Bab 18

4.1K 303 12
                                    

sambungan Bab 17 :

"Apa jerit-jerit ni?"

Mulut Piah terus terkatup bila wajah emaknya terjengul di pintu. Kertas yang berisi pantun di tangannya, Piah bawa ke belakang badan. Tak mahu Mak Teh nampak.

"Ni." Piah tuding jari, menunjuk ke arah selendang yang terdampar di atas katil. 

"Tiba-tiba ada sekali dengan baju Piah. Bila masa Piah pergi beli selendang?"

"Pasal tu pun kena menjerit sampai macam tu sekali? Kamu tu anak dara Piah ... jaga sikit kelaku." 

Piah mencebir bibir.

"Mak, mana datang selendang ni? Pelik tak?"

"Tak pelik pun. Perangai kamu tu, ha, yang tu pelik. Perangai macam anak hantu! Menjerit saja kerjanya hari ni. Emak pelik tau. Tekak kamu tak sakit ke?" 

Makin panjang cebiran bibir Piah mendengar sindiran Mak Teh. Lain yang mahu diadu, lain pula yang terkena.

"Selendang ni?" Piah kecilkan suara bertanya. Buat-buat tidak peduli dengan sindiran Mak Teh. Diangkat selendang tersebut tinggi.

"Pakai sajalah. Kalau yang beri tu nak berahsia, itu hal dia."

"Entah-entah dia curi," ejek Piah laju, membayangkan Li mencuri selendang. Rasanya mustahil. Tapi Piah tak mahu bersangka baik kalau perkara itu berkaitan dengan Abang Li.

"Takkan tak ada tinggal resit kat dalam plastik tu." Mak Teh menjenguk plastik di atas katil. Bila Piah diam tidak menjawab, terus diatahu ada bahan bukti yang terselit sama dengan selendang itu, cuma Piah tak mahu memberitahu.

"Kamu tahu siapa yang bagi?"

Piah diam lagi.

"Tahu lah tu!" Kuat Mak Teh menyergah.

Piah terkulat-kulat memandang emaknya.

"Siapa?"

Piah geleng kepala. Tak mahu beritahu gerangan 'pencuri' itu adalah Abang Li.

"Apa yang bising ni?" Suara Pak Teh tiba-tiba muncul. 

Piah telan liur. Alamak! Mula lah rasa menyesal kerana menjerit tadi muncul.

"Ni Si Piah cakap ada se -"

"Selendang ni cantik! Ada selendang cantik! Piah nak tunjuk kat emak." Piah memotong pantas. Tak mahu memanjangkan cerita di depan abahnya. 

Mata Mak Teh berputar seperti bola memandang Piah.

Piah buat muka kasihan. Meminta pengertian emaknya.

"Ha'ah. Selendang cantik." 

Serentak Piah menarik nafas lega bila Mak Teh mengikut rentaknya. Emak Piah kemudiannya berlalu keluar diikuti Pak Teh. Tapi Pak Teh berpusing kembali.

"Kamu tak ke masjid kan?" tanyanya. Tahu Piah sedang mengangkat bendera Jepun.

Piah mengangguk. Segan juga bila diutarakan isu begitu dengan abahnya.

"Nanti nyalakan pelita. Abah dah dirikan batang buluh. Tinggal nak isi minyak je lagi. Pelita ada bawah tangga."

Sekali lagi Piah mengangguk seperti belatuk. Setuju dengan apa saja asalkan Si Abah segera meninggalkan Piah sendirian.

Piah mahu meneliti lagi sekali cebisan kertas kecil tadi.

Li mahu bergurau ataupun dia memang serius?

.

LAMA mata Piah merenung api yang menyala dari sumbu pelita. Meliuk lentuk ke kiri dan ke kanan bila ditiup angin. Lama memandang, Piah jadi hanyut seperti dijampi.

Ramadhan Tiba (✔)Where stories live. Discover now