P7- Malam pertama?!

183 9 2
                                    

Tuhan saja yang tahu apa yang sedang dirasakan waktu ini. Rupa-rupanya apa yang Fayyad bayangkan, lebih hebat dari apa yang dia sedang alami sekarang.

Dia tidak sangka, dia hampir mati tercekik di muka pintu bilik air sebaik saja melihat Elaini. Debaran di dada, terus dipalu-palu dengan kejam.

Rasa nak pecah dada!

Dengan hanya melihat sekujur tubuh berpakaian tidur yang seksi, dia rasa dia tak perlukan lagi godaan. Nalurinya sudah bergoncang hebat. Matanya tidak dapat lari daripada melihat sekujur tubuh yang mengenakan baju tidur bertali halus dan berenda-renda berwarna merah. Baju tidur itu benar-benar membangkitkan rasa berahi. Langsung tidak dapat berfikir tentang apa-apa lagi.

Dia menelan air liur. Dia berharap hati dan jantungnya akan terus berfungsi dengan baik.

Jangan buat hal! Jangan cacatkan suasana.

Tak macholah kalau dia jatuh dahulu tanpa sebarang godaan.

Nanti Elaini mesti kata "aik, belum goda dah rebah? Ah, Buat malu saja!

Relaks...dalam pada ingin bertenang, matany semakin liar ke serata tubuh terdedah itu.

Elaini kelihatan bersahaja menyimpulkan rambut di atas kepala sambil mengerling nakal. Bila rambut tak menutup leher , Elaini nampak lebih menggoda. Mempamerkan batang leher yang putih dan jenjang.

Siap kau Fayyad, kuat iman sangat kan. Ejek Elaini dia dalam hati.

Sabar Fayyad, sabar... Biarkan Elaini beraksi dahulu. Tak ke mana Elaini tu. Lambat-laun akan jatuh ke tangan juga!

Fayyad menelan air liur saat Elaini mula bergerak, mahu menghampirinya dengan lambat dan menggoda. Senyuman, tak kelihatan tapi wajah kelihatan manis saja di matanya.

Sah, dia dah tertawan sebelum waktunya.

Dia yang hanya bertuala, maklum sajalah baru lepas mandi terasa macam tak gagah lagi nak berdiri.

Patut tak dia rebah saja atas katil yang empuk?Katil yang empuk itu, nampak selesa untuk ditakluki pada malam pertama.

Elaini tersenyum sinis. Mungkin Elaini rasa lucu melihatnya begini. Ah... Dia nak buat rupa macam mana lagi? Dah mukanya begitu apabila digoda. Dia kekejangan di tempatnya berdiri. Yang tak romantiknya, di hadapan pintu bilik air. Elaini pun...tak menyempat nak menggoda.

"Tolong tepi sikit." Bisik Elaini dengan merapatkan badannya ke badan Fayyad.

Dada mereka bersentuhan.

"Ap..pa?"

"Tolong tepi sikit, i nak masuk bilik air." Ulang Elaini sambil meyembunyikan senyuman.

Fayyad , nampak lucu! Tapi...masih memikat.

Khalif berganjak ke tepi memberi laluan . Nampak jelas di wajah Fayyad, kecewa!

Kecewa, darling? Elaini tersenyum.

Fayyad fikir dia nak beraksi lebih ke? Belum waktunya. Dia mahu mendera terlwbih dahulu sebelum Fayyad mendapatkannya. Lagipun dia yakin yang Fayyad bukanlah lelaki yang gelojoh. Walau setinggi mana keinginan Fayyad terhadapnya, lelaki itu pasti akan bertahan sampai dia merelakannya.

Sebaik sahaja Elaini menemyelinap masuk ke dalam bilik air, Fayyad menggetus perlahan.

"Gila..." Peluh jantan sudah memercik keluar, bersatu dengan sisa air mandian yang belum dilap sepenuhnya hingga kering. Saja dia buat Elaini rasa tergoda, sudahnya, dia yang terkena dulu! Mana sangka Elaini akan berpakaian seseksi itu?

Dia segera ke almari pakaian, memilih pakaian yang sesuaiuntuk disarung ke badan. Pijama? Leceh! Butang banyak sangat. T-shirt ? Hmmmm.. senang nak tarik, tentu lebih mudah nanti. Dia tersenyum dan menggeleng perlahan. Laju tangan mencapai T-shirt putih dan seluar pijama biru.

Beberapa minit kemudian dia sudah lengkap berpakaian, tapi Elaini masih berada di dalam bilik air. Matanya mengerling ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat.

Apa yang Elaini buat? Takkan tidur dalam bilik air kot.

Lalu Fayyad bergerak mendekati bilik air. Pintu bilik air yang tertutup rapat dipandang seketika dan cuba untuk memulas tombol pintu.

Tiba-tiba terkuak lebar, Fayyad terkejut.

Elaini yabg sudah terjengul di muka pintu mengangkat kening.

"Errr..."

" Nak masuk toilet?" Tanya Elaini.

"Haa...lupa nak gosok gigi tadi."

"Okey.." sahut Elaini, meleret panjang nada yang nakal. Dia masih ingin mengusik Fayyad. Lalu dilanggar lengan Fayyad dengan lengannya. Biar lelaki itu lebih berdebar bila kulit mereka bersentuhan.

Elaini....sebut Fayyad dalam hati dengan perasaan yang tertahan-tahan. Bibir diketap kuat. Mata, menyoroti langkah Elaini yang naik ke atas katil. Dugaan! Sabar, Fayyad..jangan gelojoh. Tenang.

Pelayaran malam ini harus berjalan dengan lancar. Tak harus tewas dengan mudah. Nakhoda, akan mengemudi kapalnya dengan baik dan bijaksana. Ombak yang memukul badan kapal, tak harus menjejaskan pelayaran.

Dia menarik nafas dan berlalu masuk ke dalam bilik air. Pintu ditutup rapat dan tangan dodepakan di atas singki. Dia merenung wajahnya yang kemerahan di cermin. Kelas, wajahnya itu mempamerkan riak yang Elaini mungkin tidak fahami.

"Haih...." Fayyad mengeluh sendiri. Pili dipulas, air mencurah laju ditadah dengan tapak tangan sebelum disimbah ke muka beberapa kali.

Takkan nak gosok gigi lagi?

Dia dah gosok gigi tadi. Fayyad, tenang. Sabar... Elaini hanya seorang perempuan!










































🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰

Siap pun💞💞💞

Jemput baca!!

Jangan lupa vote and comment okay readers🥀🥀🥀

Gunite😘😘😘

SAHAJA AKU MENIKAHIMUWhere stories live. Discover now