day 3 🌜

145 20 0
                                    

" Ayra ! Kau ni memang tak guna betul la ! Sampai pukul berapa kau nak tidur ? Baik kau tidur buat selama lamanya ! "

Aku terdengar ketukan pintu yang sangat kuat. Cepat cepat aku terjaga dari tidur yang lena. Kepala aku dari semalam berdenyut tak henti henti. Aduh ! Mati la aku hari ini , tak sengaja bangun lewat.

" Ya aunty , tunggu kejap. "

Selepas saja aku membuka pintu , aku disimbah dengan sebaldi air suam. Agak pedih juga terkena luka di mulut ini. Habis basah lencun baju aku dibuatnya.

" Geram betul aku dengan kau ni Ayra ! Kenapa kau tak mati saja ! "

Rambut aku ditarik dengan kuat. Aku ditendang sehingga jatuh ke atas lantai.

" Maafkan Ayra aunty. Ayra sakit. "

Menitis juga air mata aku ini. Baru bangun tidur dah dapat nasib macam ni. Kuat lah Ayra , ini hanya ujian yang kecil.

" Sudah la tu hyujung. Mati juga budak tu nanti. "

Uncle bersuara selepas aku ditendang jatuh ke atas lantai.

" Biarkan dia mati. Hidup dia tahu menyusahkan kita saja ! "

Aku cuba untuk berdiri , tiba tiba rasa lemah sangat. Kepala aku makin lama makin berdenyut. Penglihatan aku makin kabur. Nak berehat pun memang tak boleh.

" Kau ambil duit ni , pergi beli barang dapur ! Kau habiskan duit aku tendang kau nanti ! Dasar perempuan tak guna ! Lepas siap beli barang kau balik cepat ! Lipat semua baju aku. "

Aunty mencampak duit kepada aku. Aku mengutip duit yang berteraburan di atas lantai itu. Aku bangun perlahan lahan dan pergi ke toilet untuk membersihkan diri.

Cacian dan hinaan , itulah perkara yang sering terjadi di dalam hidup aku. Kalau itu yang mereka mahu , tuhan ! Ambil saja nyawa aku ini. Setiap hari menitiskan air mata. Rasa penat yang tak dapat diungkapkan.

Skip 🐯♥

Cuaca hari ini panas terik. Sinaran cahaya matahari mencucuk mata aku. Keadaan aku memang tidak stabil. Jalan sambil mengurut kepala yang berdenyut. Dah berapa orang aku langgar hari ini. Stock ubat pula dah habis. Memang kena pergi pharmacy juga selepas beli barang dapur.

Mini Market 🍖

Ramai orang berpusu pusu membeli barang di market ini. Aku rasa nak termuntah dengan keadaan yang sesak macam ini. Aku cuba menguatkan diri untuk bertahan.

Selepas selesai memilih sayur dan ikan , aku berjalan menuju ke arah counter. Makin parah kepala aku berdenyut. Rasa nak pengsan pun ada. Tiba tiba aku terlanggar seseorang dan aku pun terjatuh terjelopok. Habis barang aku berterabur di atas lantai.

" Maafkan saya cik. Saya memang tak sengaja. "

Penglihatan dah kabur , memang susah nak nampak siapa yang aku langgar. Aku cuba sedaya upaya untuk melihat siapa di depan mata ni. Tetapi tak boleh ! Pening aku semakin teruk.

" Ayra ? Awak okay tak ? "

Itu suara Mark ! Mungkin aku terlanggar dia. Aku terdengar suara orang ramai mengelilingi kami berdua. Mungkin mereka pelik tentang apa yang terjadi.

" Maafkan saya Mar.. "

Belum sempat Ayra menghabiskan kata kata , dia pengsan di market itu. Keadaan dia sangat lemah.

" Ayra ! Bangun la ! "

Mark menggoncangkan badan Ayra. Dia cuba sedaya upaya untuk sederkan Ayra. Tetapi Ayra masih dalam keadaan kaku.

[C] Hurt || Mark Nct Where stories live. Discover now