P8- Pindah

162 6 3
                                    

Elaini hanya memandang ke luar tingkap. Tak ingin dia tengok lelaki di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan Fayyad Ikrami. Suka memaksa.

Seketika kemudian, baru Elaini menyedari sesuatu.

"Kenapa kawasan rumah teres sahaja? You kata kita nak tinggal dekat kondo." Bengang Elaini.

Fayyad hanya berdiam diri sahaja. Kalau dia balas pasti akan bertengkar. Elaini tidak berpuas hati. Susah sangat ka nak jawab?

Setelah tiba di rumah kediaman mereka, Elaini dan Fayyad langsung turun dari kereta Velfire milik Tan Sri Zakaria. Elaini tercengang melihat rumah di hadapannya.

Rumah setingkat yang biasa-biasa seperti rumah sewa. Ini bukan taste Elaini.

"Ni rumah baru kita." Ujar Fayyad dengan tenang. Fayyad melulu ke arah pagar rumahnya meninggalkan Elaini di belakangnya. Kunci dikeluarkan daripada kocek seluar dan terus membuka mangga tersebut.

"What?!!" Elaini menjerit nyaring sekali.

"No..no..no.. Tak mungkin." Elaini berkata sambil menggeleng kepalanya.

"Rumah siapa ni? I tak nak duduk sini. You kata rumah besar. You bohong I."

"Kalau saya bagitahu awak awal-awal, ada awak nak ikut? Takkan?" Fayyad berpaling sekilas ke arah isterinya.

"I taknak duduk sini. I nak balik rumah Papa."Elaini kembali menuju ke arah kereta untuk masuk ke dalamnya. Dia tak sanggup tinggal dengan Fayyad di rumah macam nak roboh tu.

Taklah teruk sangat pun rumah tu. Masih mampu untuk hidup. Elaini sahaja melebih-lebih. Mentang-mentang hidup 22 tahun dengan keadaan mewah. Mana pernah hidup susah. Masa inilah Fayyad nak mengajar Elaini. Jangan sombong sangat.

Fayyad terus bergegas ke arah Elaini dan menyambar lengan Elaini.

"Awak jangan nak buat perangai ya. Papa awak yang hadiahkan rumah ni. Kita tinggal sahaja dekat sini. Kalau awak nak pergi jugak, jangan salahkan saya kalau Papa awak marahkan awak."

"Lagipun awak nak tidur mana? Papa awak takkan bagi." Tambah Fayyad lagi.

"I tidur rumah kawan i. Apa susah? I ada ramai kawan." Masih mahu melawan suaminya.

"Sampai bila awak nak duduk rumah kawan awak? Lagipun awak nak bagi alasan apa? Papa halau? Tapi awak kerja dengan Papa awak kan? Awak tak malu ka kalau dia tahu awak dah bersuami. Setiap hari saya pergi rumah dia. Awak jangan cabar saya isteriku." Sinis sekali nadanya.

Elaini merenung Fayyad dengan rasa tidak berpuas hati. Ada sahaja idea nak kenakannya.

"Tak apa. Jom kita masuk dahulu. Kita tengok dulu kat dalam. Saya tak ada rumah yang besar nak bagi kat awak. Awak tahukan saya kerja apa." Pujuk Fayyad dengan nada tenang.

Perempuan mudah sahaja cair. Kann???

Elaini terus menarik tangannya semula.

Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Fayyad.

Fayyad mengekori di belakang. Kereta Velfire tersebut akan diambil semula oleh pemandu Tan Sri Zakaria. Banyak barang yang perlu mereka bawa. Kereta Myvinya akan dibawa ke rumah pada petang nanti.

"I nak bilik asing." Putus Elaini.

"No way! Awak ingat ni cerita drama petang-petang ka? Dah kahwin tapi tidur asing-asing. Saya tak benarkan. Saya bukannya buat apa-apa pun. Saya ni masih bersikap penyabar. Saya tunggu awak sedia dahulu baru saya minta hak saya." Terang Fayyad.

"Lagipun rumah ni ada satu bilik sahaja yang ada katil. Bilik satu lagi tiada. So.. mulai saat ni kita kena berkongsi. Awak isteri saya. Tak salah kan?"

Elaini hanya memerhatikan Fayyad sahaja. Dia sudah penat bertekak dengan Fayyad. Segala yang dia nak pasti dilarang. Lebih baik dia ikut sahaja.

"You angkatlah barang. I penat." Ezahra terus merebahkan diri di atas sofa.

"Okay isteriku." Bagus. Isterinya mengalah akhirnya. Fayyad pun tahu Elaini pasti sudah penat bertekak kerana akhirnya pasti keputusan berpihak kepadanya.

Well. Fayyad Ikrami gaiss..

"Awak rehatlah dulu. Pasti penat kemas kan tadi. Nanti kejap lagi saya masakkan makanan special untuk awak." Fayyad berkata seolah-olah mengejek. Elaini hanya menjeling melihat muka Fayyad. 

Pagi tadi, Elaini sahaja mengemas barang sebelum berpindah ke sini. Semuanya disebabkan Tan Sri Zakaria yang membebel menyuruhnya.

Membebel macam mak nenek.

Menjeling..menjeling kau menjeling...matamu tetap menggoda..

Fayyad bernyanyi riang sambil menuju ke arah kereta untuk mengangkat barang masuk ke dalam rumah. Sisi baru Fayyad mula kelihatan.

Masih banyak lagi perkara tentang diri sesama mereka yang  belum diketahui.

Fayyad cuba untuk menerima Elaini sebaiknya kerana Elaini sudah sah menjadi miliknya.

Elaini yang masih di atas sofa mahu lena buat seketika. Dia rasa penat sangat. Banyak kerja dia kena buat. Semua sebab Fayyad.

Nak layan kerenah mamat tu lagi. Tak pernah nak mengalah.

Setelah siap mengemas, Fayyad terus mengejutkan Elaini bangun untuk makan. Dia tahu Elaini belum makan sejak dari rumah lagi. Mogok tak mahu pindah.

"Awak... Bangun makan. Saya dah siapkan makanan." bahu Elaini ditepuk lembut. Terbalik pulak. Suami yang mengejutkan isteri. Selalunya isteri yang mengejutkan suami.

Elaini hanya menurut sahaja. Dia pun dah lapar. Lebih baik isi perut dahulu.

Baru ada tenaga nak bergaduh dengan Fayyad.

Hikhik..











































💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞

Done.🥀🥀🥀

Jemput baca..🥰🥰

Jangan lupa vote n comment ya readers. 😘😘

SAHAJA AKU MENIKAHIMUWhere stories live. Discover now