P12-Balik kampung

200 7 6
                                    

"Petang ni kita balik kampung. Mak pun dah lama saya tak jenguk."

"I busy lah. You balik la sorang. I tak nak." Bantah Elaini dengan keputusan Fayyad.

Fayyad langsung memandang Elaini yg sedang duduk di birai katil sambil menyapu losyen.

Tiap-tiap malam pakai pakaian seksi. Sabar je lah.

"Sejak kita kahwin, kita tak balik kampung lagi. Kali ni awak kena ikut saya balik kampung. Kesian mak dengan adik-adik saya."

"Kenapa nk kena kesian pula. Family you bukannya tak ada rumah nak berteduh?"

Fayyad hanya mampu mengeluh. Digeleng kepalanya beberapa kali. Ada sahaja yang hendak dijawab.

Baru-baru ini sahaja hubungan mereka dah baik. Elaini pula makin kurang menjawab dalam beberapa hari ini. Hari ini perangainya kembali pula. Pening kepala. Ingatkan dia tidak perlu bertengkar lagi dengan Elaini.

Dah nama perempuan. Degil memang tak boleh berpisah.

"Tak apa lah kalau awak tak nak balik. Makanlah pasir dekat luar tu. Saya tak nak bagi duit. Lagipun awak bukannya ada duit nak beli makanan. Saya nak balik ni lama tiga hari. Saya pun nak spent time dengan family saya. "

"So you choose. Nak balik atau makan pasir je dekat sini?" Tanya Fayyad sambil menjongketkan kening lebatnya. Senyuman sini tidak dilupakan.

Elaini memandang Fayyad dengan muka yang sangat geram. Geram dengan perangai Fayyad. Ada sahaja idea nak mengugutnya.

"Okay. Fine. "

Bantal Fyaad yang berada disebelahnya dilempar ke lantai. Macam nak suruh Fayyad tidur luar. Badan terus dihempas ke atas tilam sambil menarik selimut hingga kepala. Bengang dengan perangai Fayyad.

Fayyad tahu pasti Elaini akan akur.

Well. Siapa tak kenal Fayyad kan?



..........................








"Assalamualaikum..mak , adik , abang dah balik ni."

"Waalaikumussalam..ouhh abang. Masuklah. Panas tu. Kesian akak dah merah muka." Adik perempuannya Safira menyambut mereka di muka pintu. Disalam abang dan akak iparnya.

"Jom masuk." Fayyad mengajak isterinya masuk ke dalam rumah.

Elaini terus menonong menuju ke arah ibu mertuanya di dapur. Dipeluk erat macam ibu kandung. Ibunya seperti sedang menggaul sesuatu di dalam kuali.

Elaini masih boleh menerima keluarga Fayyad. Namun untuk menerima Fayyad dia merasakan ada benteng antara mereka berdua. Dengan sikap Fayyad yang suka memaksanya. Lagi Elaini tidak suka.

"Hai ibu. Ibu masak apa? Sedapnya bau." Dicium mesra pipi Puan Fatimah.

Tangan Elaini yang melingkar di pinggang Puan Fatimah digosok perlahan. Terubat rindu melihat anak menantunya.

Fayyad juga turut ke dapur. Disalam dan dipeluk ibunya. Kemudian dia bergerak ke meja makan. Kerusi ditarik perlahan kemudian dia duduk memerhatikan isteri dan ibunya yang sedang bersembang. Fayyad senang melihat layanan Elaini terhadap ibunya.

"Ibu masak makanan kesukaan Fayyad. Sambal sotong. Semalam dia mintak ibu masakkan.' Puan Fatimah meberitahu Elaini sambil tersenyum manis. Api dapur diperlahankan sebentar.

"Haah ibu. Abang selalu minta Elaini masak sambal sotong. Dia kata sedap Elaini masak."

Langsung tak kekok Elaini menggelar Fayyad dengan gelaran abang. Ditambah sedikit perisa bohongnya lagi tanpa ragu-ragu menjadikan ceritanya sangat real

Fayyad sudah memandang tidak berpuas hati dengan sikap Elaini. Suka sangat berbohong. Nak makan cili agaknya.

"Ouh baguslah. Nanti boleh masakkan dekat ibu dan adik-adik Fayyad." Sengaja Puan Fatimah menguji menantunya.

*Hehhe... Boleh ibu. Apa salahnya." Elaini tersenyum seperti kerang busuk. Pembohongan telah menjerat dirinya sendiri.

Itulah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut apakan daya.

Fayyad sudah tersenyum sinis di belakang Elaini. Nak sangat berbohong. Kang dah kena.

Namun begitu, Fayyad masih tidak berpuas hati dengan sikap Elaini yang suka berbohong. Dia perlu diajar.

"Ehh.. tak apalah.. kamu berdua pergi masuk bilik dahulu. Kesian panas-panas tadi. "

"Baiklah ibu. El masuk dulu. Nak kemas barang." Elaini ingin terus beredar dari dapur setelah melihat muka dingin Fayyad.

Fayyad terus melelar tangan Elaini dan dipimpin masuk ke dalam bilik. Elaini cuba menarik tangannya daripada dipegang Fayyad. Namun langsung tidak terlepas.

Dia pasti Fayyad akan memarahinya di dalam bilik nanti. Cara dia menggenggam tangan Elaini pun sudah tahu yang Fayyad masih marah.

"Lepaslah. Rimaslah pegang-pegang. You ni nak apa?!"

Melihat muka Fayyad dia sudah tahu Fayyad geram dengannya. Dia sendiri pun dah kecut perut.

"Kita settle dalam bilik. Ada benda saya nak tegur awak. Makin menjadi-jadi perangai awak sekarang ni."

"Apa salah i? I tak buat apa-apa pun. "

"Kejap lagi saya bagitahu. Jangan nak melawan." Tangan Elaini ditarik masuk le bilik. Sekilas mereka memberi senyuman kepada Puan Fatimah.

Puan Fatimah kembali menyambung kerjanya.

Biarlah hal laki bini. Dia tahu anaknya Fayyad Ikrami mampu untuk membimbing menantunya.















🤪🤪🤪🤪🤪🤪🤪

Lama x update😱xde idea.

Jangan lupa vote n comment okay💞

SAHAJA AKU MENIKAHIMUWhere stories live. Discover now