day 1 🌜

264 23 3
                                    

First day of January 2020 , sesi persekolahan bermula. Aku melangkah masuk ke dalam sekolah dengan penuh perasaan gembira. Rumah aku dekat dengan sekolah , jadi aku hanya berjalan kaki ke sekolah. Dapat la pecahkan kalori dalam badan ni. First impressions aku tengok students lain , ada yang happy dapat jumpa dengan best friend masing masing , ada yang menangis sebab malas nak ke sekolah and macam macam lagi lah. Aku hanya tertawa melihat gelagat masing masing. Semua orang masih dalam mood cuti.

" Ayra ! "

Aku tercari cari orang yang menjerit namaku , tetapi masih tak nampak bayangan badan tuan yang menjerit namaku ini. Terlalu ramai orang dalam sekolah ni. Macam mana nak nampak.

" kat sini lah , belakang kau "

Aku terus pusing ke belakang. Alangkah terkejutnya melihat susuk tubuh yang berdiri di belakang aku ni. Dia la best friend yang selalu ada dengan aku.

" omg Airies ! "

Aku terus memeluk Airies. Terlalu rindu dekat si debab yang montel ni. Masa cuti sekolah , aku tak sempat nak jumpa dia. Dia balik ke kampung halamannya di jeju.

" Aku rindu sangat dekat kau Ayra. Aku ada beli hadiah dekat kau. "

" Aku pun rindu juga dekat kau. Beli hadiah apa dekat aku ? Susah susah je kau ni "

" Tak susah pun , aku beli gelang untuk friendship kita. Balik sekolah nanti kita pakai tau. "

Aku tersenyum melihat gelagat Airies ni. Comel macam beruang. Hahaha.

Jam tepat menunjukkan pukul 8:30 pagi. Semua students diminta masuk ke dalam kelas masing masing. Sesi pembelajaran akan dimulakan sebentar lagi. Hari ini mood aku happy sikit sebab subject first tu biology. Lepastu banyak pula topic yang menarik.

Aku dengan Airies duduk di tempat paling hadapan. Senang sikit nak focus apa cikgu ajar. Kalau duduk belakang nanti kurang focus. Ilmu masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

" Good morning class. "

" Good morning teacher Sohyun. "

Ni la cikgu biology aku. Dia sporting sangat. Dah la cantik , sejuk mata memandang.

" Have a sit down class. Hari ini ada student baru yang akan masuk ke dalam kelas ini. Silakan masuk. "

Semua orang ternanti nanti siapa pelajar baru itu. Begitu juga dengan aku dan Airies. Aku ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang berjalan di hadapan aku. Dia juga memandang aku dengan sepintas lalu.

" Please introduce yourself "

" Hi everyone , my name is Lee Minhyung. You can call me Mark. "

Dia telah menarik perhatian pelajar perempuan di dalam kelas ni. Aku juga terdengar ada beberapa orang menyapa " hi " kepada Mark. Mark pula hanya tersenyum.

" Okay Mark. You can sit behind Ayra. Ayra please put up your hand. "

Aku terus mengangkat tangan selepas nama aku disebut oleh teacher Sohyun. Mark terus berjalan menuju ke tempat duduknya. Dan sekali lagi dia senyum dekat aku.

" Hi Ayra "

Mark menyapa aku selepas melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Aku hanya mempedulikan sapaannya. Aku tak pernah bercakap dengan orang lain selain Airies. Agak kekok di situ.

" Ayra , dia tegur kau tu "

Airies membisik di telingaku. Aku hanya menggelengkan kepala menandakan aku hanya mahu mengabaikan dia.

" Sorry Mark , Ayra ni pemalu sikit "

Airies tersengih melihat Mark. Amboi ! gatalnya.

Mark hanya ketawa kecil. Comel cara dia gelak tu.

[C] Hurt || Mark Nct Where stories live. Discover now