Mujur hari ini aku bangun awal. Aku berasa lega , kalau tak habis la aku dikerjakan oleh aunty. Hari ini masih cuti sekolah , kafe pula tutup selama 2 hari. Aku membersihkan rumah dahulu sebelum membersihkan diri. Lepas itu , baru aku buatkan sarapan untuk aunty dan uncle.
Sebelum tidur semalam , aku ada terfikir nak keluar dari rumah ini. Tapi tak tahu nak tinggal dekat mana. Rasanya kena sewa rumah yang jauh dari rumah aunty. Aku tersiksa sangat duduk dalam rumah ni. Rasanya penjara lebih aman. Aku kena minta tolong daripada Airies untuk carikan rumah sewa.
" Ayra ! Kau dah siapkan sarapan ? "
Aku terkejut mendengar suara aunty menjerit namaku. Mana tak terkejut , aku tengah sibuk menyapu sampah di luar rumah sambil menikmati cuaca yang indah. Rasa bersyukur boleh bernafas tapi tak lama pun.
" Dah aunty. Ayra masak nasi goreng kimchi hari ini. "
Aku berhenti menyapu sampah dan menjawab pertanyaan aunty.
Selepas selesai menyapu sampah , aku kena jemur baju aunty dan uncle. Aku masuk ke dalam rumah untuk mengambil bakul baju. Aku ternampak aunty dan uncle tengah makan nasi goreng kimchi yang aku masak.
" Kau berhenti sekejap ! "
Aduh apa pula kali ini. Dah masak pun masih ada yang tak kena ke. Bukannya aku letak racun tikus pun.
" Kau masak nasi nak bagi dekat anjing kurap tepi jalan makan ke ? Rasa tawar nak mampus ! "
Aunty membaling semangkuk pinggan nasi dekat aku. Habis nasi berterabur di atas lantai.
" Apa lagi awak ni hyujung. Saya makan nasi ni rasa okay saja. "
" Abang , dengar sini. Saya ni manusia ! Bukan anjing kurap tepi jalan ! Kalau nak masak kena la letak perasa ! Kalau anjing kurap macam dia ni , sampah pun dia jilat ! "
Aku mengutip nasi yang berteraburan di atas lantai. Aku baru saja mop lantai ini semalam. Dah Kotor balik , sabar lah Ayra.
" Kau mop lantai ni bagi bersih ! Kalau tak bersih siap kau ! Memang aku tonyoh muka kau dekat lantai ni ! "
Aunty berjalan terus masuk ke dalam bilik. Dia menghempas pintu sekuat hatinya. Hampir tercabut pintu dibuatnya.
" Ayra , abaikan saja aunty kamu tu. "
Aku mempedulikan uncle dan sambung mengutip nasi ini. Kemudian aku mengisi air di dalam baldi untuk mop lantai.
Skip 🐯♥
Aku bersiap siap untuk keluar hari ini. Tujuan aku keluar sebab nak cari rumah sewa. Bukannya aku tak suka tinggal kat sini , tapi cukup la untuk jauhkan diri daripada di dera. Aunty dengan uncle tengah menonton television sambil bergoyang kaki.
" Kau nak pergi mana pula tu ? "
" Aunty , hari ini Ayra nak keluar sekejap. Ayra nak beli buku rujukan. Boleh aunty ? "
" Kau nak beli rujukan ke nak pergi jual badan ? "
Aunty tersenyum sinis. Dia macam nak memperlekehkan aku. Aku harap dia izinkan aku keluar , lepas itu boleh cari rumah sewa sekali.
" Betul aunty , Ayra nak beli buku rujukan saja. Ayra tak buat semua kerja kotor tu. Ayra bukan macam tu. "
" Pergi la ! Kalau aku nampak kau balik dengan mana mana lelaki , siap kau ! "
" Ayra janji Ayra balik sendiri. Terima kasih. "
Aku terus keluar dari rumah tu. Tempat pertama yang aku nak pergi , rumah Airies. Aku kena juga minta tolong dia.
YOU ARE READING
[C] Hurt || Mark Nct
FanfictionWalaupun kehidupannya Ayra tidak sama seperti orang lain , dia sering ditemani oleh seorang lelaki bernama Mark. Lelaki itu juga selalu memberi tumpuan terhadapnya. Adakah itu perasaan cinta atau perasaan semata mata ? Namun selepas beberapa hari...