Hari ini aku tidak hadir ke sekolah lagi. Aku perlukan masa untuk berehat sehingga luka ini sembuh. Susah juga kalau tidak sembuh , nanti aku akan disoal oleh wartawan sidang media yang tidak berbayar. Keputusan paling berat aku akan buat adalah berhenti kerja. Mungkin bukan sekarang , tetapi pada masa yang sesuai. Bukan aku malas bekerja , mungkin tiada gunanya kalau aku buat pembedahan ini. Aku masih boleh bergantung dengan ubat dan yang paling penting aku nak menikmati kehidupan aku yang indah ini sebelum aku meninggal dunia. Itu tujuan aku hidup , biar sahaja disakiti , pengakhirannya bahagia menanti.
Hari ini aku akan pergi ke hospital untuk membuat medical checkup. Kadang kadang terasa juga pening kepala tetapi tidak seteruk hari itu. Aku cuma perlu tahu tentang condition diri aku sahaja. Kalau doktor cakap keadaan aku baik , jadi biar aku lupakan sahaja tentang rawatan itu. Kalau keadaan aku tidak baik , terpaksa la aku bekerja.
Aku membersihkan diri terlebih dahulu sebelum pergi ke hospital. Kemudian aku memakai pakaian yang sopan dan sesuai. Nak pergi hospital saja pun , tak akan la nak pakai macam pergi party orang bujang pula.
Selepas siap , aku menunggu teksi di hadapan rumah aku. Perjalanan ke hospital agak jauh dari rumah aku. Kalau nak berjalan memang boleh pengsan di tengah jalan.
Skip 🐯♥️
40 minit perjalanan , akhirnya aku sampai di hospital. Keadaan di sini memang selalu sesak , pesakit kian bertambah. Aku membayar duit tambang teksi selepas turun dari kereta itu. Aku berjalan menuju ke arah pintu utama hospital.
Aku mengambil nombor giliran di kaunter. Aku bersyukur kerana tidak ramai orang yang menunggu di sini. Sekian lama menunggu , akhirnya nama aku dipanggil oleh nurse.
Aku mengetuk pintu bilik doktor terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam. Aku terdengar suara doktor berkata " masuk ". Aku terus masuk ke dalam bilik doktor itu.
" Cik Kwon Ayra kan ? Silakan duduk. "
" Ya saya. "
Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan doktor. Agak gugup jantung aku sebenarnya.
" ini merupakan kali kedua awak membuat medical checkup di sini. Jadi apa perkembangan awak sekarang ? "
" Saya selalu sakit kepala doktor. Saya hanya bergantung dengan ubat sahaja buat masa sekarang. "
" Sakit kepala yang biasa atau lebih teruk daripada itu ? "
" Both. "
" Baik , kalau cik Ayra kata begitu , mari ikut saya pergi ke bilik x-ray. Saya nak tengok sejauh mana ketumbuhan itu berlarutan. "
Aku tidak bercakap sepatah apa pun. Selebihnya aku hanya berdiam diri. Aku agak risau kalau ketumbuhan itu menjadi lebih teruk.
Aku membaringkan diri di atas katil. Jantung aku berdegup dengan kencang. Aku merapatkan mata apabila machine scan itu dihidupkan.
Selepas 15 minit menjalani x-ray , gambar ketumbuhan itu telah dicetak. Keputusannya amat teruk. Sumpah aku berasa amat kecewa sekarang. Mungkin harapan aku sampai di sini sahaja ?
" Saya berharap cik Ayra membuat keputusan dengan segara untuk menjalani rawatan pembedahan. Jika tidak cik Ayra sendiri tahu akibat atau kesannya. Walaupun cik Ayra sering bergantung dengan ubat , namun hanya beberapa percent sahaja ubat itu dapat bertahan. "
" Baik doktor. Terima kasih. "
" Ya sama sama. Jaga diri ya. "
Aku hanya mampu tersenyum walaupun terluka. Aku keluar dari bilik doktor dengan 1001 perasaan yang amat sakit. Mungkin sudah sampai takdirnya. Hanya menunggu masa yang sesuai.
YOU ARE READING
[C] Hurt || Mark Nct
FanfictionWalaupun kehidupannya Ayra tidak sama seperti orang lain , dia sering ditemani oleh seorang lelaki bernama Mark. Lelaki itu juga selalu memberi tumpuan terhadapnya. Adakah itu perasaan cinta atau perasaan semata mata ? Namun selepas beberapa hari...