PART 1

307 19 0
                                    


“Seo Hyun bangun! Dah pukul berapa ni? Nanti lambat kelas, harini kan kelas pertama kamu” kejut Pn Jeon sambil menggoncang Seo Hyun.

“erm, nak bangun la ni” ucap Seo Hyun. Namun matanya masih terpejam rapat. Eommanya hanya menggeleng kepala melihat perangai anak gadisnya.

“kenapa ni Eomma? Dia tak nak bangun ke?” soal Jungkook yang berdiri di sebelah Eommanya. Jungkook ni merupakan adik kembar Seo Hyun, Kembar tak seiras.

“entahlah, payah betul nak bangun. Kamu kejutlah dia. Eomma nak siapkan sarapan” arah Pn Jeon. Jungkook hanya mengangguk.
Tanpa membuang masa, Jungkook menuju ke bilik air dan mengambil sebaldi air lalu menyimbahnya ke muka Seo Hyun,

“Eomma ada banjir besar!” jerit Seo Hyun sambil terduduk di atas katil. Jungkook ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan Seo Hyun.

“eii apa kau ni!? Apsal kau simbah air hah? Tak boleh kejut elok-elok ke?” marah Seo Hyun sambil mengelap mukanya. Habis katilnya basah.

“dah nak tercabut anak tekak aku panggil. Sekarang dah pukul 7, cepat siap!” arah Jungkook. Namun Seo Hyun kembali baring atas katilnya untuk sambung tidur, tak hiraukan keadaan katil yang basah kuyup.

“kalau kau tidur lagi aku sembur dengan pili bomba. Bangun cepat!” jungkook memberi amaran dan menutup pintu bilik Seo Hyun. Dengan langkah malas Seo Hyun bangun dan menuju ke bilik air.

**********
“penat sangat ke minggu orientasi tu?” soal En. Jeon


“uihh, penatlaa Appa. Dahla kena dera dengan senior. Lepastu kena pusing satu Universiti pulak and kena dengar taklimat yang entah pape tu. Serius penat” ujar Seo Hyun sambil menuang kopi ke dalam cawan.



Minggu orientasi lah minggu yang paling penat, sibuk dan tak suka, kena buat itu ini, tak cukup tidur lagi. lagi teruk kalau dapat senior yang jahat dan sewel. Memang masaklah didera diorang. Ada ke patut diorang buat pertandingan jalan mengundur ke belakang, siapa kalah kena meniti di atas kayu yang diletakkan didalam tasik. Lepastu boleh pulak diorang goncang kayu tu, memang confirm la dia jatuh tergolek dalam tasik tu. Rasanya tu lah benda yang paling bodoh yang pernah dia buat.

“alah, kau tu yang manja. Tu pun penat, tapi serius lawak masa part kau berenang dalam tasik tu. Macam ikan duyung, aku ada rakam tau” sampuk Jungkook sambil ketawa terbahak-bahak.


“kau jangan nak gelak kat aku. Kau tu semalam kaki cramp tengah-tengah jalan masa pusing Universiti. Buat malu jelah, jalan sikit dah cramp kaki. Tak gentle langsung!” balas Seo Hyun. Sengaja ingin sakitkan hati Jungkook. Muka Jungkook dah merah menahan marah

“dah! Jangan gaduh. Makan cepat, nanti kamu berdua lambat” kata Pn Jeon. Ingin meleraikan pertengkaran Seo Hyun dan Jungkook. Kalau dibiarkan boleh bertumbuk budak 2 orang tu

*********
“harini kau jelah yang pandu. Aku penatlah” ujar Seo Hyun dan mengambil tempat di sebelah penumpang. Motornya rosak jadi dia terpaksa menumpang Jungkook.

“kau jelah yang pandu. Aku pun penat ni, You’re older than me. so, mengalah la sikit” ujar Jungkook


because I’m older than you, aku arahkan kau untuk pandu kereta ni. Aku lagi tua dari kau tau. So, hormat sikit. Jangan melawan” kata Seo Hyun.


“tua 2 minit je pun. Tu pun nak berlagak” cebik Jungkook dan mula memandu kereta. Seo Hyun tersenyum lebar tanda kemenangan.

Setelah 15 minit memandu, mereka sampai di Universiti. Seo Hyun dan Jungkook segera keluar dari kereta. Keluar je dari kereta Seo Hyun dah diterpa Hyuna, sahabat baiknya sejak dari sekolah lagi. seperti biasa perempuan kalau dah bertemu, mulalah berpelukan sambil jerit memanggil nama dan terlompat-lompat


“wah, rindunya kau dengan kau!” ujar Seo Hyun setelah meleraikan pelukannya

“overlah kau ni. Baru semalam kita jumpa. Oh! Hai Jungkook, handsome kau harini” ujar Hyuna. Jungkook dah tersenyum lebar kena puji. Mereka bertiga berkawan baik sejak sekolah lagi.

well, aku memang dari kecik lagi dah handsome. Ok lah, Kelas nak mula dah ni. Seo Hyun, nanti kau call aku bila kelas kau dah habis” ujar Jungkook dan berlalu pergi. Seo Hyun hanya mengangguk. Jungkook mengambil jurusan undang-undang manakala Seo Hyun mengambil jurusan perniagaan.

“eh, jom kita ke kafe. Kelas satu jam lagi baru nak mula. Sempat lagi kita lepak kafe dulu” ajak Hyuna

“jom!” jawab Seo Hyun sambil menarik  Hyuna


(di kafe)

“ish, Ramainya orang!” ucap Seo Hyun apabila melihat keadaan kafe. Ramai kot orang! kalau terpisah ni confirm tak jumpa nak cari.


“biasalah, kan sekarang kemasukan pelajar baru. kau duduk dulu. Aku pergi beli air” kata Hyuna. Seo Hyun hanya menurut dan mencari tempat duduk. Di pertengahan jalan dia terlanggar seseorang, habis terjatuh buku di tangannya. Segera dia mengutip buku-bukunya yang terjatuh




Macamana? Okey tak untuk permulaan?. Harap korang dapat vote & comment!

[C] Mr. Right [PARK JIMIN : 박 지민] Where stories live. Discover now