibu.

"Qaseh tak boleh. Hati Qaseh bukan pada Danial lagi. Qaseh dah anggap Danial tak wujud sejak Danial buang Qaseh lagi." Tangan Puan Mirza aku salam dan kucup.

Love From 3DWhere stories live. Discover now