38🍀

324 24 4
                                    

Kunci kereta yang terletak di meja belajar aku ambil. Terasa semangat pula mahu menghadiri kelas pertama semester baru kali ini. Maklumlah sudah semester akhir.

Enjin kereta aku hidupkan dan terus memandu ke dewan kuliah.

Tote bag di kerusi sebelah aku ambil dan keluar dari kereta. Terhenti langkah apabila terpandang kereta milik Sarah.

Kereta Sarah aku dekati. Cermin tingkap kereta aku ketuk apabila Sarah tidak perasan akan kehadiran aku di sebelahnya.

"Argh. Qaseh." Jerit Sarah di dalam kereta. Teruja sungguh wajahnya. Pintu kereta dibuka Sarah.

"Boleh pekak telinga ni dengar kau jerit." Usik aku.

Sarah terus memeluk aku erat. Rindu lah tu.

"Beb asal senyap je sepanjang cuti ni?" Tanya Sarah sebaik pelukan dilonggarkan.

"Saja. Dah tahu aku senyap, kenapa kau tak call aku?" kening aku angkat menanti jawapan Sarah.

"Aku takut kau perlukan masa pasal si Danial tu." Ujar Sarah takut-takut.

"Aku okay la. Anggap je aku dengan dia tak de jodoh." Senyuman manis aku hadiahkan pada Sarah.

"Aku happy kalau kau okay. Nanti aku carikan pakwe baru untuk kau eh?"

Sarah memaut lenganku sambil berjalan ke kelas.

"Tak nak lah. Aku okay je hidup cam ni."

"Kau taknak sebab ada sir Danish kan?" Sarah berbisik perlahan beserta tawa.

"Pandai-pandai je kau ni." Aku menyangkal.

"Malu-malu pulak. Habis kelas, aku nak kau cerita semuanya. Okay?"

Aku memaparkan riak bosan. Malas mahu membalas.


Sebaik saja kaki aku melangkah masuk ke dewan kuliah, semua yang berada di situ memandang wajah aku.

Aku memandang hairan. Kenapa dengan semua orang ni? Tak pernah nampak perempuan cantik ke? Eh?

Sarah menarik tangan aku di tempat yang masih kosong. Pandangan mereka aku biarkan.

"Kenapa dia orang pandang aku macam tu?" Bisik aku di telinga Sarah.

"Hai Qaseh. Kami dengar kau dah putus tunang dengan Danial. Betul ke?" Tidak sempat Sarah menjawab, Sofi dan rakannya Nadia menegur aku.

"Hai Sofi. Betullah tu. Takde jodoh." Balasku perlahan.

"Macam mana nak ada jodoh kalau you buang Danial. Mentang-mentang Danial dah cacat." Ujar Nadia seakan memerli.

Laju aku bangkit mendengar ayat Nadia.

"Kalau kau tak tahu hal yang sebenar, tolong tanya. Kau tak payah nak bawak mulut sampah kau ni merata-rata." Marah aku kuat. Tangan aku genggam menahan marah.

"Asal you nak marah-marah ni. Benda betulkan? Lepas you tinggalkan Danial, you sibuk rapat dengan sir Danish pulak kan? Pandai you pilih laki." Nadia masih dengan kata-kata pedasnya.

Tangan terasa ringan mahu menampar wajah didepannya tapi ditahan.

"Kau ni dah kenapa nak cari gaduh?" Sarah turut bangun dan memarah Nadia.

"Kalau aku yang tinggalkan Danial sekalipun, ada masalah dengan kau ke?"

"Buruknya perangai you. Kesian sir Danish sebab rapat dengan perempuan macam ni."

"Biarlah buruk perangai pun. Daripada kau tu, bukan setakat perangai je buruk. Semua buruk." Ejek aku pada Nadia.

PANG

Terteleng wajah aku ke kanan apabila tangan Nadia naik menampar pipi aku.

Pipi yang kebas aku pegang. Rakan-rakan lain terkejut melihat aku ditampar. Masing-masing hanya melihat tanpa niat untuk masuk campur.

Wajah Nadia aku pandang tajam.

"Kau ingat aku kisah dengan penampar pondan kau ni? Sebelum tangan aku naik dekat muka kau pulak, baik kau blah."

"Kau ingat kau cantik sangat ke hah sampai semua orang kau nak sebat?" jeritan Nadia memenuhi dewan kuliah. Nampaknya Nadia masih tidak puas hati denganku.

"Eh, aku memang cantik pun. Lebih cantik dari kau." Ujar aku perlahan di telinganya. Sengaja membakar kemarahan Nadia.

Jika tadi aku malas mahu melayan perangai orang gila di depannya ini tapi sekarang rasa best pulak walaupun sudah makan penampar.

"Kau ni memang perempuan tak guna." Tangan Nadia yang naik mahu menampar aku lagi, aku pegang kuat.

"Kau tu yang tak guna. Mulut longkang." tangan yang dari tadi ditahan dari menampar wajah Nadia naik juga ke pipi Nadia.

Kalau aku hanya terteleng, nadia pula aku tampar sehingga jatuh.

Hujung bibir Nadia yang pecah aku pandang tanpa perasaan. Wanita itu juga sudah teresak menangis.

"Satu sama. Settle hutang kau dengan aku." Kataku pada Nadia. Tangan aku sapu perlahan seperti membuang habuk.

Madam Intan masuk ke dalam dewan kuliah dan memulakan pembelajaran tanpa menyedari kekecohan yang berlaku sebentar tadi.

Nadia tertunduk di tempat duduknya aku pandang. Aku dah suruh pergi tadi tapi degil sangat nak cari gaduh. Kan dah kena penampar sulung.


"Lepas ni aku tak nak gurau kasar dengan kau dah. Takut aku kalau kena penampar dengan kau." Kata Sarah padaku serius.

"Kau ingat aku gila nak tampar orang suka-suka? Dia tampar aku dulu."

"Bagus kau tampar dia. Mulut macam longkang. Kau tak takut kena panggil ke?"

"Tak pun. Lagipun dia yang cari gaduh dulu." ujarku bersahaja.

"Pipi kau okay tak?" Sarah membelek wajah aku apabila kami melabuhkan punggung di kerusi kafe.

"Aku okay je."

"Assalamualaikum." Aku dan Sarah menoleh serentak apabila mendengar suara orang memberi salam. Salam itu kami jawab perlahan.

"Sir Danish." ujar Sarah perlahan.

"Kamu berdua dari kelas ke?" Tanya Danish pada kami. Kerusi kosong di depan aku, di duduk Danish.

"Haah dari kelas Madam Intan." Balas Sarah.

Tangan aku letakkan di pipi menutup kesan tapak tangan Nadia dari dilihat Danish. Kepala aku tundukkan.

"Qaseh tak sihat ke? Sakit gigi? Dari tadi pegang pipi." Tanya Danish pada aku. Aku hanya menggeleng.

"Sakit gigi apanya sir. Sakit makan penampar." Lengan sarah aku cubit kuat. Mengaduh sakit rakannya.

"Penampar?" tangan menutupi pipi itu ditarik Danish.

"Sampai tinggal kesan. Siapa yang tampar awak?" tanya Danish kuat. Terkejut mungkin.

"Sikit je ni. Saya dah tampar orang tu balik."

"Haah sir. Qaseh tampar orang tu bukan setakat berkesan dekat pipi je tapi sampai pecah bibir. Sir jangan berani-berani cari pasal dengan Qaseh ni." Sarah becok bercerita aku pandang. Tak simpan rahsia langsung.

Danish memandang aku seakan tidak percaya kata-kata Sarah. Wajah aku larikan. Sesak dada melihat renungan itu.

Love From 3DWhere stories live. Discover now