day 9 🌜

130 22 22
                                    

Tahun ini buat pertama kalinya acara sukan diadakan. Tahun ini special sikit sebab semua acara sukan diawalkan. Selepas ini , boleh la semua students focus on study mereka. Aku tidak mengambil sebarang acara memandangkan keadaan aku tidak sihat. Hanya Mark dan Airies sahaja yang mengambil acara. Airies macam biasa la , acara dia mesti lontar peluru dan Mark pula mengambil acara lumba lari.

Semua students diberikan masa sebanyak 1 jam untuk berlatih. Aku hanya menunggu mereka di cafe sambil membaca buku.

Acara sukan akan dimulakan pada pukul 9:15. Jadi sempat la untuk mereka berlatih seketika dan mengumpul tenaga.

Skip 🐯♥️

Semua students yang tidak aktif dalam mengambil acara diminta turun ke padang untuk menyaksikan sukan yang bakal dilansungkan. Aku mengambil tempat duduk di hadapan untuk memberi sokongan padu kepada Mark. Nampak gayanya aktiviti lumba lari akan dimulakan.

Semua atlet diminta mengambil line lumba lari masing-masing. Kelihatan beberapa pelajar perempuan sudah menyeru nama Mark. Ada juga yang membawa banner untuk memeriahkan lagi sokongan. Fuh ! Sanggup juga mereka ini.

Aku melambai tangan ke arah Mark dan membuat gaya fighting dalam bahasa isyarat. Baru lah dia ada semangat nak lari nanti ! Mark mula tersenyum lebar.

Mereka sudah duduk dalam keadaan bersedia. Tunggu masa untuk berlari sahaja.

" Ke garisan sedia mula ! " Kata Mr David lalu memicit hon.

Mereka berlari dengan bertungkus lumus. Hampir bingit telinga aku dek jeritan para-para wanita yang bakal kena bom dengan aku.

Kelihatan Mark berada di garisan nombor satu. Diikiut dengan Bomin di belakang. Laju juga dia lari.

" MARK LAJU LAGI !! " Kali ini turn aku pula menjerit. Rasakan hahahaha !

Hampir tamat , and YES ! Mark menang. Aku melompat tanda kegembiraan.

Mark berlari ke arah aku. Aku memberi sebotol air mineral kepadanya. Tercungap cungap dia bernafas. Takut semput sahaja budak Mark ini.

" Yeay finally you did it ! I'm so proud of you Mark. " Kata aku sambil mengelap peluhnya.

Para pelajar perempuan yang lain hanya menyaksikan drama tak laku kami berdua. Aku dan Mark membiarkan saja.

" Hehe thank you for your support. " Kata Mark sambil menutup botol air itu. Dia menciut hidung comelku.

" Jom pergi dekat Airies. Kita support dia pula. " Kata aku lalu menarik tangan Mark. Dia hanya mengiakan saja.

Mark terbatuk batuk semasa berjalan kaki ke arah tempat Airies mempraktis lontar peluru. Kerap juga dia batuk. Aku mulai risau.

" Mark , are you okay ? " Soal aku sambil mengusap belakang Mark. Sehingga terbongkok-bongkok dia terbatuk.

Namun tiada respon. Mark masih meneruskan batuknya. Dia kelihatan sukar untuk bernafas.

" Mark , jawab pertanyaan saya please. Tolong jangan buat saya risau. " Kata aku. Aku cemas sekarang. Rasa nak jerit meminta pertolongan.

Mark mengusap dadanya perlahan lahan. Dia batuk sehingga mengeluarkan cecair berwarna merah. Dia duduk lalu terbaring di tepi padang. Dia menarik nafas sedalam yang boleh. Tetapi dia gagal , batuknya semakin parah.

Aku tidak lagi mendiamkan diri. Aku menjerit meminta pertolongan. Mark sudahpun berada dalam keadaan yang kritikal.

" MR DAVID , TOLONG SAYA ! TOLONG TOLONG TOLONG ! " Aku menjerit sehingga suaraku menjadi serak.

[C] Hurt || Mark Nct Where stories live. Discover now