Setelah seminggu Fayyad Ikrami menghabiskan masa di kampung bagi memikirkan jalan penyelesaian, akhirnya dia kembali bekerja di Syarikat Maju Holding Sdn. Bhd.
Keputusan yang diambil bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan gadis yang berperangai sedemikian.
Sedang leka menaip kerjanya, tiba-tiba suatu benda telah menarik perhatiannya. Rupa-rupanya, muncul Elaini dengan gaya elegannya berjalan menuju ke arah meja kerjanya. Terpaku dia melihat kecantikan Elaini.
Haih tergugat iman. Sabo-sabo...
Cantik sungguh bakal isteri aku.
"Hei you ni kenapa tengok i tak lepas? Biasalah lelaki mata keranjang. Tengok perempuan cantik terus mata tak boleh nak tutup." Sinis Elaini berkata.
"Ehemmm... "
Fayyad berdehem seketika untuk menghilangkan rasa malunya kantoi melihat anak dara di hadapannya. Dia hanya lelaki biasa.
"Bukan mata awak, mata saya. Sukahati sayala nak tengok apa pun. "
"Dah salah tapi masih tak nak mengaku. Lelaki-lelaki. "
"Apa tujuan awak datang ke sini. Kalau sekadar nak berceramah, tu pintu pejabat depan sana. Fahamkan maksud saya."
Elaini yang masih berdiri di hadapannya langsung tidak dijemput untuk duduk.
Aku tengok kecik besar, kecik besar je mamat ni. Mulut cili padi betul. Ni nak buat suami. Hempeh.
"Okay. Straight to the point, i nak ajak you berbincang pasal perkahwinan kita."
"Macam tak sabar jer Cik Elaini. "
"Jaga sikit eh mulut tu. Kalau bukan sebab harta Papa i, i taknak pun kahwin dengan you yang sengkek ni."
"Mulut tu biar beradab sikit ya. Kesian Papa awak dengar anak dia cakap macam ni.
Dahlah kejap lagi lunch kita bincang. Saya ada banyak kerja ni. ""Now!! You ingat i ada masa untuk tunggu you. I pon ada banyak kerja la nak buat daripada tunggu you."
"Nanti Tan Sri marah saya kalau saya keluar sesuka hati."
"Hei, i ni anak dia. Dia yang suruh i datang bincang. U ingat i tergedik-gedik nak jumpa u?"
"Okay, fine. Kejap saya kemas barang. Awak tunggu dekat luar. Kita pergi cafe depan tu ."
Terus menonong Elaini berjalan keluar dari pejabat tersebut.
................................
"Don't waste my time." Elaini terus memulakan bicara setelah melihat lelaki tersebut yang bakal menjadi bakal suaminya tidak lama lagi.
Fayyad menarik kerusi berhadapan dengan Elaini.
Secalit senyuman pun tiada pada wajah Elaini. Hanya ditonjolkan muka bertidak puas hati sahaja.
"Susah sungguh nak jaga budak ni."
"For your information, tujuan i kahwin dengan you pon untuk pertahankan harta yang Papa i bagi kat i. Kalau bukan disebabkan tu tak ingin i kahwin dengan you. I nak ingatkan u sekali lagi supaya you tu tak lupa ingatan."
"Baik. Lagi?"
"I taknak ada bertunang ke merisik ke. Semua i tak nak. I rimas. Kita straight terus ke majlis akad nikah. "
"Tak sabarnya awak nak kahwin dengan saya?' Sinis Fayyad berkata kepada Elaini.
"Tak apa. Lagi bagus. Lagi mudah kerja saya."Tambah Fayyad Ikrami.
"Dan satu lagi i nak minta, i nak kita rahsiakan perkahwinan ni. Siapa pun tak boleh tahu yang kita pasangan suami isteri. Kecuali keluarga you dengan keluarga i"
"Habis tu tok kadi?" Fayyad bertanya macam orang bodoh. Dia ingin melihat senyuman Elaini namun hampehhh.
"Not funny lah Fayyad Ikrami."
Fayyad kembali duduk tegak dan fokus dengan apa yang dibincangkan. "Baik kalau itu yang awak nak. Saya akan ikut. Habis dah kan cakap apa yang awak nak. Bagi saya pulak buat permintaan."tegas Fayyad berkata.
Lama Fayyad mendiamkan diri sambil merenung bakal isterinya. Kemudian terus dilontarkan permintaannya ...
"Saya nak kita kahwin hujung bulan ni. "
"Hell no!!" Terus Elaini mengetuk meja makan tersebut. Ramai orang sekeliling yang memerhati langsung tidak dihiraukan.
"You ingat i apa?? Takkkan secepat tu kita nak kahwin. I masih belum bersedia lagi nak mendirikan rumah tangga dengan you."
"Okay. Tak payah nikah."
"You ni memang suka ugut orang ke? You tahu kan Papa i nak you jadi menantu kesayangan dia. Ke you memang tak faham?"
"Dah awak tak nak ikut permintaan saya. Kata ajak berbincang. Kenapa awak tak boleh nak terima permintaan saya. Saya boleh sahaja terima permintaan awak.
"Okay fine. I ikut permintaan you. You nak sangat kan kahwin cepat. You uruskan semua hal perkahwinan ni. I tak nak ambil tahu."
"Kalau itu awak nak. Tak apa. Nanti saya uruskan semuanya." Hal itu tidak menjadi masalah. Fayyad ada adik perempuan. Senang sangat kerjanya.
"And one more thing..."
"Lepas kahwin, awak kena ikut saya pindah dari rumah mewah awak tu. Tinggal dekat rumah yang saya dah pilih. "
"You ni kenapa? I nak tinggal dengan Papa i. I tak pernah berenggang dengan Papa i selama ni. "
Walhal dalam hati Elaini dia sama sekali tidak boleh berpisah dengan barang mewah miliknya. Nanti macam mana dia nak hidup tanpa barang-barang tersebut. Runsing kepalanya.
Alasan yang diberikan bahawa dia tidak boleh berenggang dengan Papanya itu merupakan helah supaya dia tidak berpindah untuk tinggal bersama Fayyad.
"Macam yang saya cakap tadi. Tak payah kahwin."
"Eiiiiiii.. You ni kan!" Bengang Elaini dengan sikap lelaki di hadapannya itu.
"Okay fine.. kita pindah nanti. But i nak rumah besar. '
"We will see." Tersenyum sinis Fayyad melihat wajah Elaini yang tidak berpuas hati dengannya.
Elaini terus mengambil handbagnya dan beredar dari cafe tersebut.
🥀🥀🥀🥀🥀🥰🥰🥰🥰
Macam mana hidup Elaini nanti?
Adakah Elaini boleh bertahan dengan sikap Fayyad Ikrami?Nantikan.....🤗🤗🤗
Keep vote-Comment and suggest to your friend okay.
Love u readers sekalian
Saya tengah tak busy ni..
Saya akan keep update kalau semua support saya ya..Banyak typo..saya perbetulkan balik.😜
YOU ARE READING
SAHAJA AKU MENIKAHIMU
RomanceElaini binti Zakria merupakan anak kepada usahawan yang terkenal di pelosok dunia. Ayahnya merupakan serang CEO syarikat Maju Holding Sdn. Bhd. dan bergelar sebagai Tan Sri Zakaria. Sikap ayahnya yang rendah diri langsung tidak sama dengan anaknya...