Bab 17

4.1K 318 46
                                    

Sambungan Bab 16 :

"Kalau Piah tak suka tengok muka Abang Li, maknanya, Piah still marah lah?"

"Bukan." Piah memotong laju.

"Piah ... tak selesa." Tangan Piah naik menggaru belakang leher yang dilitupi tudung. Tiba-tiba rasa janggal.

"Tak selesa atau tak suka?" Li makin galak menekan.

Mata Piah mencerlung memandang Li. Memang sengaja menjentik amarah Piah agaknya!

"Tak suka!" Itu yang Abang Li mahu dengar kan?

"Garangnya Piah..." Sengaja Li leret bicara dengan muka yang beria dilorek sedih.

Makin menggerutu hati Piah dibuatnya.

"Abang Li ni nak apa sebenarnya? Kita dah sama-sama minta maaf kan? Sudahlah tu. Tak perlu lagi Abang Li datang sini cari Piah."

"Kalau Abang Li datang cari Pak Teh? Tak pun cari emak Piah? Tak boleh?"

Tangan Piah tanpa sedar naik menarik daun pokok rambutan yang bergayut elok di atas kepalanya. Diramas daun tersebut geram. Membayangkan wajah Li yang sedang dikeronyok.

"Okey ... okey...."Tapak tangan Li naik tegak ke hadapan tubuh. Kononnya mahu menahan panahan mata Piah yang sudah menyerupai mata laser Superman.

"Abang Li balik dulu. Nanti raya kita jumpa ya? Abang Li nak rasa rendang yang Piah masak."

"Sampai kena cari rendang dekat rumah Piah, Cik Yah tak masak ke?" Kasar saja Piah membalas.

Li ketika itu sudah mula menapak ke motor yang diparkir di depan rumah Piah.

"Rendang tu masakan yang wajib ada. Mestilah emak Abang Li buat." Lengai saja bunyi jawapannya.

"Dah tu?" 

Li mengulum senyum dalam. Tak pula dijawab soalan Piah. Dia terus membonceng motor. Sempat ditoleh mencari wajah Piah di balik rimbunan daun pokok rambutan Pak Teh.

"Air tangan emak dengan air tangan buah hati mana sama Piah oii..." Perlahan saja Li berseloroh. Cukup sekadar untuk pendengarannya sahaja. Rasanya cukup sudah usikannya hari ini. Kalau lebih banyak dilambakkan isi hatinya, takut Piah mencicit lari pula.

Piah kembali bersandar enak di batang pokok bila bunyi motor Li menghilang ke jalan besar. Lapang dadanya bila urusan antara mereka sudah selesai. Tiada lagi  Li yang akan mengganggu hari-harinya.

Aman.

"Piah!! Kamu panjat pokok ya?!"

Mata Piah yang sudah terpejam kembali terbuka. Sekejap saja rasa aman tadi singgah. Muncul pula gangguan lain.

Punggung Piah terus meluncur turun dari dahan. Mendarat selamat diatas tanah. Piah dulunya aktif bersukan. Melompat, berlari,itu semua petik jari saja.

Lenggangnya masuk ke rumah ditemani dengan nyanyian kecil. Esok bolehlah dia menyambung jahitan tulang belutnya yang terbengkalai. Tak lagi rasa risau kalau-kalau Li muncul mengganggu.

Masalah sudah selesai!

.

KEESOKAN harinya, Piah lihat baju rayanya yang tergantung di pintu almari sudah hilang. Eh, siapa pula yang mengusik?

"Emak, mana baju Piah?" Sangkanya Mak Teh yang mengambil.

"Mana lah emak tahu. Kamu letak entah kat mana, salahkan orang!"

Piah berdecit. Bertanyakan pada emaknya, sama seperti bertanya dengan cermin. Pantulannya menyakitkan hati!

"Piah sangkut dekat pintu almari. Semalam ada lagi. Hari ni dah hilang. Siapa ambil?" Piah mula mahu merempan. Akal mula melorek nama Aidil.

Ramadhan Tiba (✔)Where stories live. Discover now