Bab 14

4K 329 28
                                    

Sambungan Bab 13 :

"Sebabnya..." Piah terhenti sejenak. Dikesat lagi air hidung yang hendak meleleh keluar. Semuanya gara-gara menangis.

"... Piah dengar Abang Li mengutuk Piah dalam tandas lelaki malam tu."

Wajah Li serentak berubah. Dia mengutuk Piah dalam tandas lelaki? Terus ingatannya melayang ke situasi 4 tahun lalu.

Sebelum berbuka, Li dan dua lagi temannya ke tandas. Husin dan Ajak. Bukannya ada keperluan pun. Lebih kepada merayau untuk cuba menghilangkan bosan. Mereka duduk bergoyang kaki di birai kolah untuk mengambil wuduk.

"Abang Li mengata Piah?" Li mengalami sedikit kesulitan cuba mengingati butir bicaranya ketika itu. Kerana hal itu baginya tidak penting. Tak perlu untuk disimpan lama dalam kotak memori.

"Sebab tu Piah bocorkan rahsia Abang Li! Jangan nak tuding jari pada Piah. Memang apa yang Piah buat tu salah. Tapi tak bermakna orang lain boleh jatuh hukum macam tu saja." Yang mereka nampak, perangai tak senonoh Piah di khalayak ramai. Tapi perangai tidak semenggah Li, siapa pula yang nampak? Itu semua nanti akan dihitung juga di depan-Nya kelak.

Li terdiam seperti orang dungu melihat Piah yang bercakap dengan mata dan hidung yang merah. Kelu lidah mendengarkan hamburan marah Piah.

"Itu sebabnya kenapa Piah menyampah dengan Abang Li. Sebab tu Piah menjauh dari orang lain. Sebab Piah tahu tak ada orang yang suka mulut lepas Piah. Perangai Piah macam orang tak cukup akal kan? Nak buat apa berkawan dengan Piah ni? Biar Piah dengan hidup Piah. Piah happy macam ni. Abang Li ada masalah ke kalau Piah dah selesa hidup macam ni? Tak cukup lagi buat Piah terpaksa menjauh?"

Pun begitu,  Li masih diam tidak menjawab. Atau lebih tepatnya, tidak tahu hendak membalas apa. Patutlah Piah berubah sampai begini sekali. Terlampau berkecil hati mendengar ulahnya mengutuk Piah 4 tahun lepas. Memang Li akui, dia pernah menyuarakan rasa jengkelnya dengan Piah di belakang. Tapi tak pula dia ingat apa yang dia cakapkan di tandas 4 tahun lepas tu.

Aduh ... kacau! Abang Li tahan tangannya dari naik menggaru kepala. Rupa-rupanya semua hal ini bermula dari dirinya. Langsung tidak diduga, cempedak jadi nangka, badak tiba-tiba jadi ungka!

Belum sempat Li membuka mulut, Piah sudah kembali mahu memanjat tangga. Tiba-tiba Piah berhenti. Sedikit menunduk, Piah mengetuk-ngetuk kakinya di bahagian paha. 

"Kenapa?"Prihatin Li bertanya. Dia ikut melihat apa yang tidak kena dengan Piah. 

Hilang terus sesi meluah perasaan tadi. Dalam hati ada juga rasa bersyukur bila dia dapat mengelak dari memberi alasan. Kerana Li sendiri pun jadi mati kutu bila Piah membuka cerita tentang dia mengumpat Piah dahulu.

"Sibuklah!" Piah membalas kasar. Tangannya cuba menolak kaki ke hadapan sedikit. Berkerut dahinya mencuba.

Li merenung lama. Hmm.....emosi kacau bilau, kaki nampaknya seperti crammed, Piah tidak bertarawih. Berdasarkan tiga pemerhatiannya itu, Li terus membuat kesimpulan sendiri.

"Having your period ya?" Tanpa segan Abang Li bertanya. 

Terlopong Piah dibuatnya. Lancar sahaja tangan mengambil selipar jepun di atas rak kasut. Ditamparnya lengan Li berkali-kali dengan selipar tersebut. Padan muka! Bertanya perkara yang bukan-bukan sangat. Biarkan bajunya kotor dengan kesan tahi ayam di tapak selipar jepun tadi.

Li ketawa senang. Sedikit pun tak terkesan dengan pukulan selipar Piah. Padanya, didatangi haid itu memang kembar kepada wanita. Dia bukannya budak kecil yang boleh ditipu-tipu tentang cuti solat. Cik Yah, Kak Long dan Dik Non pun perempuan juga. Dia sudah lali dengan bendera merah yang datangnya sebulan sekali itu.

Dia menarik kerusi plastik yang berada berdekatan dan diletakkan di belakang Piah.

"Duduk dulu. Stress sangat ni. Tu pasal crammed.

Nasihat Li dibalas dengan jelingan maut dari Piah. Apa kaitan stress dengan period? Stress di dalam kepala, period pula di dalam rahim. Langsung tak berkait!

"Siapa yang buat Piah stress? Abang Li lah! Pergi balik!" Hampir terjerit suara Piah keluar. Terus dihalau Li pulang. Geram pula melihat sengihan lelaki itu yang seolah-olah seronok melihat situasi Piah. Sudahlah malu, bercampur dengan panas bahang mentari, Piah rasakan mukanya seperti sedang disalai di atas unggun api.

"Piah ... Piah ...." Li menggeleng dengan senyuman di bibir. Memang Piah sudah berubah. Lain daripada yang dikenal dahulu. Tapi Piah yang baru ini pun tidaklah terlalu menjengkelkan. Malah nampak comel pula di mata Li.

Selang beberapa minit kemudian, Mak Teh keluar menghulur batu tungku pada Piah. Pasti dari tadi sudah menelinga mendengar perbalahan Piah dan Abang Li.

Muka Piah merah padam bila diberi batu tungku tersebut. Apa emak ni! Hatinya sebal. Lagi mahu mengesahkan cerita yang dia memang tidak berpuasa hari ini di hadapan Li.

Akhirnya Li mengundur diri bila dilihatnya Piah sedikitpun tidak bergerak mengambil batu tungku yang diletak di tepi kakinya. Malu agaknya.

"Sayang kan? 10 hari terakhir ni jugaklah bulan merah nak datang. Tak dapatlah nak kejar Lailatul Qadar." 

"Jangan menyibuk hal orang!"

"Hal Piah dengan Abang Li masih berkait. Selagi tak selesai, selagi tu abang akan kacau hidup Piah."

Mata Piah mencerun tajam. Tak suka dengar ayat terbaru Li.

"Piah tahu Abang Li benci Piah. Tapi perlu ke sampai macam ni sekali nak seksa Piah?"

Suara Piah yang berubah lirih membuat Li terikat lidah. Tak ada niat pun nak menyeksa Piah. Li yang baru melangkah ke motor, berpatah semula ke belakang. Piah perlu faham apa yang sedang dia cuba lakukan sekarang.

"Abang Li nak kita semua balik seperti dulu. Salah ke apa yang Abang Li cuba buat ni?" Dia bertinggung sedikit jauh di depan Piah yang duduk di kerusi. 

"Salah."

"Sebab?"

"Sebab benda ni dah 4 tahun terjadi. Dah terlalu lambat nak diubah semula."

Mata Li terkejip kosong merenung mata Piah yang nampak kembali berkaca. Tiba-tiba dia ikut sama dapat merasa apa yang Piah rasa.

4 tahun Piah bawa diri, tak ada seorang pun yang cuba menghulur semula tali persahabatan yang terungkai. Terbayang di matanya Piah yang dulu. Yang keletah dengan mulut becoknya. Ceria sepanjang masa, aktif dan manja dengan sesiapa saja.

Pada Piah, yang lebih tua dianggap seperti abang dan kakak sendiri. Sama rata saja manjanya pada semua. Yang lebih muda, diajak menjadi kawan. Semua dijadikan teman bermain tak mengira waktu. 

Piah yang sekarang langsung berbeza dengan yang dulu. Tanda hati Piah terluka dalam. Terasa hati yang amat bila sedar rupa-rupanya tak ada seorang pun yang menganggap dia teman susah dan senang.

"Piah sedar diri. Orang berkawan dengan Piah di waktu senang je. Bila buruk Piah keluar, tak ada siapa pun yang pandang Piah lagi." Piah kesat air mata yang menitik. Dia melarikan pandang ke arah lain. Cuba neutralkan riak wajah untuk menunjukkan yang dia sudah lama menerima hakikat. Sebelum Li suarakan semua perkara tu, lebih baik dia mengaku sendiri. Jangan beri ruang untuk Li sakitkan lagi hatinya.

"Tapi Abang Li nampak di mana baiknya Piah." Lancar Li meningkah luahan hati Piah. Pengakuannya itu berjaya membuat Piah terdiam.

Li tersenyum tipis. Dia bangun dari duduk bertinggungnya.

"Abang Li balik dulu. Tu ..." Tangannya bergerak sekali lalu ke arah tungku yang dibiar tak berusik.

"Cepat guna sementara panas lagi."

Kali ini bukan satu, tapi 3 selipar melayang terbang mengikut langkah Li ke motor.

Sampailah motor Li membelok ke jalan besar, Piah masih dapat melihat bunga senyum di bibir anak lelaki Cik Pelam. Menggebu rasa geram di hati. Sepatutnya tadi Piah baling batu tungku, bukan selipar semata!

Ramadhan Tiba (✔)Where stories live. Discover now