Selesai Elaini memakai pakaian baju tidur seksi paras paha..terus elaini keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Perutnya dah macam buat konsert ramai-ramai.
"Cepat turun. Saya lapar ni" terdengar suara dari tempat makan di dapur.
Oh dia tunggu aku makan ke? Eh lupa dia mana suka makan sorang-sorang. Kata ibu Fayyad ni macam manja sikit walaupun tegas memanjang.
"Tadi mandi tukar bajulah.. bergetah badan dari pukul 10 kita bertolak.. pukul 5 baru sampai.. bawak kereta macam semut" ni semua salah si Fayyad. Setakat bawak 140 km/j apa barang atas higway. Kalau bagi dia, 5 jam dah smpai dari Perlis ke Kuala Lumpur ni.
"Lain kali kalau nak tukar baju tu ingat juga dekat perut yang tak isi apa-apa tu. Baik makan dulu dari bersiap tunggu awak' membebel panjang Fayyad sambil mengerling baju Elaini serupa tak cukup kain tu.
Dia tak tahu agaknya aku ni lelaki normal tambah lagi halal pulak tu.
Sabar Fayyad. Takkan lari ikan dikejar.
Ish kan aku dah cakap. Dia sesuai jadi cikgu. Kerja membebel ja. Kami berdua terus makan dan menikmatinya.. yela kedua-kedua lapar tambah penat pulak tu. Habis saja makan terus Fayyad masuk kebilik tidur. Penat mungkin.
...........................................
Pagi itu terus mereka berdua menuju ke shopping complex sesi bershopping barang dapur.
Rumah kosong tak ada apa. Pastu suruh aku masak. Memang tak la. Kalau rumah papa pasti peti ais penuh dengan coklat cadbury. Hemmm.. rindu..
barangan dapur yang dibeli untuk kehidupan baru mereka. Biasanya keluarga yang sediakan semua tapi sekarang mereka terpaksa membuat semuanya sendiri. Boleh tahan penat jugalah. Penat gaduh pun boleh tahan. Kedua-duanya tak mahu kalah pilih untuk barang harian di rumah. Last-last mereka tetapkan pilihan dengan osom. Ish macam budak-budak.
"Apa lagi awak nak beli ni Elaini Zakaria" kata Fayyad setelah membayar barangan dapur. Fayyad suka memanggil nama panjangnya tapi nasib baik tidak disambung dengan nama datuknya.
"Ermm keperluan badan i pula. Like shampoo,sabun dan losen" balas Elaini. Niatnya keluar pun sebenarnya nak beli tu tapi dah alang-alang keluar beli terus jela barangan dapur.
"Oh okey. Ingat beli sabun ka skincare yang berpatutan je.. jangan mahal sangat..awak tu bukan orang kaya nak pakai mahal-mahal.. kalau nak yang mahal cari duit sendiri" terus Fayyad mengingatkannya.
Alaa wangian apa lagi dia nak beli. Wangian tu je dia suka. Ish Fayyad ni kedekut betul.
Elaini terus berjalan ke bahagian shampu badan dengan gaya divanya. Namun muka habis cemberut.
Setelah selesai membayar barangan keperluan Elaini, Fayyad terus menarik tangannya keluar dari kedai itu. Elaini sudah terbiasa jika Fayyad tiba- tiba memegangnya. Kerana dia tahu sukar untuk melepaskan tangan dari Fayyad.
Tangan besar gajah nak dibandingkan tangan dia macam budak kecil.
Sampai dihadapan pintu masuk tiba-tiba satu suara menerjah memaggil Fayyad. Kedengaran sangat lembut.
"Assalamualaikum Fayyad..awak ke tu? Lamanya kita tak jumpa? Lama saya tak nampak awak kat jampung?" Sambil menatap mata Fayyad..
sesuatu sangat..
perempuan itu memakai dres labuh dan tudung yang menutup dada. Nampak kelihatan sopan sekali.. Jauh sekali dengan penampilan Elaini hanya memakai tudung sarung dan baju blouse. Itupun setelah dipaksa Fayyad untuk menutup auratnya.
YOU ARE READING
SAHAJA AKU MENIKAHIMU
RomanceElaini binti Zakria merupakan anak kepada usahawan yang terkenal di pelosok dunia. Ayahnya merupakan serang CEO syarikat Maju Holding Sdn. Bhd. dan bergelar sebagai Tan Sri Zakaria. Sikap ayahnya yang rendah diri langsung tidak sama dengan anaknya...