day 11 🌜

131 21 11
                                    

" Ayra ! Please don't go ! " Jerit Mark sambil menangis teresak-esak. Berat hatinya untuk melepaskan gadis itu pergi.

" Kita jumpa lagi ya ? Jaga diri. " Kata Ayra. Bayang-bayangnya mula pudar dari pandangan mata Mark.

Aku terbangun dari tidur yang lena. Mimpi apakah ? Aku mengurut dada perlahan lahan. Aku memandang Mark. Dia masih tidur. Mungkin disebabkan effect suntikan semalam. Tenang sahaja wajahnya walaupun sedikit pucat.

Aku bangun dari katil dengan perlahan lahan. Takut nanti Mark terjaga.

Baru sahaja melunjur kaki , Mark menarik tangan aku. Matanya masih terpejam. Mungkin dia mengigau.

" Don't go ~ " Kata Mark. Suaranya sedikit serak.

Aku mengusap rambut Mark. Tidur tak basuh kaki , itu yang mengigau.

" Saya nak mandi la awak. Dah bau busuk ni. Chill , saya tak pergi mana pun. " Aku menenangkannya.

Mark terdiam. Dia sudah dihanyut mimpi. Aku membiarkan dia bersendirian.

Aku mengambil tuala dan baju di dalam beg pakaian lalu pergi membersihkan diri.

Skip 🐯❤️

Aku memesan beberapa jenis makanan untuk mengisi perut yang kosong. Memang kosong ! Sebab aku tak makan seharian.

Duduk sahaja di meja makan , aku teringat akan mimpi aku semalam. Aku memakai baju putih , muka aku pucat lesi , mata aku merah. Sebiji macam hantu. Apakah petandanya ?

Mark pula hanya memakai baju hospital. Berlari mengejar aku sambil membawa alat bantuan pernafasan. Terdapat setompok besar darah di bahagian dadanya. Macam baru lepas membuat pembedahan. Matanya membengkak akibat menangis berpanjangan.

Aku mengelamun seketika. Aku berharap semua yang terjadi baik baik sahaja.

" Cik , makanan dah sampai. " Kata waiter tersebut lalu menghidangkan makanan di atas meja. Aroma makanan itu menusuk-nusuk masuk ke dalam hidung aku.

" Terima kasih. " Balasku. Waiter itu berlalu pergi.

Aku menjamu selera terlebih dahulu. Soal mimpi itu ? Mungkin hanyalah permainan tidur.

Skip 🐯❤️

Aku berjalan di sekitar mini park hospital. Ramai orang melepak di sini. Udara di sini memang sejuk dan nyaman. Ada yang bermain dengan anak anak , pasangan bercinta dan lain lain. Aku hanya tersenyum melihat mereka. Hidup mereka sudah dilengkapi dengan kebahagiaan.

Hidup aku pula mulai bahagia. Tapi tidak sepenuhnya. Mungkin di pengakhirannya bahagia menanti.

Let's talk about Mark Lee. He's kind , cute , smart and funny walaupun hambar. Memang terasa kekok waktu mula-mula kenal dengan dia. Tapi aku fall in love sebab perangai ikhlas dia tu. Dia lelaki kedua yang terbaik hadir di dalam hidup aku.

Aku sayang dia. Tiada apa lagi yang dapat aku ungkapkan selain perkataan "sayang" dan "cinta". Dua perkataan yang berbeza , tapi rasa dia tetap sama. Pengenalan yang singkat , namun memberi 1001 makna buat aku.

Aku bermonolog di dalam hati sambil memandang langit biru. Cantik. Andai kata aku memejamkan mata , tak mungkin lagi aku dapat menatap langit seindah ini.

Skip 🐯❤

Aku kembali semula ke bilik Mark. Dia sedang bermain telefon. Mungkin dia tengah menjawab segala pertanyaan daripada kawan-kawannya.

" Hey my little girl , where are you going ? " Tanya Mark. Telefonnya ditutup.

" Saya pergi ambil angin. Dah berapa hari tak tengok dunia luar. Asyik tengok awak je. " Aku membalas pertanyaan Mark. Aku memuncungkan bibir.

" Dah tak suka tengok saya ke ? Yela saya kan busuk , dah 3 hari tak mandi. " Kata Mark. Dia menjeling. Ingat comel ke ?

" Hahaha awak memang busuk pun. Tapi takpe , saya sayang ! " Aku mengambil hatinya. Dia hanya tersenyum.

" Come , sit here. I miss you little girl ! " Dia menepuk-nepuk katilnya. Senyuman tak lekang dari bibir.

Aku bangun dari kerusi dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Entahla. Sayu mata memandang. Dia bukan lagi Mark yang dulu. Aku rindu.

" Kenapa Ayra saya ni dah tak tembam eh ? Sebelum ni gemuk je , tapi sekarang dah kurus. " Dia mencubit kedua-dua belah pipiku. Dia pun sama , nampak kurus macam skeleton.

" Saya diet la. Nanti kalau terlebih gemuk , awak dah tak sayang saya. " Kata aku dalam nada merajuk. Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Sejuk saja badan dia. Tak macam normal people.

" My girl , listen to me. I don't care who you are. Where you're from. What you did. As long as you love me and i love you. That's enough. " Kata Mark sambil mengusap bahu aku. Rasa sedih pula bila dia cakap macam tu.

" I love you more Mark. Thank you for everything. Let's create more memories together okay ? "  Aku membuat jari pinky promise. Dia pun membuat perkara yang sama. Awh , kami memang cute.

" Esok papa saya datang. Dia cakap dia nak jaga saya. How about you ? " Tanya Mark sambil memandang aku.

" Uhm , kalau papa awak datang , saya balik rumah lah. Dah lama tak balik , mesti berhabuk rumah tu. Kalau free , saya datang tengok awak tau. " Balas aku. Mark mencebik. Mengada betul.

" Betul ni awak nak tengok saya ? Betul ni ? Betul ni ? Betul ni ? " Mark sengaja buat perangai mengada. Ish memang nak kena.

" Hey ! Annoying lah. Ye betul saya datang tengok awak. Mana boleh tinggal kesayangan saya ni. " Aku mencubit lembut lengan dia. Dia kembali tersenyum.

Saat suka dan duka , gelak ketawa. Mesti terselit perasaan sedih. Satu perasaan yang tidak dapat dibuang dari hidup manusia. Tuhan , tolong jagakan dia bila aku sudah tiada.

Skip 🐯❤

Waktu malam sudahpun tiba. Mark dinasihatkan supaya tidur awal. Dia tidak dibenarkan tidur lambat. Jantung yang lemah akan berisiko lebih tinggi jika rutin tidur tidak dijaga dengan betul.

Aku menemani Mark buat seketika. Mengada dia ni , nak tidur mesti kena nyanyi lagu "without you" dulu. Nasib baik suara aku sedap. Kalau tak , masuk icu buat kali ke 2.

Aku menjengah ke luar pintu bilik. Aku nak jumpa dengan doktor Hyun Bin. Dah 3 hari di hospital , takkan takda news pasal Mark ?

" Nurse , doktor Hyun Bin dekat mana sekarang ? " Aku menanya nurse yang bertugas di ward ini.

" Doktor Hyun Bin ada di bilik pesakit number 20. Kenapa ya ? " Kata nurse itu.

" Ouh. Baik lah. Terima kasih. " Aku menunduk hormat dekat nurse tu.

Aku menunggu doktor Hyun Bin di penjuru bilik. Lama juga dia berurusan dengan pesakit itu.

10 minit menunggu , akhirnya aku nampak kelibat doktor Hyun Bin. Aku mengejar doktor itu.

" Doktor , boleh saya cakap sekejap ? " Tercungap-cungap aku berkata kata. Penat kejar weh.

" Ya ada apa tu ? Ikut saya ke bilik. Kita bincang di sana. " Pinta doktor. Aku hanya mengikuti dia.

Sampai sahaja di bilik , aku dijemput duduk. Empuk betul kerusi dia.

" Saya nak tanya pasal pesakit yang bernama Mark. Macam mana perkembangan dia sekarang ? Still tak ada penderma jantung untuk dia ? " Soalku bertubi tubi. Doktor Hyun Bin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Semalam , kami ada menerima panggilan dari institut jantung. Kemudian pihak hospital terus bergegas ke sana. Kami menyemak setiap condition jantung tersebut. Namun , tiada jantung yang sesuai untuk Mark. Maafkan kami. Kami sedang menunggu panggilan yang seterusnya. Harap bersabar ya. " Jelas doktor Hyun Bin panjang lebar.

Aku hanya tersenyum kelat di hadapan doktor Hyun Bin. Betapa seksanya mahu mendapatkan jantung. Kalau tak ada solution , aku terpaksa buat sesuatu demi Mark.

Bersambung 💖

haaaaa ! Ayra nak buat apa pulak tu ? Nantikan !

[C] Hurt || Mark Nct Where stories live. Discover now