Sawah padi yang terbentang luas tak mampu menenangkan hati aku resah. Berat sungguh permintaan Tan Sri Zakaria ke atasnya.
Permintaan tersebut sukar untuk dilaksanakan. Kusut kepalanya.
Fayyad Ikrami menolak rambutnya ke hadapan sambil menundukkan kepala. Seketika dia menutup mata agar permintaan tersebut hanyalah mimpi semata-mata.
Terngiang-ngiang ungkapan yang disebut beberapa hari yang lalu.
"Saya nak kamu..."terjeda seketika..kemudian Tan Sri Zakaria menyambung semula..
"Jadi menantu saya..Maaf andai permintaan saya ini berat untuk kamu. Kamu lihatlah sendiri macam mana perangai Elaini. Saya sebagai bapa tak dapat nak didik dia. Saya nampak kamu sahaja yang mampu ubah dia jadi lebih baik. Saya nak sangat tengok dia jadi wanita solehah dan menutup aurat. Saya yakin kamu mampu untuk membimbing dia dengan sikap yang saya nampak pada diri kamu."
Terang Tan Sri Zakaria panjang.
Fayyad hanya mampu menunduk sahaja. Dia tak mampu untuk berkata apa-apa. Berat amanah yang ingin diberikan oleh Tan Sri Zakaria. Dia takut andai dia juga gagal untuk mendidik permata bernilai Tan Sri Zakaria.
"Tidak mengapa. Saya bagi kamu masa untuk berfikir. Saya benarkan kamu pulang ke kampung untuk fikirkan keputusan ini. Saya harap kamu tidak menghampakan saya. Saya dah anggap kamu macam anak saya sendiri." Tan Sri Zakaria tidak mendesak namun terlalu mengharap terhadap Fayyad.
Sudah lama Tan Sri Zakaria memikirkan hal tersebut. Dia tidak salah untuk menjadikan Fayyad sebagi memantunya.
"Abang..."
Menyedarkan lamunan Fayyad setelah ditegur oleh adik ketiganya.
"Abang buat apa dekat sini. Mak panggil abang dari tadi lagi. Langsung abang tak menyahut." Tegur Safira kepada abangnya.
"Kenapa mak panggil abang?"
"Mak nak ajak abang makan petang la. Dari tadi lagi Safira nampak abang mengelamun dekat pangkin ni. Safira pon datang sini la nak panggilkan abang." Jelas Safira.
"Tak apa. Kejap lagi abang makan. Safira pergi la dekat mak dulu."
"Okay abang. Jangan lama-lama ya." Terus Safira berjalan masuk semula ke dalam rumah kayu tersebut.
.…..............
Setelah difikir semasak-masaknya...
Fayyad Ikrami membuat keputusan untuk mengahwini anak Tan Sri Zakaria. Tan Sri Zakaria banyak mambantu dia dan keluarganya. Fayyad berasa sangat terhutang budi.
Perkara tersebut juga telah diberitahu kepada ibu dan adik-adiknya. Mereka menerima dengan hati terbuka kerana sesuai dengan umurnya yang semakin meningkat, 29 tahun. Ahli keluarganya yakin dia mampu menggalas tanggungjawab tersebut.
Solat istikharah juga telah dilaksanakan. Jawapannya tetap sama. Muka Elaini anak majikannya yang muncul dalam mimpinya selama tiga hari berturut-turut dengan memakai telekung. Mukanya sangat suci berbeza dengan yang bertemu sebelumnya.
Fayyad nekad untuk mengahwini Elaini.
"Tan Sri.. Saya sudi memperisterikan Elaini."
Hanya perkataan tersebut cukup melahirkan rasa syukur buat Tan Sri Zakaria. Lama dia menanti saat ini untuk melihat anaknya dibimbing oleh seorang lelaki yang soleh seperti Fayyad Ikrami.
................….......
Berbeza pula bagi Elaini...
"No Paaaa!!! I don't want!! Papa tak faham ka! Tak mungkinla Elaini nak kahwin dengan mamat tu. Not my taste okay. Dah la jahat. Mulut macam cili padi. I'm serious Pa. Elaini tak nak. Fullstop." Bengang Elaini dengan keputusan bapanya.
"Elaini... Ini demi masa depan kamu. Kamu sampai bila nak macam ni. Keluar malam balik pagi. Kamu sedar tak kamu tu perempuan. Anak dara pulak tu. Papa dah dengar macam-macam pasal kamu. Papa penat." Luah Tan Sri Zakaria.
"Papa tahu tak Papa tengah hancurkan masa depan Elaini. Elaini tak suka dia Pa. Dah la dia tu miskin..."
Pang!!!
"Kamu jaga mulut kamu Elaini. Papa dulu pun asal orang miskin. Kamu jangan berani-berani nak kutuk orang miskin."
Tan Sri Zakaria yang sedang duduk di sofa terus bangun menampar Elaini yang sedang berdiri berhadapan dengannya. Mulut Elaini yang sangat melampau mencabar kesabarannya.Elaini memandang bapanya dengan pandangan yang bengis.
Seumur hidupnya tidak pernah dia ditampar oleh bapanya. Namun disebabkan lelaki tersebut, sanggup bapanya menamparnya.
"Apapun yang terjadi kamu tetap kena kahwin dengan Fayyad. Muktamad. Kalau kamu masih nakkan harta Papa kamu kena kahwin dengan Fayyad. Kalau kamu tak mahu, sila pulangkan semua yang Papa bagi dekat kamu. Satu sen pun jangan ambil." Tegas Tan Sri Zakaria menuturkan perkara tersebut.
Tan Sri Zakaria amat serius dalam hal tersebut. Banyak hal yang sudah dia mengalah dengan anaknya Elaini.
"Ini demi masa depan kamu nak."
"Papa akan berikan kerata dan barangan lain kalau Papa puas hati dengan sikap kamu." Tambah Tan Sri Zakaria.
Ini sahaja satu-satunya cara untuk mengajar anaknya. Tak boleh berenggang langsung dengan kemewahan.
"Baik. Kalau itu yang Papa nak Elaini akan turutkan untuk kahwin dengan dia. Tapi Elaini nak perkahwinan ini dirahsiakan. Hanya akad nikah sahaja. Tak usah hebohkan hal perkahwinan kepada media sekalipun. Dan yang paling penting pulangkan harta Elaini. Elaini tak hendak hidup susah. Elaini tak sanggup."
Tersenyum Tan Sri Zakaria mendengar permintaan Elaini. Mudah sangat. Dia juga pasti keputusan untuk mengahwinkan anaknya bukan suatu perkara yang salah. Tan Sri Zakaria pasti, apabila diugut berkenaan harta dan kereta mewah milik Elaini, pasti Elaini akan menurut.
Kenal sangat dengan perangai anaknya.
Elaini terus beredar menaiki tangga menuju ke dalam biliknya.
"Kau tunggu kau.. Nak kahwin sangat dengan aku kan. Ini masanya untuk aku balas dendam." Monolog Elaini sambil tertawa sinis.
💞💞💞💞💞💞🥀🥀🥀🥀🥀🥀
Maaf kalau ada typo.
Keep follow okay..
Jangan lupa vote-comment-suggest to your friend okay..
Gunite readers sekalian
YOU ARE READING
SAHAJA AKU MENIKAHIMU
RomanceElaini binti Zakria merupakan anak kepada usahawan yang terkenal di pelosok dunia. Ayahnya merupakan serang CEO syarikat Maju Holding Sdn. Bhd. dan bergelar sebagai Tan Sri Zakaria. Sikap ayahnya yang rendah diri langsung tidak sama dengan anaknya...