Bab 9

11 1 0
                                    

"Huargh"Atikah merenggangkan badan dan menilik jam.

"Oh dah pukul 4 ...baik aku mandi lepas tu pergi solat."

Selesai mandi dan menunaikan solat Atikah mengenakan seluar tracksuit dengan baju T warna putih serta rambut gaya ponytail,apalagi kalau bukan joging sebelum tu sempat jugak dia buat sarapan untuk Ayu biasalah hari minggu tak da maknanya si Ayu tu nak awal bangun sebab macam lah Atikah tak tau Ayu tidur semalam kata jam 3 pagi hanya disebabkan layan drama thailand dia apa benda entah.

Atikah mengambil headphone dan di sanggkutkan di leher serata telefon di poket.Atikah memecut dengan lajunya menggunakan motor dan menuju ke Taman.

Bila dah memastikan semuanya clear Atikah menyarungkan headphone dan mula berlari.

🎶🎶🎶🎶🎶

"Bro aku pergi jogging kau nak ikut?"tanya Firdaus.

"Hmm jap aku join"

"Okay aku tunggu kat kereta and kita terus lah makan kat luar"

"Okay tu lagi aku on...kau belanja eh"Nasrul mengangkat kening.

"Hmm tu jer kerja kau belanja.. belanja.. belanja"Firdaus hanya mampu berbisik dalam hati.

Sesampai di Taman.

"Ahhhhhhhh dah lama aku tak jogging"Nasrul separuh menjerit.

"Tulah kau sebelum ni aku ajak kau cakap panas lah..buzy lah..boringlah..sunburn lah"

"Ish kau ni perkara yang lama jangan dikenang"

"Banyak kau jangan di kenang dah jom pergi"

"Roger"mereka mengelilingi taman dan naik turun tangga.

Semasa duduk di pancutan air Firdaus bersuara,

"Wuish kau ingat tak kalau time macam ni kan kat kampung mesti nenda buat nasi lemak sambal pusu pedas kan?"

"Kau ni janganlah..terliur aku mendengar."

"La kau ni aku cuma teringat jer asal hari minggu tak sah kalau tak ada nasi lemak tu..tiba-tiba rindu pulak"

"Ahaha"tapi tawanya hanya sekejap bila matanya tertatap satu susuk tubuh yang menyanyi.

Firdaus mengambil keputusan untuk menegur.

🎶🎶🎶🎶🎶

Punya Atikah girang menyanyi terasa dia diperhatikan.

"Hmm asal belakang aku lain macam ni"Atikah teragak-agak nak menoleh tapi sebab nak tahu toleh lah jugak.

Bila toleh tu boleh pulak ada satu lembaga ni tenung dia,

"Woii mak kau kakaku kawin ehh"

"Opsss sorry saya kejutkan awak eh?"Atikah mendongak orang yang berada di hadapannya.

"Hmm muka mamat ni macam biasa tengok kat mana eh"Atikah memejamkan mata sambil mengetuk kepalanya.

"Saya Ustaz Firdaus ingat tak?"

"Ooo Ustaz yang aku cakap 20 not bad tu kan?"Atikah hanya bercakap selamba dan duduk kembali

"Hah ingat pun"tapi tiba-tiba muka Atikah bertukar jadi resah.

"Haaaah"Atikah menjerit membuatkan Firdaus cuak gila tak cuak mau orang fikir dia buat apa kat minah ni.

"Awak kenapa"Bila Atikah mencari sesuatu

"Apahal minah ni tercari-cari macam kucing kehilangan ada pulak ku nampak"

Tiba-tiba perbuatan nya berhenti bila nampak tuala kat leher Firdaus dengan selamba pula si Atikah buat mimik tak bersalah rampas tuala tu tanpa izin.

Lirik Cinta GangsterWhere stories live. Discover now