Day 14 🌜

238 27 12
                                    

Mark terjaga dari tidurnya. Dia mengeliat perlahan lahan kerana bekas jahitan masih berbisa. Hanya seseorang sahaja yang bermain di fikirannya iaitu Kwon Ayra. Ayra pasti gembira kerana dia akan pulih sepenuhnya. Tetapi seperti biasa , bayangan Ayra belum muncul.

" Mark , kamu dah bangun ke ? " Tanya Encik Lee sebaik sahaja ternampak Mark bangun. Dia membelai rambut anaknya.

" Ayra mana papa ? " Mark menatap mata Encik Lee dengan penuh harapan. Dia semakin rindukan Ayra. Banyak hari dia tidak nampak Ayra.  Ayra dah tak cintakan dia ke ?

" Ayra tengah berehat Mark. Biarkan dia ya. Nanti dia datang lah. " Encik Lee menahan rasa sebak. Dia mencuba sedaya upaya menyembunyikan perasaan itu.

" Rehat apa lama sangat. Dia tak sayangkan Mark ke papa ? " Kata Mark sambil mengeluh.

" Dia sayangkan kamu Mark. Bersabarlah. " Itu sahaja yang mampu Encik Lee katakan. Hampir sahaja dia mahu mengalirkan air mata.

Mark hanya menghiraukan Encik Lee. Dia mengambil telefon dan cuba menelefon Ayra.

" Maaf nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Sila cuba sebentar lagi. "

Hanya voicemail message sahaja yang kesampaian. Dia meletakkan semula telefon di atas meja. Dia berasa kecewa. Encik Lee hanya mampu melihat gelagat anaknya itu.

Skip 🐯♥

Encik Lee berjalan keluar dari bilik dan meninggalkan Mark bersendirian. Perangai anaknya tak henti-henti menghantar message kepada Ayra. Terlalu rindu agaknya.

Dia ingin berjumpa dengan doktor Hyun Bin kerana mahu menanyakan tentang Ayra.

" Doktor , sibuk ke ? Saya nak jumpa dengan doktor sekejap. " Kata Encik Lee sebaik sahaja ternampak doktor Hyun Bin sedang menyiapkan kerjanya.

" Silakan duduk Encik. Kita bincang di sini sahaja ya ? Saya ada kerja nak kena siapkan. " Pinta doktor Hyun Bin. Encik Lee melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan doktor.

" Bila Ayra akan dikebumikan ? " Tanya Encik Lee.

" Petang nanti. Pihak hospital akan uruskan sebab tiada waris yang wakilkan untuk mengambil mayat Ayra pulang. " Jelas doktor Hyun Bin sambil menaip keyboard laptopnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[C] Hurt || Mark Nct Where stories live. Discover now