P10- Seksi

220 9 4
                                    

"Elaini bangun. Saya dah siap masak. Harini kita dah mula kerja. Bangun. Mandi." Fayyad mengejut Elaini yang masih dibuai mimpi indah. 

"Ya. Ya. Sekejap." Elaini bangun lalu terus bergerak ke bilik air.

Sekarang Elaini sudah tidak susah untuk bangun pagi. Fayyad punya kerja kan.. kalau dia tak bangun, mulalah Fayyad ugut itu ini. Paling dia tak suka Fayyad suka ambil kesempatan kalau dia tertidur semula. Faham sangat perangai lelaki ni.

Fayyad terus bergerak ke dapur untuk bersarapan. Dia perlu datang kerja lebih awal. Dia pun hanya orang bawahan sahaja.  Lainlah Elaini, syarikat tu bapak dia punya.

Usai Fayyad bersarapan, Elaini baru siap mandi.

Fayyad awal-awal lagi dah siap berpakaian kerja. Rindu nak bekerja semula. Seminggu bercuti terasa begitu lama. Seminggu ini jugalah dia sering bertengkar dengan Elaini. Selepas itu, Fayyad berbaik semula seperti tidak tidak berlaku apa-apa. Tapi Elaini masih dibawah kawalannya.

"Haa. Dah siap pun mandi. Saya nak pergi kerja dah ni. Awak tu pakai pakaian menutup aurat eh. Jangan lupa pakai tudung pulak. Kalau awak pakai baju ketat siap awak." Pesan Fayyad turut diselitkan ugutan. Itu sahaja cara dapat mengawal tibgkah laku Elaini.

"Bla...bla..bla...tak habis-habis nak ugut orang. Tapi tak buat apa pun." Elaini hanya bercakap perlahan sambil mengejek percakapan Fayyad.

Fayyad berjalan menuju ke arah Elaini yang sudah duduk di meja makan dapur. Fayyad menghulurkan tangan kepada Elaini.

Elaini hanya memandang Fayyad sambil mengangkat keningnya. Apehal??

"Salamlah."

Ouhh..salam. Elaini tetap mencium tangan Fayyad. Kepala Elaini digosoknya perlahan namun Elaini menganjakkan kepalanya ke belakang. Elaini masih belum biasa dengan situasi sebegitu.

Tak pernah-pernah pun sebelum ni minta nak salam.

Fayyad berbuat sedemikian untuk mengajar Elaini menghormatinya sebagai suami.

"Saya dengar apa awak cakap. Memang sekarang ni saya tak buat, kalau saya buat menyesal awak nanti. Mana tahu nanti awak terus lari balik rumah Papa awak. Saya nak pesan, bawa kereta Myvi saya elok-elok. Jangan rosakkan girlfriend saya pulak." Nada yang tegas dilontarkan.

Kemudian dia terus beredar ke tempat kerja menunggang motosikalnya.

Dah la kereta macam kura-kura. Suruh orang jaga girlfriend dia pulak. Herghh.. tak kuasa. I miss my minicooper.

Makanan yang disediakan Fayyad disuap ke dalam mulut. Elaini tidak menafikan makanan yang dimasak Fayyad sangat sedap. Berbanding dia langsung tak pandai masak. Sebelum ini semua Fayyad yang masak.

Siapa suruh kahwin dengan dia kan??











........................................













"Maaf. Saya nak jumpa dengan Cik Elaini. Dia ada?" Tanya Fayyad kepada PA Elaini. Dia tidak menggunakan Puan nanti kantoi pula. Maklumlah kahwin senyap-senyap

"Cik Elaini ada Encik. Baik, Encik sila duduk sebentar. Duduk dulu di sofa ini ya."

Elaini turut bekerja dengan Papa nya Tan Sri Zakaria. Namun pangkatnya di. bahagian atasan Fayyad Ikrami.

Tujuan Fatmyyad datang ke pejabat Elaini untuk membawa makanan tengah hari kepada Elaini. Dia lupa nak bagi duit saku pada pagi tadi. Sekarang Elaini langsung tiada kewangan sendiri. Hanya bergantung kepada Fayyad semata-mata. Kesemua kemewahan yang diberikan kepada Elaini  Tan Sri Zakaria sudah ambil sehinggalah akan  dipulangkan sekiranya dia berpuas hati dengan perangai Elaini.

"Baik Encik boleh masuk."

Fayyad terus bangun menuju ke arah pintu pejabat Elaini. Pintu diketuk terlebih dahulu kemudian barulah dia  melangkah masuk.

Terbuntang matanya melihat Elaini yang hanya memakai skirt paras lutut dan blouse lengan pendek. Sudahnya pakai seksi boleh pula mencangkung mengambil pen jatuh. Mujurlah dia yang masuk. Kalau orang lain?

Jatuh rahang Fayyad.

Fayyad menutup pintu dan berjalan ke arah Elaini dengan perasaan marah yang meluap-luap. Pagi tadi dia sudah ingatkan Elaini untuk pakai pakaian menutup aurat. Banyak bajunyang dibelinya semasa mereka cuti seminggu tersebut. Tudung juga dibeli buat Elaini.

Langsung tidak diendahkan okeh Elaini dengan pesanan Fayyad. Tudung terbang entah ke mana.

Elaini yang baru berpusing terkejut melihat Fayyad di hadapan matanya.

Aduhh....bala..bala...

Fayyad hanya menunjukkan muka bengisnya.

"Apa saya cakap pagi tadi? Awak tak dengar ka?? Atau telinga tu memang dah pekak. Mujur saya terdetik nak datang pejabat awak. Kalau tak mesti saya tak tahu awak pakai pakaian macam ni. Tudung entah ke mana. Lantang Fayyad bersuara. Elaini sunggu mencabar kesabarannya.

"Apa hak you nak tengking-tengking i. Ikut suka i la nak pakai baju apa pun. Papa i tak pernah pun marah i." Elaini tetap tidak mahu mengalah.

"Ouhh..awak tanya apa hak saya? Saya ni suami awak. Jom balik sekarang. Kita selesaikan masalah ni di rumah." Terus tangan Elaini ditarik untuk pulang.

Elaini tetap berdegil tidak mahu pulang.

Apa masalah mamat ni???

"I tak nak la. Boleh tak jangan paksa i. I ada banyak kerja kat pejabat ni." Elaini cuba menarik tangannya semula. Namun, tangan Fayyad lebih kuat mencengkam tangan Elaini.

"Awak tak nak balik tak pa. Biar semua orang tahu kita dah kahwin. Senang cerita"

"Ish... Jomlah..."

Elaini bergegas meninggalkan Fayyad di belakang. Kaki dihentak-hentak sambil berjalan ke arah keretanya. Sakit hati dengan sikap Fayyad yang suka mengongkong hidupnya.

Tahulah Fayyad nak buat apa dengan Elaini. Makin melampau. Degil sungguh ini anak. Ikut siapa pun tak tahula.

Fayyad hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Dia perlu lebih banyak bersabar dengan karenah Elaini.
































💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞

K start balik tulis cerita.

Srs xde idea🥴🥴🥴

Plis vote n comment okay

SAHAJA AKU MENIKAHIMUWhere stories live. Discover now