P8- Solat

249 9 0
                                    

"Elaini....bangun. Solat subuh. Dah pukul 6.30 ni. Bangun Elaini." Lembut Fayyad mengejut Elaini bangun untuk menunaikan sembahyang subuh. Fayyad masih berdiri di sebelah katil Elaini.

Elaini terus menarik comforter hingga menutup keseluruhan badannya termasuk kepala.

Hishhhhh...

Kacaula mamat ni aku nak tido. Nak tido senang pon tak boleh. Bengang Elaini dengan sikap Fayyad.

"You nak apa? I mengantukla."

"Bangun. Dah lewat ni. Solat subuh dulu. Dah tiga kali saya kejut awak."

Diam seketika. Langsung tiada tindak balas daripada isterinya.

Seketika kemudian terdengar nafas Elaini yang halus tanda isterinya sambung tidur semula.

Elaini ni aku kejut elok-elok tak nak bangun. Haihhhh... Tak nak bangun sangat kan?

"Elaini...saya panggil untuk kali terakhir. Bangun sekarang. Subuh nak habis dah ni." Fayyad masih bersabar dengan sikap malas Elaini. Liat bangun tidur.

Masih tiada tindak balas daripada isterinya.

Comforter yang menutupi badan Elaini ditarik sekali sahaja. Comforter tersebut dibaling ke bawah katil. keseluruhan badan Elaini yang hanya memakai lingerie terdedah di hadapan mata Fayyad. Fayyad sudah tidak memikirkan goda ka tak menggoda asalkan isterinya bangun menunaikan solat. Perkara wajib setiap orang muslim. Dia harus tegas.

Kudrat lelaki kan. Dengan beraninya Fayyad menindih tubuh Elaini. Kedua-dua belah tangan ditahan di tepi badan Elaini agar tidak menindih Elaini sepenuhnya. Fayyad hanya menunggu mata tersebut terbuka.

Terus segar mata Elaini. Ditolak badan Fayyad untuk bangun.

"You ni kenapa? Bangunla.. berat tahu tak."

"Saya panggil dari tadi lagi suruh awak bangun. Langsung tak hiraukan saya. Siap awak sambung tidur lagi."

Elaini masih menolak dada Fayyad supaya melepaskannya. Namun kudrat wanita..tidak mungkin dapat menandingi kekuatan lelaki.

"Ishhh.. tepila..."

"Awak nak bangun ke tak nak??"

"Ish.. tepi boleh tak Fayyad?!!"

"Jawab dulu.. nak bangun solat ke tak nak??" Fayyad makin merendahkan badannya. Mukanya sangat hampir dengan Elaini. Lalu Fayyad membisikkan sesuatu kepada Elaini.

"Saya boleh buat lebih daripada ni.'' Fayyad tersenyum sini melihat muka cuak Elaini.

"Ya! I bangun sekarang.. You tepila.. macam mana i nak bangun kalau you tindih i macam ni."

"Good." Dicuit hidung isterinya sekilas. Elaini mendengus sambil mengalihkan wajahnya ke tepi.

Fayyad terus menghempaskan badannya ke sebelah Elaini.

Bajunya yang terselak ke atas, ditarik bagi menutupi bahagian badan terdedah yang mana seharusnya ditutup.

Elaini bangun dari katil menuju ke bilik air. Wajah Fayyad yang tersenyum kemenangan dijeling tidak berpuas hati. Sambil melangkah ke bilik air, Elaini menghentakkan kakinya denagn kuat.

Bammmm...

Pintu bilik air ditutup kasar. Boleh tercabut pintu. Fayyad mengusap dadanya akibat terkejut dengan perbuatan Elaini. 

Tak apalah. Asalkan dia solat.

Fayyad kembali menutup matanya semengara menunggu Elaini mengambil wudu'. Dia juga harus memastikan Elaini solat.

SAHAJA AKU MENIKAHIMUWhere stories live. Discover now