Ambulance memakir di tempat kecemasan. Para-para attendance berlari dengan pantas mulai kelihatan. Mereka membuka pintu ambulance dan menarik Ayra keluar. Darah di kepala Ayra masih memancut keluar dengan banyak. Mukanya pucat lesi kerana kehilangan banyak darah. Dia ditolak masuk ke dalam icu.
Doktor Hyun Bin yang bertugas di icu terkejut selepas melihat sekujur tubuh badan Ayra yang berlumuran dengan darah ditolak laju ke dalam bilik itu. Kini dia benar benar memahami kata-kata Ayra semalam. Sungguh dia tak sangka kejadian ini berlaku dengan sekelip mata.
Skip 🐯♥
Mark mengimbas kembali perbualannya dengan Ayra melalui aplikasi Kakaotalk. Dari awal sampai akhir dia tersenyum sendiri membaca perbualan itu.
Dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana kerap memikirkan Ayra. Kemana dia sekarang ? Waktu subuh pun masih belum menjelma.
" Ehey ! Ayra you're so cute. " Dia bercakap sendiri selepas melihat gambar "selfie" yang dihantar oleh Ayra tiga hari yang lalu. Memang comel pun gadis kacukan itu.
" Mark , kamu cakap dengan siapa ? " Tanya Encik Lee yang baru terjaga dari tidurnya. Mungkin terkejut mendengar "ehey ! " Mark barangkali. Budak Mark ni memang bising sikit.
" Hehe nothing papa. Comelkan Ayra ni ? Mark rindu dia sangat. Mana lah dia ni. " Kata Mark kepada Encik Lee sambil mengeluh kecil.
" Ye dia comel. Sabar lah Mark. Nanti dia datang la tu. Mungkin dia terlajak tidur sebab penat jaga kamu. Layan perangai kamu lagi. " Balas Encik Lee.
Mark hanya memuncungkan bibir seperti itik. Mana mungkin Ayra penat layan karenah dia. Tapi , dia sendiri pun penat dengan dirinya.
Skip 🐯♥
Doktor Hyun Bin mengetuk pintu bilik Mark. Kehadirannya membawa berita yang bakal menghancurkan hati mereka. Dia melepaskan keluhan beberapa kali sebelum memasuki bilik itu.
" Encik Lee , boleh kita berbincang sekejap ? " Tanya doktor Hyun Bin sambil melemparkan senyuman palsu.
" Erk boleh doktor. Kita berbincang di luar bilik saja ya. " Kata Encik Lee lalu bangun dari kerusi.
" Mark , kamu tidak dibenarkan untuk makan. Bila bila masa sahaja operation bakal dijalankan. Berpuasa sekejap ya. " Kata doktor Hyun Bin.
" What ?! Puasa ? Maksud doktor , pihak hospital dah dapat jantung untuk saya ? " Tanya Mark dengan nada terkejut.
" Ya. Pihak hospital dah dapatkan jantung yang terbaik untuk kamu. " Hampir sahaja air mata doktor Hyun Bin mengalir. Sungguh dia tak kuat untuk memberitahu segalanya kepada Mark. Tapi dia harus melakukan semua ini atas arahan daripada Ayra.
Skip 🐯♥
" Maafkan saya Encik Lee. Saya terpaksa buat semua ni atas permintaan Ayra. " Kata doktor Hyun Bin.
" Apa yang dah jadi dekat Ayra ? " Tanya Encik Lee sebaik sahaja nama Ayra diseru oleh doktor Hyun Bin.
" Sebenarnya Ayra ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan dia kehilangan banyak darah. Jadi dia menyuruh saya membuat pembedahan dan menyerahkan jantungnya kepada Mark. Saya minta rayuan daripada Encik supaya rahsiakan perkara ini daripada Mark. " Ulas doktor Hyun Bin panjang lebar.
Encik Lee terkedu selepas mendengar penjelasan daripada doktor Hyun Bin. Rasa bersalah menguasai dirinya kerana dia tidak sanggup menipu anaknya itu. Tapi apa yang dia boleh lakukan , hanya menurut perintah daripada doktor.
Skip 🐯♥
Mark termenung jauh di luar tingkap. Kadang kala dia tersenyum sendiri apabila teringatkan bayangan Ayra bermain di fikirannya. Dia sanggup mengabaikan waktu tidurnya demi menunggu kehadiran Ayra.
Encik Lee juga penat memujuknya , tapi dia hanya endahkan saja. Dia yakin yang Ayra akan datang dengan membawa senyuman paling indah dan ceria.
" Mark pukul 2 pagi nanti kamu akan operation. Tidur lah , bagi ada tenaga. " Rayu Encik Lee.
Mark masih termenung di luar tingkap. Kata kata Encik Lee ibarat angin yang menyusuri laju di telinganya.
" Mark nak Ayra ! Mana dia papa ? Dia janji dengan Mark dia nak datang ! Tapi takda pun ! Kenapa dia tipu Mark ?! " Mark memberontak. Habis bantal dan selimut ditolak sehingga jatuh.
Encik Lee puas menenangkan dia. Mark menangis semahu mahunya. Dia terlalu rindukan Ayra. Kalau dia tahu apa yang telah terjadi dekat Ayra , tentu dia akan membunuh dirinya sendiri.
Skip 🐯♥
Tepat pukul 2 pagi , doktor dan nurse telah pun membuat persiapan untuk pembedahan Mark. Apa yang lebih menyedihkan , pihak hospital telah membuat pembedahan Ayra terlebih dahulu. Jantung dia sudah dikeluarkan.
Encik Lee menekup mulutnya selepas mendengar berita sedih tersebut. Dia terpaksa menyembunyikan diri daripada pengetahuan anaknya. Dia mengalirkan air mata. Sedih. Sedih yang tak dapat diungkapkan kerana perempuan kesayangan anaknya telah pergi buat selama lamanya. Dia buntu. Tidak tahu bagaimana harus dia jelaskan kepada anaknya.
Skip 🐯♥
Pukul 5;30 pagi , Mark selamat menjalani sesi pembedahan. Mark masih tidak menyedarkan diri kerana suntikan bius tadi.
Dia ditolak semula masuk ke dalam bilik VIP itu. Encik Lee menarik nafas lega kerana tiada sebarang masalah ketika pembedahan tersebut.
Wajah anaknya dicium perlahan. Sejuk saja tubuh badan Mark. Sekali lagi air matanya mengalir apabila teringatkan Ayra.
Dia bangun dan meninggalkan Mark bersendirian di dalam bilik. Dia keluar mencari mana mana doktor yang bertugas di ward itu.
" Doktor , boleh saya pergi ke bilik mayat ? " Kata Encik Lee sambil mengesat air mata.
" Encik nak buat apa ke sana ? " Tanya doktor itu.
" Penghormatan terakhir untuk kesayangan anak lelaki saya. " Lantang sahaja suara Encik Lee melepaskan kata kata.
Doktor itu hanya menganggukkan kepala. Dia membawa Encik Lee ke bilik mayat. Encik Lee mengekori doktor itu.
Skip 🐯♥
Sampai sahaja di bilik mayat , suasana bertukar menjadi suram dan sepi. Dia menguatkan diri untuk menghadapi semua ini.
Encik Lee menarik kain putih yang menutupi wajah Ayra. Mukanya pucat lesi. Bibir merekah. Kesan lebam penuh di muka kerana kemalangan tersebut.
" Ayra , terima kasih kerana selalu menjaga dan memahami perasaan anak lelaki saya. Dia memang degil , nakal dan tidak mahu mendengar cakap saya. Nasib ada kamu yang mengubah hidupnya menjadi lebih ceria. Sekarang kamu telah pergi buat selama lamanya meninggalkan anak lelaki saya. Ribuan terima kasih untuk kamu. Saya cuba sedaya upaya memujuk anak saya untuk terima semua ini. Bersemadilah kamu dengan aman. Tunggu anak saya ya. "
Encik Lee mengucapkan kata kata itu kepada Ayra. Walaupun tubuh itu terkaku , mungkin rohnya mendengar semuanya. Encik Lee menutup semula kain putih tersebut. Dia meletakkan bunga di sisi Ayra.
Dia melangkah keluar dari bilik itu dengan 1001 perasaan sedih. Dia berharap agar dirinya dan Mark kuat untuk menghadapi semua ini.
YOU ARE READING
[C] Hurt || Mark Nct
FanfictionWalaupun kehidupannya Ayra tidak sama seperti orang lain , dia sering ditemani oleh seorang lelaki bernama Mark. Lelaki itu juga selalu memberi tumpuan terhadapnya. Adakah itu perasaan cinta atau perasaan semata mata ? Namun selepas beberapa hari...