Bab 20

4.8K 347 14
                                    

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun."

[ Hadis Riwayat Muslim ]

Syawal kedua, Piah sudah memulakan puasa enam. Memang setiap tahun dia akan melakukan puasa enam kerana perasaan semasa berpuasa Ramadhan masih meninggalkan kesan di hati Piah. Memudahkan lagi untuk dia menguatkan semangat sekaligus mengganti puasa yang perlu diqada.

Jadinya, Piah cuma berdiam di rumah. Pagi-pagi tadi lagi Piah sudah ke rumah Tok Wi. Cukuplah sekadar berziarah dan duduk sebentar menemankan Tok Wi bersarapan.

Sudah uzur Tok Wi dilihatnya. Terdetik di hatinya perasaan sayu jika Tok Wi pergi dijemput Ilahi. Tok yang ini memang Piah sayang berlebih-lebih dari arwah tok sebelah Mak Teh . Dulu semasa kecil, inilah tok yang menyuapkan nasi ke mulutnya, memastikan perutnya terisi di setiap waktu, memujuknya bila dia dicubit emak atau dirotan abah.

Kebelakangan ini, Pak Teh makin kerap datang ke rumah Tok Wi. Dalam sehari pasti ada lebih kurang empat atau lima kali dijenguknya.Pasti kerana bimbang melihat keuzuran orang tuanya. Tok Wi tidak mahu tinggal di rumah Piah. Mereka sendiri tidak mahu memaksa kerana faham jiwa sentimental tua Tok Wi di rumah itu masih menebal.

Dalam pukul 10 pagi, Piah sudah kembali ke rumahnya. Menyiapkan bekas-bekas kuih dan air gula untuk memudahkan kerjanya jika ada yang datang beraya.

Namun langsung tak Piah sangka, pengunjung yang tiba, jauh sekali dari jangkaan Piah. Sudah berdiri di hadapan rumah orang tuanya, Li bersama Abang Im dan isterinya Kak Jue. Turut ada anak-anak mereka juga kawan-kawan Piah di zaman remaja dahulu. Abang Azhar dan seorang kanak-kanak yang didukungnya. Amira, adik Abang Im, juga sepupu Piah. Kak Lin, Husin, Dik Non, semuanya ada.

Piah mati kata seketika. Perlahan kakinya bergerak ke belakang bila melihat mereka sudah mula memijak anak tangga pertama.Takkanlah mahu dihalau? Ini bukan rumahnya, ini rumah emak dan abah.

"Jangan lari Piah." Kepala Piah tertoleh ke belakang. Li sudah berdiri tegak di belakang Piah. Seperti mahu menghalang Piah dari melarikan diri.

Mata Piah memandang Li berselang dengan tangga dapur. Membuat andaian yang mungkin Li masuk melalui pintu dapur.

"Piah kena ringankan hati dari belenggu kenangan. Mereka semua datang nak jumpa Piah," sambung Abang Li. 

Piah mula gugup. Tangannya sudah meramas hujung kain tudung. Dipintal-pintal dengan hujung jari.

"Selamat hari raya Piah." Dalam teragak-agak Piah, Jue sudah mampir dari belakang Piah. Jue hulur tangan untuk bersalam dengan Piah.

Piah telan liur. Tekak terasa berpasir. Bersilih ganti matanya memandang tangan Jue dan lantai rumah. Tangan yang Jue hulur, jatuh sebelum tubuh Piah tiba-tiba ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"Kak Jue minta maaf. Kami semua minta maaf kalau Piah terasa hati dengan kami semua."

Air mata Piah bertakung mendengar kata maaf Kak Jue. Mengapa perlu meminta maaf? Apa yang terjadi ini semuanya salah faham. Salah faham yang bertambah besar akibat dari Piah yang tidak bijak dalam membuat keputusan. Bukan salah mereka. Bukan salah teman-teman sekampung Piah.

"Dah lama Kak Jue dengan kawan-kawan semua nak datang cari Piah. Kami tahu Piah terasa bila kami semua jauhkan diri lepas kejadian tu. Kak Jue mengaku, sedikit sebanyak kami ada juga terpengaruh dengan mulut orang kampung. Bila kami sedar, semuanya dah terlambat. Piah dah merajuk bawa diri. Kak Jue minta maaf." Panjang lebar Jue memberi penjelasan.

Lembut suara Jue menusuk masuk ke dalam hati Piah. Berganti dengan rasa sebak. Sedih bila setiap butir bicara Jue terkena tepat pada sasaran. Memang Piah terasa. Kawan-kawan semua menjauh selepas peristiwa Piah dan Li berantam mulut dahulu.

Ramadhan Tiba (✔)Where stories live. Discover now