P5- Nikah

128 8 0
                                    

Lama Fayyad Ikrami merenung songkok dan baju melayu di hadapannya.

Fayyad masih ragu-ragu dengannya keputusannya. Namun hatinya kuat menyatakan dia seharusnya menerima Elaini sebagai teman hidupnya.

Fayyad membaringkan diri di atas katil sambil meletakkan kedua-dua tangannya di belakang kepala. Kipas siling yang berpusing direnung bagai nak tembus.

Tidak lama lagi dia akan bergelar seorang suami.

Mampukah dia mengharungi segala onak duri dalam rumah tangga?

Banyak yang difikir dalam fikirannya.

Esok merupakan hari yang sangat penting dalam hidupnya yang mana Fayyad Ikrami akan bertukar status yang asalnya sebagai bujang kepada seorang suami.

Ibu dan adik-adiknya juga sudah berkumpul di rumahnya bagi meraikan akad nikahnya pada esok hari.

Fayyad yakin dia mampu. Setakat ini dia masih mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menjaga bakal isterinya. Untuk memberikan kehidupan mewah buat Elaini sama sekali tidak.

Fayyad sudah berfikir untuk mengajar cara hidup yang sederhana bersama Elaini.

Tok...Tok.....

"Masuk." Arah Fayyad.

"Eh mak.. duduklah. Kenapa mak??" Puan Fatimah mengambil tempat di atas katil bersebelahan anakb sulungnya, Fayyad.

Lama Puan Fatimah merenung mata anaknya. Sejak pagi tadi dia perasan anaknya banyak mendiamkan diri. Walhal esok merupakan hari bahagia buat Fayyad Ikrami yang akan mendirikan rumah tangga. Hal ini menimbulkan keraguan kepada Puan Fatimah.

"Kenapa mak tenung Fayyad macam tu? Segan Fayyad mak." Ketawa Fayyad sambil menuturkan.

"Mak perasankan kamu banyak diam harini. Kamu ada masalah ka? Bagitahu mak. Mana tahu mak boleh tolong kamu. Atau....kamu kamu tak mahu kahwin esok hari?"

"Ehh...bukan mak." Sangkal Fayyad laju.

"Mak rasa Fayyad mampukah nak galas tanggungawab sebagai seorang suami nanti?' Sambil bertanya, Fayyad membaringkan kepalanya di riba ibunya.
Puan Fatimah terus menggosok rambut anaknya. Dia buat begitu untuk menghilangkan rasa gusar dalam diri anaknya.

"Mak yakin Fayyad mampu. Ini yang dinakakan jodoh. Jodoh maut ketentuan Allah. Tuhan permudahkan urusan kamu dalam semua hal. Kamu kena yakin. Lagipun kamu sendiri yang cerita dekat mak tentang solat istikharah kamu. Jadi kamu kena yakin dan terima dengan ketentuan Allah."

"Macam mana...dengan...Zahirah mak?" Lambat-lambat Fayyad bertanya kepada ibunya.

"Dia dah sambung belajar dekat Australia dah. Dua tahun sudah dia tinggalkan kamu. Kamu kena belajar melupakan. Yang ini pun kena belajar terima hakikat bahawa kita ni tak setanding mereka. Mak ayah Zahirah tak hendakkan keluarga kita. Jangan lah kita terlalu merayu. Kamu harus fikir. Mungkin Allah gantikan orang yang lebih baik daripada Zahirah sekarang ni."

Rasa tenang Fayyad mendengar nasihat ibunya. Kini dia lebih bersemangat untuk menempuh hari esok dan seterusnya.

"Terima kasih mak."

"Sama-sama Fayyad. Sudah-sudah. Jangan terlalu memikir. Tak apa lah kamu ambillah masa untuk tenangkan diri kamu dahulu. Mak keluar dulu ya."

"Baik mak. Sayang mak."

Fayyad menghantar langkah ibunya yang menuju kearah pintu bilik dengan seyuman yang mekar. Ibunya selalu menjadi penenangnya.

Kasih ibu bawa ke syurga.

SAHAJA AKU MENIKAHIMUWhere stories live. Discover now