Hari ketiga persekolahan today ! Rasa seronok sangat bila dapat keluar dari rumah ini. Macam biasa , aku bangun awal pagi , siapkan sarapan , bersihkan diri lepas itu siap sedia nak pergi sekolah. Kesan kena libas dengan rotan tu masih ada. Aku tak boleh nak cover sebab uniform sekolah pun pakai skirt. Jadi orang lain boleh nampak kesan ini. Aku bersedia kalau ada orang nak interview aku.
Aku berjalan sambil menikmati cuaca yang indah. Waktu pagi memang sejuk sangat ! Kadang kadang aku tertanya tanya , kenapa hidup aku diuji ? Ujian tu berat sangat , lepas itu kenapa aku dapat ibu dan ayah saudara yang macam itu ? Paling sakit is diuji when your parents meninggal dunia. Rasa sedih macam ditimpa bangunan yang runtuh. Tapi aku cuba untuk kuat walaupun tak lama. Aku tahu mesti ada keajaiban yang akan berlaku.
Setelah 15 minit berjalan kaki , aku sampai di sekolah. Langkah masuk dalam kawasan sekolah , aku dah nampak Mark dengan Airies dah tunggu di bawah pondok. Rajin pula datang awal. Selalunya mereka la paling lambat.
" Hi Ayra ! "
Dari jauh aku tersenyum tengok gelagat mereka. Mereka melambai lambai ke arah aku. Cukup la ada dua orang budak comot ini , itu pun dah buat aku bahagia sangat. Selalu ada waktu aku susah dan senang.
" Wow Airies , awalnya datang hari ini. Pergi sekolah sekali dengan Mark ke ? "
Aku sengaja mengusik Airies. Muka dia dah merah padam tu. Eleh ! Buat buat malu pula.
" Eh mana ada. Aku naik motor la hari ini. "
Amboi ! Laju betul dia cakap. See , bila dah malu , memang gelabah si Airies ni.
" Ayra , what's wrong with you ? "
Tiba tiba Mark bersuara. Reaksi muka dia macam dah tertanya tanya apa yang telah terjadi dekat aku. Aku rasa dia dah nampak kesan kena libas dengan rotan ini. Okay , bersedia nak kena interview.
" Kenapa dengan aku ? Aku okay saja. "
Aku buat buat tak tahu apa yang terjadi. Tunggu dia tanya baru la kita jawab.
" Why banyak sangat kesan macam kena libas dengan rotan ? Apa yang dah jadi ? "
" Haah la Ayra , kenapa dengan kau ? Mesti aunty "
Belum sempat Airies menghabiskan kata kata , aku terus menekup mulut dia. Aku tak mahu Mark tahu perkara yang sebenar. Bila dah tepat masanya , aku akan cerita perkara yang sebenar dekat Mark.
" Ayra ? Are you okay ? Tell me the truth please. "
Mark menjadi serious. Situation dia sekarang memang no jokes. Berpeluh aku nak fikir alasan supaya dia percaya. Argh ! Fikir Ayra fikir.
" Aku terkena besi panas. Uncle aku kan tukang welding. "
Alasan paling bernas pernah aku buat. Aku tahu Mark takkan percaya. Aish !
" Besi panas ? It's a joke right ? Saya boleh bezakan terkena besi panas dengan kena rotan. Do you think im stupid Ayra ? Just tell me the truth. Itu pun susah ? "
Aku terdiam seketika. Otak aku dah blank sangat. Tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia.
" Ayra tell me now. "
Cara Mark ni macam memaksa pula. Tunggu nanti la Mark aku bagitahu kau. Sekarang bukan masanya.
" Eh eh , apa korang ni ? Dah dah jangan gaduh lagi. Jom masuk kelas. "
Airies mencelah. Fuh nasib baik dia menenangkan keadaan yang tak seberapa elok ini. Airies menarik tangan aku dan Mark lalu menuju ke kelas.
Skip 🐯♥️
YOU ARE READING
[C] Hurt || Mark Nct
FanfictionWalaupun kehidupannya Ayra tidak sama seperti orang lain , dia sering ditemani oleh seorang lelaki bernama Mark. Lelaki itu juga selalu memberi tumpuan terhadapnya. Adakah itu perasaan cinta atau perasaan semata mata ? Namun selepas beberapa hari...