day 2 🌜

150 23 1
                                    

Hari ke 2 persekolahan , macam biasa aku orang yang terawal datang ke sekolah. Selepas siapkan sarapan untuk aunty dan uncle , aku terus keluar dari rumah tu. Biar mereka makan apa yang aku masak. Kalau tak macam macam nak request. Waktu weekend sahaja boleh request makanan ni. Aku tunggu Airies di bawah pondok bacaan " Book worm ". Memang rutin harian aku duduk bawah pondok ni sambil baca buku. Buat apa la nak buang masa dengan termenung je kan ? Tak dapat ilmu pun. Airies selalu datang pukul 7:20. Jam aku sekarang baru pukul 7.

Aku membuat revision addmath. Berpeluh juga lah nak kira satu soalan pun.

" Good morning Ayra ! "

Tengah seronok mengira , seorang lelaki memanggil nama aku. Suara dia ni macam aku kenal. Aku mengangkat sedikit wajahku untuk melihat pemilik suara tersebut.

" Buat apa sorang sorang dekat sini ? "

Aku mengeluh kecil. Ya memang Mark. Apa yang dia nak aku pun tak tahu. Aku mempedulikan Mark dan terus sambung mengira.

" Amboi sombongnya. Susah juga nak dengar suara awak. Ada ketulan emas ke dalam mulut tu. "

Sekali lagi aku menghiraukan Mark. Asyik merepek saja dia ni. Tak sedar diri ke kena friend zone.

" Saya duduk sini eh , nak study juga. Ajar la saya , saya ni lemah addmath. Bio pro lah "

Mark membuat muka comel. Aku hanya menganggukkan kepala. Aku ni memang tak kedekut ilmu.

" Mana Airies ? Dia selalu datang lambat ke ?

" Ya "

Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut aku walaupun rasa kekok. Rasa bersalah pula biarkan dia cakap sorang sorang haha.

" Wah ! Dah boleh cakap. "

Aku hanya ketawa melihat gelagat Mark. Dia punya seronok tu supp naik ke atas.

" Eh eh , gelak pula dia ni "

" Hai korang , dah lama tunggu ? "

Tiba tiba Airies mencelah. Rasa macam awal pula dia datang hari ini. Pukul 7:15 , awal la tu.

" Awal datang. Selalunya lambat. "

" Hehe awal 5 minit je. Rasa semangat pula nak datang sekolah hari ini. Boleh tengok Mark yang comel ni hihi. "

" Dah pandai nak menggatal. Ish jom masuk kelas. Kelas math start awal hari ini. "

Aku menarik tangan Airies lalu meninggalkan Mark di belakang. Tak habis habis senyum macam kerang busuk. Creepy pula aku tengok.

skip 🐯♥

" Airies , hari ini aku dah start kerja dekat Victoria Cafe. "

Aku memberitahu Airies sambil memilih buku di library. Hari ini aku dengan Airies tak pergi canteen. Airies bawa bekal. Mark jela pergi canteen sorang sorang. Nak beli buku rujukan , memang tak mampu. Aku mana ada duit.

" Aunty kau dah tahu ke pasal ni ? "

" Dah. Dia okay je. "

" Dengar cerita , anak manager Victoria Cafe tu sekolah dekat sini. Tapi tak tahulah siapa. "

" Oh tak tahu pula pasal tu. "

Aku berasa hairan dengan cerita Airies.

" Kau dah siap pilih ? Jom pergi cop buku lepastu balik ke kelas. "

" Dah siap. Jom ! "

skip 🐯♥

Selepas balik dari sekolah , aku berjalan kaki ke Victoria Cafe. Aku menukar baju di public toilet. Nak balik rumah semata mata nak tukar baju memang tak lah. Rumah aku dengan cafe agak jauh. Jadi aku taknak bazirkan tenaga aku dekat situ.

Aku terus melangkah masuk ke dalam cafe. Cafe belum buka lagi , jadi ada la masa untuk aku mengemas cafe ni. Susun kerusi , meja , sapu lantai. Tepat pukul 2 cafe ini telah dibuka.
Bagi aku , kerja macam ni tak memenatkan pun , sebab aku dah biasa buat di rumah.

"Ayra , sebelum balik , tolong mop lantai dan buang sampah ya "

" Baik sunmi ! "

Dia juga student macam aku yang bekerja part time di sini. Tapi dia dari sekolah lain.

Customer makin lama makin ramai. Memang tak menang tangan la jawabnya. Semua pekerja dekat sini memang sibuk. Rasa penat juga lah melayan customer. Demi rawatan , aku sanggup buat apa saja.

" Ayra , tolong hantar coffee latte ni dekat meja number 7 "

" Baik ! "

Akhirnya selesai juga selepas 6 jam bekerja. Memang penat sampai rasa nak menangis. Last kerja aku , buang sampah. Semua dah settle.

" Ayra , ni upah untuk kamu ye. Hati hati pulang ke rumah. "

Aku terima duit yang diberikan oleh encik Lee. Banyak sangat upah yang dia bagi. Aku bersyukur.

" Baik , terima kasih encik. Saya pulang dulu. Terima kasih semua. Jumpa esok. "

Walaupun penat dan sakit , aku terpaksa senyum di hadapan mereka. Aku tak boleh tunjuk lemah. Mesti kuat !

Lepas balik rumah , aku tak boleh nak rehat lagi. Semestinya ada kerja yang perlu diselesaikan. Aku masih tak faham dengan perangai uncle dan aunty aku. Dah tua bangka pun masih menyuruh aku membasuh baju mereka.

skip 🐯♥

" Aunty uncle , Ayra dah balik. "

Aunty dengan auncle tengah menonton television. Mereka suka tengok drama chinese. Tapi tak faham apa pun.

" Kau nampak bakul baju dekat penjuru toilet tu ? "

Aku melihat 2 buah bakul baju yang ditunjukkan oleh aunty. Aku mengangguk.

" Pergi la basuh ! Tercegat apa lagi ? Nak kena lempang ?! "

Aku mengeluh kecil. Aku berjalan ke arah mesin basuh dan masukkan baju ke dalamnya. Baju sikit je pun tak boleh nak basuh sendiri.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku dah siap mengemas rumah. Aunty dan uncle dah tidur. Nasib baik esok cuti sekolah. Dapat la berehat lama sikit. Selalunya waktu cuti aunty kejutkan pukul 9. Cara dia kejut tu , main simbah air dekat muka aku. Kadang kadang tersedak sebab air masuk ke dalam hidung.

Selepas siap menjemur baju , aku pergi ke toilet untuk membersihkan diri dan basuh baju aku. Aku tak dibenarkan guna mesin basuh. Terpaksa la cuci guna tangan.

Jam menunjukkan pukul 12. Aku tak boleh tidur , rasa sengal sengal seluruh badan dan sakit kepala. Maybe banyak sangat buat kerja hari ini lepastu cuaca panas. Ayra mengurut kepalanya perlahan lahan dengan minyak angin sambil menatap gambar mama dan papanya.

" Mama papa , Ayra pergi kerja hari ini. Customer ramai sangat hari ini tu yang Ayra letih sikit. Mama papa sihat ? Ayra sihat. Ayra rindu dekat mama dan papa. Tunggu Ayra tau ! "

Bercakap dengan orang yang sudah tiada sambil mengalirkan air mata , memang rasa sakit yang mendalam. Namun tiada siapa yang peduli nasib Ayra. Akhirnya Ayra tertidur sambil bertemankan air mata dan mimpi indah.



[C] Hurt || Mark Nct Where stories live. Discover now