day 6 🌜

120 23 4
                                    

Hari ini aku tidak hadir ke sekolah sebab keadaan aku yang tak berapa nak baik sekarang. Dengan lengan yang melecur macam ini , lepas itu nak pergi sekolah kalau cikgu dapat tahu perkara yang sebenar confirm cikgu buat report polis. Jadi , lebih baik aku berehat sahaja di rumah , lebih tenang dan tiada orang kacau. Sebenarnya , rasa rugi juga ponteng sekolah. Hari ini pula ada kelas tambahan. Kali pertama record kehadiran aku terjejas awal bulan. Paling aku rindu Airies , kesian dia rehat seorang diri hari ini. Nak inform dekat dia pun aku tak ada phone. Nak beli phone baru pun , aku kena simpan duit untuk rawatan. Banyak betul dugaan. Lagipun , Airies dengan Mark tak tahu aku pindah ke rumah sewa ini.

Aku bangun dari katil dan membersihkan diri. Selepas itu , aku mengemas rumah. Agak bosan sebenarnya duduk rumah. Mungkin aku nak keluar sekejap lagi , nak beli barang dapur.

~

Asia Pacific International School Seoul 🏫

Mark dan Airies hanya termenung sejak Ayra tidak hadir ke sekolah. Mereka mula berasa risau dekat Ayra. Tak tahu la apa Ayra buat dekat rumah itu. Macam mana la keadaan dia sekarang. Sihat ke dia ? Makin serabut kepala mereka dengan nasib Ayra macam itu.

" Mark , apa kata kita pergi rumah sewa Ayra. Nak tak ? "

" Boleh juga. Kita pergi sekali eh ? Lagipun aku tak tahu rumah Ayra lorong mana. "

" Boleh je. Haish , kesian dekat Ayra. Mesti something wrong jadi dekat Ayra. "

" Maksud kau ? "

Mark terus memberi tumpuan selepas Airies menyebut something wrong. Hatinya juga berasa tidak selesa dengan keadaan Ayra. Dia juga merasa sesuatu yang telah disembunyikan oleh Ayra.

" Haish , aku terpaksa juga cerita dekat kau Mark sebab kau kawan Ayra. Sebenarnya parents Ayra dah meninggal sejak dia kecil. Lepas tu dia tinggal dengan aunty and uncle dia. Sejak dari tu , dia asyik kena dera which is kena tendang , kena tolak and so on. That's why banyak kesan luka dekat kaki , lengan. Masa dia 15 tahun , dia menghidap penyakit kanser otak. Dia tak nak bagitahu aunty dia sebab aunty dia buat tak tahu saja dekat dia. And sekarang dia kerja dekat cafe untuk membiayai rawatan dia. "

Mark tercengang selepas mendengar penjelasan daripada Airies. Rasa kesian menyelubungi dirinya.

" Sampai macam tu sekali aunty dia dera dia ? Itu manusia ke haiwan ? Fuh ni memang tak boleh jadi. "

" Mark , buat la sesuatu dekat Ayra. Aku yakin kau boleh tolong dia. Aku nak tolong dia dengan duit pun , aku tak mampu. "

" Ya , aku akan tolong dia. Trust me. Dah jom masuk kelas. "

Mark dan Airies pun beredar dari kantin. Mereka pun menuju ke kelas yang kecewa.

Skip 🐯♥️

Aku berjalan berseorangan menuju ke kedai yang berdekatan untuk membeli barang dapur. Terasa malas nak jalan jauh sebab keadaan yang tak mengizinkan. Sakit kian terasa.

Setelah sampai di kedai , aku memilih barang barang yang perlu dibeli. Aku tak nak membazir sebab duit nak guna banyak nanti. Selepas itu , aku membeli antiseptic cream untuk luka di lengan ini. Kemudian aku membayar semua barang barang ini.

Selepas keluar dari kedai , tekak aku teringin nak makan ais krim lavender + coklat. Aku mencari kedai aiskrim yang berdekatan. And yah finally jumpa juga. Semua kedai ada di kediaman aku. Senang la juga.

Wonderland Ice cream 🍦

" Cik , saya nak aiskrim lavender coklat ya. "

" Baik. Tunggu sekejap ya. "

[C] Hurt || Mark Nct Where stories live. Discover now