Bab 1

8.9K 242 6
                                    

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa"

[ Al-Baqarah : 183 ]

'Ramadhan tiba...Ramadhan tiba...Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban...'

Piah tekan kuat butang OFF di bahagian atas radio tua yang sedang terbuka. Geram mendengar lagu yang dinyanyikan Opick itu diulang-ulang melalui corong radio.

Bukannya Piah tidak sukakan Ramadhan. Malah dia memang menunggu ketibaan bulan penuh berkah ini. Tapi lagu yang dimainkan di corong radio itu benar-benar menguji kesabarannya. Mengembalikan memori lama yang tertanam jauh di dalam hati.

Piah sukakan bulan Ramadhan. Saban tahun, itu adalah bulan yang dinanti penuh debar. Perasaannya seperti menunggu sang kekasih pulang dari medan perang.

Setiap kali Ramadhan tiba, Piah rasakan langkahnya ringan dan ibadahnya seperti tiada sekatan. Ketenangan yang tidak ditemui dihari-hari yang lain, boleh dicari di bulan ini. Pendek katanya, jika dicari bulan yang penuh dengan cas positif dan semua urusan terasa lancar, Ramadhanlah jawapannya.

Punggungnya kembali dilabuhkan di meja kayu lama di tepi jendela yang masih digunakan sehingga sekarang sebagai tempat menelaah. Meja kayu yang dibuat sendiri oleh Abah itu kukuh buatannya, sehingga sekarang masih boleh digunakan.

Renungan Piah jauh terbang ke luar jendela. Matahari sudah mula turun. Menandakan bulan Ramadhan sudah semakin tiba. Selepas maghrib nanti, Piah akan ke masjid di bandar untuk menunaikan tarawih hari pertama berpuasa.

Ramadhan..Ramadhan...ingatan Piah singgah pada Abang Li bila tiba bulan Ramadhan.

Abang Li yang sudah jauh terbang ke luar negara 4 tahun dulu. Abang Li yang meninggalkan mereka semua dengan penuh persoalan dan perbalahan.

Perbalahan?

Bibir Piah terjuih. Bukannya bergaduh sampai bertumbuk. Cuma sakatan kecil sahaja. Takkan begitu pun mahu terasa? Kecil benar hati Abang Li. Mudah terasa!

Santai saja Abang Li pergi meninggalkan Malaysia untuk menuntut ilmu. Pernah Abang Li fikir tentang kesan yang dia tinggalkan di Malaysia? Ada Abang Li fikir tentang kemelut yang ditinggalkannya di sini?

Hmmpphh!! Piah benci Abang Li!

Ramadhan Tiba (✔)Where stories live. Discover now