Pon!!!!!!Pon!!!
'Hei awak boleh tepi sikit tak!! Saya nak lalu. Awak sekat kereta saya nak lalu' Lantang sekali Elaini menengking lelaki di hadapannya. Langsung tidak mengahiraukan orang sekeliling yang memandangnya.
'Saya nak cepat. Awak tahu tak saya ni anak CEO syarikat ni. Saya boleh saman awak bila-bila masa sahaja. Dah la naik motorsikal cabuk. Ada hati nak halang saya lalu.' tambah Elaini lagi.
'Hei awak ni pekak ka? Saya cakap saya nak lalu kan? Apa yang tak faham sangat!!!!Bengang Elaini dengan mamat yang langsung tidak menghiraukan arahannya.
'Dah habis? Atau awak masih nak cakap lagi? Saya nak bagi ruang lagi. Saya masih mampu nak tadah telinga dengar leteran awak ni.' Dengan tenang Fayyad Ikrami menjawab.
Terus terdiam Elaini melihat lelaki tersebut dengan berani melawannya. Sebelum ini tiada seorang pun yang berani melawan arahannya malah lelaki sekalipun hanya menunduk apabila ditengking. Elaini berasa sangat tercabar melihat lelakidi hadapannya. Kulit mukanya yang putih bertukar kemerahannya disebabkan kemarahan yang melampau.
'And one more, saya nak bagitahu awak, yang awaknya bukannya polis nak saman saya. Saya tak takutlah. Apa awak cakap tadi? Anak CEO? You think i care? Mimpilah sampai ke bulan.' terus ditinggalkan perempuan tersebut dengan senyman sinisnya. Motorsikalnya ditunggang untuk diletak di tempat letak motor. Tambahan pula, motosikalnya tiba-tiba mati enjin di tengah jalan bahkan bukannya dia sengaja menghalang laluan perempuan tersebut.
'Kau tunggu kau. Siap kau nanti. Ada ubi ada batas ada hari aku balas. Kau masih belum kenal aku siapa. Aku boleh buat apa sahaja sampai kau melutut minta maaf dengan aku' Bengang Elaini dengan sikap angkuh lelaki tersebut.
'Dia ingat aku takut. Disebabkan perkara remeh sanggup tengking aku. Dia tak nampak apa ramai yang tengok dia.' monolog Fayyad di dalam hati. Mengeluh Fayyad dengan sikap wanita tersebut. Dengan pakaian seksinya macam tak cukup kain. Tudung entah ke mana. Well...Perempuan zaman sekarang.
Hermmmmm..Apa boleh buat. Moga dapat hidayah.
..................................................................
Fayyad, kenapa kau lambat masuk kerja? tanya Faliq dengan tergesa-gesa.
Faliq merupakan kawan Fayyad Ikrami ketika di universiti. Umurnya dengan Fayyad jauh beza kerana Fayyad tua lima tahun darinya. Namun sikap Fayyad membuatkan ramai yang menyenangi sikapnya untuk berkawan dengannya.
'Terkejut aku. Kalau ya pun kau nak tanya tunggulah aku letak barang dulu. Bukannya lambat pun. Baru pukul 7: 50. Sempat aku masuk.' Termengah-mengah Fayyad menjawab persoalan rakannya kerana berkejaran untuk punch card sebelum terlambat di pintu hadapan pejabat.
'Bukan apa. Selalunya kau masuk awal. Pukul 7 kau dah terpacak dalam pejabat ni. Cuma aku pelik kenapa kau lambat daripada aku harini.
'Entahla perempuan mana tengkng aku pagi-pagi ni. Aku TERhalang kereta dia nak lalu. Bukannya hal besar pon. Terus hilang mood aku nak kerja. Tengking aku depan orang ramai. Katanya dia anak CEO syarikat. Tercabar aku perempuan tengking-tengking ni. Aku pun balas balik la. Aku tak kesah dah dia anak siapa pun.' Terang Fayyad panjang lebar.
'Kau biar betul Fayyad?? Anak CEO syarikat ni ka? Dia naik kereta apa? tanya Faliq bertalu-talu macam peluru.
'Minicooper.' ringkas jawapan Fayyad.
Terus terbeliak mata Faliq mendengar jawapan Fayyad.
'Kau tahu tak, perempuan tu memang anak CEO syarikat ni. Anak Tan Sri Zakaria tu. Nama dia Elaini. Kalau kau nak tahu, semua orang tak berani nak lawan arahan dia. Garang macam singa kau tahu tak. Semua tunduk ja bila dia suruh. Aku pun takut weyh.' Faliq turut menerangkan dengan bersungguh-sungguh hal tersebut kepada Fayyad.
Fayyad hanya membuat lagak biasa sahaja. Apa nak takut?
'Tak payah takut sangat la. Perempuan je pun. Disebabkan semua orang takut and turut sahaja kehendak dia tu la membuatkan dia naik kepala sangat tu.' selamba Fayyad membalas.
'Ikut suka kau la Fayyad. Buat habis air liur aku ja terang dekat kau panjang-panjang.' Terus Faliq beredar ke tempat kerjanya di hujung dinding.
'Dah aku tak takut nak buat macam mana.' Gelak Fayyad di dalam hati.
Faliq merajuk tak lama tu. Fayyad Ikrami faham sangat dengan perangai Faliq mengada-mengada macam adiknya yang lelaki tu. Nanti lunch hour muncul seketul Faliq depan mejanya. Faham sangat. Faliq jugalah teman yang masih berkawan dengannya walaupun dah macam adik Fayyad anggap.
Termenung Fayyad mengingati keluarga kecilnya di kampung. Ibunya.. keletah adik-adiknya. Lama mereka tak jumpa. Fayyad pula sibuk dengan praktikalnya di syarikat tu hingga tak sempat pulang ke kampung. Duit untuk ibu dan adik-adiknya tak pernah Fayyad lupa.
Rindu keluaga di kampung.
Seketika kemudian dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala.
..................................................
macam mana readers? perlu ka saya teruskan penulisan saya ni?
jangan lupa vote n comment okay.
saya budak baru belajaq. hihihi
YOU ARE READING
SAHAJA AKU MENIKAHIMU
RomanceElaini binti Zakria merupakan anak kepada usahawan yang terkenal di pelosok dunia. Ayahnya merupakan serang CEO syarikat Maju Holding Sdn. Bhd. dan bergelar sebagai Tan Sri Zakaria. Sikap ayahnya yang rendah diri langsung tidak sama dengan anaknya...