Bab 19

4.4K 315 15
                                    

Selamat Hari Raya kepada semua reader RT!!!! (^_^)

Beraya hari ni, makan berpada-pada ya. Jangan main sumbat je. Nanti sakit pula perut tu.

Di kesempatan ini, saya nak minta maaf andai kata pernah tersentuh hati atau terkasar bahasa dengan sesiapa yang mengenali saya dengan nama AMARFI di dalam wattpad ni. Ketahuilah, saya tidak pernah berniat nak menyakitkan hati sesiapa.

Niat cuma nak pembaca enjoy. Harapnya, harapan saya tu tercapai.

Sekali lagi, terima kasih pada pembaca yang setia mengikut cerita2 saya di dalam wattpad ni. Tanpa awok2 seme, siapa lah saya...

.......................................

BismillahirRahmanirRahim... ( بسم الله الرحمن الرحيم )

"Semoga Allah menerima amal-amal kita, dan semoga Allah menjadikan kita termasuk dari orang-orang yang kembali dari perjuangan Ramadan sebagai orang yang menang."

Amin.

Bulan Ramadhan tahun ini sudah bertemu penghujungnya. Aidil bersemangat menunggu di depan televisyen dari jam 8 malam. Teruja mahu mendengar pengumuman raya. Piah hanya memasang telinga dari dalam bilik. Piah bukan lagi kanak-kanak ribena seperti Aidil yang akan melompat kesukaan setiap kali Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan 'Esok Raya'.

Syahdu Piah rasakan ketika ahli surau melaungkankan takbir raya di rumahnya malam itu. Tradisi di kampungnya dari dahulu lagi. Ahli-ahli surau akan mengunjungi rumah-rumah dan melaungkan Takbir Aidilfitri. Kebiasaannya, rumah Piah akan menjadi rumah yang kedua atau ketiga terakhir jika mereka mengikut turutan rumah dari surau.

Sempat Piah menjenguk ke ruang hadapan rumahnya untuk melihat bilangan jemaah yang hadir. Mahu mengira bilangan cawan yang perlu dibawa ke ruang tamu depan. Sekilas matanya bertemu dengan mata Li yang duduknya menghadap dapur.

Pantas satu kenyitan nakal dihadiahkan kepada Piah.

Berkerut muka Piah. Geli! Baru saja Ramadan meletakkan titik noktah, Li sudah tunjuk belang. Memang sahlah makhluk Allah yang dirantai sepanjang Ramadan sudah terlepas dari belenggunya.

Habis saja para jemaah menjamu selera, Piah dikejutkan sekali lagi dengan Li yang masuk ke dapur menghantar bekas-bekas minuman dalam dulang.

"Eh, buat apa Li angkat. Nanti Piah buat tu. Tinggalkan aje."

Terjuih mulut Piah mendengar kata-kata emaknya. Kalau Piah, minta maaflah. Mahu disuruhnya Li angkat habis semua pinggan ketupat dan mangkuk rendang di depan ke dapur. Biarkan! Gedis sangat mahu menolong kan! Kemudiannya, Piah akan menghulur span di sinki. Biarkan Li sambung membasuh!

"Eh, tak apa Mak Teh. Li nak jumpa Piah sekali. Nak minta nombor telefon Piah semula. Telefon Li semalam masuk air, terus rosak. Kena kumpul balik nombor kawan-kawan semua." 

Mata Piah terbuntang. Beraninya Li menipu emak dengan alasan tidak masuk akalnya itu!

Selama ini pun, tidak pernah Piah memberi nombor telefonnya kepada Li. Pandai benar dia mereka cerita.

"Piah tengah susun kuih tu. Ambil telefon dia atas kabinet tu. Budak-budak sekarang...masuk ke dapur pun telefon melekat dekat tangan. Apalah nak jadi...." Sambil lewa saja Mak Teh berkata-kata sambil mengacau rendang di atas dapur yang mahu dikeringkan kuahnya.

"Emak! Apa ni? Suka-suka hati je bagi telefon Piah kat orang." Piah mula mahu merempan. Tapi Li lebih cepat. Telefon Piah sudah berada di dalam tangannya.

"Abang Li!" Piah melarang keras. Tidak rela telefonnya disentuh Li. Laju Piah membasuh tangannya yang dilekati debu-debu kuih.

Li menyimpul senyum untuk Piah. Sempat diangkat kening tinggi. Berlagak. Bila ternampak yang Piah sudah mula mengelap tangan, Li meluru berdiri di tepi emak Piah. Pura-pura ikut tertarik mahu melihat apa yang sedang dikacau di dalam kuali sambil menekan-nekan sesuatu di skrin telefon Piah.

Ramadhan Tiba (✔)Where stories live. Discover now