P15- Peluk

457 12 15
                                    

Lama Fayyad termenung di luar rumahnya. Sambil merenung bulan dan bintang, dia memikirkan apakah betul tindakan yang diambil sebentar tadi.

"Betulkah apa yang aku buat? Patut ka tak patut ehh?? Ermmm..biarlah. Aku buat untuk kebaikan dia. Dah memang tanggungjawab Aku kan. So chill"

Bermacam perkara bermain-main dalam fikirannya. Perkara tersebut adakah Elaini akan membencinya atau tidak akur arahannya selepas ini?? Pelbagai persoalan muncul di benak fikirannya.

Namun dia berfikiran positif untuk menenangkan dirinya. Demi maruah isterinya, dia wajib mengambil tindakan sedemikian.

Cinta?

Ya, dia mula menyintai isterinya selepas terlafaznya akad di masjid dahulu. Tiada sebab untuk dia tidak menyintai isterinya. Haknya yang halal.

Elaini??

Entahlah. Bila berjumpa dengan Fayyad, ada sahaja perkara yang ingin membuat Fayyad marah kepadanya.

Tidak mengapa. Masih Ada banyak Masa lagi untuk dia membimbing isterinya. Tugas seorang suami adalah membimbing isterinya. Dan isteri wajib patuh pada suami jika arahan tersebut tidak melanggar syariat Islam.

Agak lama Fayyad merenung langit, dia mengambil telefonnya. Jam dilihat pada skrin telefon. Terkejut dirinya apabila menyedari jam sudah menginjak pukul 11.30 malam.

Selepas bergaduh sebentar tadi, Fayyad mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar rumah. Elaini dibiarkan di dalam bilik.

Kedua-duanya memerlukan ruang.

Fayyad terus masuk ke dalam rumah. Ruang tamu sudah gelap apabila ditutup kesemua lampu. Nampaknya adik-adiknya sudah tidur termasuk maknya. Biliknya sahaja masih berbahaya.

Langkah terus diatur ke dalam bilik.

Tanpa mengetuk pintu, terus dibuka oleh Fayyad. Biarlah. Biliknya, buat apa nak ketuk pintu.

Fayyad melihat Elaini berbaring sambil bermain dengan telefonnya.

Elaini mengangkat kepalanya setelah melihat Fayyad di muka pintu.

Dijeling muka Fayyad.

Fayyad menutup pintu dan mengunci pintu tersebut.

Mereka masih tidur bersama namun ke arah yang lebih jauh belum dilaksanakan. Masih banyak perkara yang perlu difikirkan. Dia masih memberi ruang untuk Elaini bersedia.

Elaini hanya berdiam diri sahaja. Dia masih marah dengan ketegasan Fayyad yang dirasakan melampau. Dikoyaknya semua baju kegemarannya.

Tidak beberapa lama kemudian, Fayyad mengorak langkah ke arah katil dan baring di sebelah Elaini.

Apabila Elaini menyedarinya, dia terus tidur membelakangi suaminya. Telefonnya diselit bawah bantal.

Meluat apabila melihat muka Fayyad yang seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap Elaini.

Fayyad yang merasakan pergerakan tersebut terus melihat ke arah Elaini. Hanya belakang badan Elaini yang jelas di hadapan mukanya.

Nampaknya Elaini masih memarahinya disebabkan kejadian tadi.

Kedua-duanya sunyi sepi tanpa bicara. Fayyad masih menyusun ayat untuk berbicara dengan Elaini.

Elaini masih dalam keadaan panas. Jika dia bersuara pasti akan meninggi suara terhadap Fayyad. Risau jika ibunya dapat mendengar perbalahan mereka.

Fayyad masih dalam keadaan yang sama melihat belakang badan Elaini. Dia perlu bijak dalam mengawal emosi.

"Tak baik seorang isteri tidur membelakangi suaminya."

Tenang Fayyad bersuara.

Elaini masih berdiam diri. Matanya Makin rapat ditutup.

Melihat kebisuan Elaini, Fayyad mengambil langkah mendekatkan dirinya dengan isterinya. Biarlah dia mengalah dalam hal ini.

Kemudian dipeluk badan Elaini rapat dengan dirinya.

Elaini tersentak dengan pelukan itu. Dia berusaha untuk melepaskan dirinya dari Fayyad.

"Lepaslah."

"Lepaslah."

"Jangan sampai I jerit Fayyad."

"Jeritlah." Fayyad tahu Elaini tidak akan berbuat sedemikian.

Setelah lama berpelukan, tiada tanda-tanda Fayyad ingin menarik lengannya dari memeluk Elaini.

"Ish. Rimaslah."

"Saya boleh lepaskan. Tapi...."

"Tapi apa? Cepatlah." Gesa Elaini.

"Pusing ke arah saya. Saya tak suka isteri saya tidur membelakangi saya."

"Tak nak."

"Okay takpa. Saya peluk sampai pagi esok. Saya okay ja"

Ditutup kedua-dua belah matanya.

"Ish..."

Elaini terus memusing badannya ke arah Fayyad. Mata dipejam serapat yang mungkin.

Manakala Fayyad sudah tersenyum hingga ke telinga. Dia tahu cara untuk membuatkan Elaini mengikut arahannya.

"Saya minta maaf. Pasal tadi."

Elaini hanya berdiam diri.

Dipeluk semula badan Elaini. Malah Makin ditarik Elaini rapat ke badannya.

Mata Elaini terus terbuka luas. Terkebil-kebil dia merenung Fayyad. Dia cuba melepaskan diri. Namun dia hanya wanita lemah jika dibandingkan dirinya dengan Fayyad.

"Baik awak diam. Saya nak cakap something ni."

"Dengar baik-baik."

"Saya betul-betul minta maaf berkenaan Hal tadi. Saya buat semua ini demi kebaikan awak dan juga saya. Awak hak saya. Saya tak suka bila hak saya dilihat oleh orang lain. Aurat awak saya tanggung. Saya buat macam tu sebab saya sayang awak."

Dengan tenang Fayyad berkata sambil merenung mata Elaini.

Elaini yang cuba melepaskan diri sebentar tadi terus terdiam setelah mendengar apa yang diungkapkan oleh Fayyad.

Kedengaran tulus sekali.

"Saya minta maaf ya. Saya harap awak maafkan saya. Kalau Mak Saya tengok pun pasti dia tak berkenaan. Sebab tu Saya tegur lebih awal dari awak sendiri kena tegur dengan mak saya."

"Okay.. Tak apa. Kalini I maafkan you. Tapi kalau you buat lagi. I takkan maafkan you. I malu dengan adik-adik you bila you marah macam tu."

"Yang itupun saya minta maaf. Saya Cuba untuk kawal marah saya lepas ni." Fayyad mengakui kesalahannya yang satu itu. Sambil itu, Fayyad mengelus dagu Elaini perlahan-lahan.

Langsung tiada bantahan dari Elaini.

"But.. lepasni I nak baju mahal-mahal dari Pavilion ka mall-mall mahal ka. I Tak nak baju tepi jalan."

Ehhh...demand pulak.

Terkejut beruk Fayyad dengan permintaan Elaini. Namun dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia hanya menurut sahaja keinginan isterinya.

"Beli tudung bolehlah. HAHAHHAHAH.."

"You ni kannn..."

"Dah-dah lah.. tidur-tidur. Dah lewat ni."

Elaini terus memjam matanya. Sejak tadi lagi matanya memberat. Namun ditahan sahaja.

Setelah memastikan isterinya sudah lena, Fayyad terus merangkul erat pinggang isterinya dalam pelukan yang hangat. Dalam tak sedar, Elaini turut mendakap erat badan Fayyad.

Tersenyum lebar Fayyad. Tidur yang Lena hingga pagi nampaknya.

Hikhikkk...


















☑️☑️☑️☑️☑️☑️☑️☑️

Ok..done update..

Jangan lupa vote and comment.

Kadang ii sweet jugak Fayyad ni👀👀👀🙈🙈🙈

SAHAJA AKU MENIKAHIMUWhere stories live. Discover now