PART 14

181 14 0
                                    

"Finally, tamat jugak kan kita belajar. Lepasni mesti aku rindu suasana kat sini. Uncle aku dah bising suruh kerja dengan dia ni" ujar Hyuna sambil berjalan keluar dari dewan peperiksaan.







"So, apa perancangan korang lepas ni?"soal Shin.



"aku take over company Appa aku la" jawab Jimin.





"aku pun kerja dengan Appa aku" sampuk Seo Hyun pula.





"aku dah dapat tawaran kerja kat UK" jawab J-Hope.


Semua mata memandang J-Hope.



"seriously? Jauhnya! Kau nak tinggalkan kami dekat sini ke?" kata Jimin




"ish, bukan aku pergi tak balik pun! Nanti majlis kahwin korang semua aku balik la" ujar J-Hope.



Mereka semua ketawa



"ok, memandangkan ini hari last day kita sebagai pelajar, jom malam ni aku belanja korang dinner, nak tak?" ajak Shin.





Jimin dan J-Hope mengangguk setuju




"aku tak boleh la. Dah janji nak keluar dengan family" jawab Hyuna.





"aku pun sama" sampuk Seo Hyun




"alah korang ni, tak bestlah macam ni" balas Shin dengan kecewa





"kau baru cakap sekarang, lain kali bagitau la awal sikit. Dah jom pergi kafe, lapar ni" ajak Hyuna.


Mereka semua mengikut langkah Hyuna ke kafe.
********

'If you ever love somebody say yeah, say yeah - bunyi telefon-







'Hello, erm kenapa call aku tengah malam buta ni? Aku dah tidur la' soal Seo Hyun dengan malas apabila J-Hope menelefonya.






'Seo Hyun! Kau kena datang sekarang juga! Aku tunggu kau dekat Chill's Bar, belakang rumah kau ni. Datang cepat!' arah J-Hope di hujung talian.






'ada apa kat sana?' soal Seo Hyun.




'Datang jelah!' arah J-Hope





'ish kau ni. Kacaulah! Tunggu situ, kejap lagi aku datang' balas Seo Hyun dan menamatkan panggilanya.





Segera dia menuruni tangga dengan tergesa-gesa.





"eh nak pergi mana?"soal Jungkook




"ada hal!" jawab Seo Hyun dan menutup pintu
*********
Tergesa-gesa Seo Hyun membuka pintu Chill's Bar, buka sahaja pintu kelihatan Jimin dan J-Hope sedang menarik Shin untuk bangun.





Nampaknya Shin mabuk.






"ah, dah sampai pun. Cuba kau ajak dia balik, dah puas kami ajak tapi dia tak nak. Selagi kau tak datang selagi tu dia tak nak balik" ujar J-Hope sambil menarik Shin bangun.  



Seo Hyun duduk di hadapan Shin




"Shin, jom balik"ajak Seo Hyun sambil menarik lengan Shin untuk bangun




"kau dah sampai ke Seo Hyun? aku..aku ada benda nak bagitau kau"ujar Shin dalam keadaan terhuyung hayang





"apa?" soal Seo Hyun sepatah





"kau tahu tak aku sebenarnya suka kat kau. Tapi aku malu nak luahkan sebab selama ni kita dah biasa berkawan baik. Kau...kau suka aku tak?"soal Shin sambil memandang Seo Hyun dengan mata separuh tertutup





Manakala Seo Hyun, Jimin dan J-Hope dah terkejut dengan pengakuan Shin. Masing-masing tergamam dan diam.






"Shin kau mabuk ni, jom balik" ajak Seo Hyun sambil menarik Shin bangun.




"tarik jelah dia ni"arah Seo Hyun selepas melihat Shin masih lagi tak berganjak. Jimin dan J-Hope hanya menurut.






"letak kat sini dulu, aku pergi ambil kereta"arah J-Hope.





Jimin dan Seo Hyun meletakkan Shin di kerusi luar kedai.





"sejuknya" bisik Shin.




Matanya masih terpejam. Seo Hyun menanggalkan sweaternya dan menyelimutkan Shin untuk mengurangkan rasa sejuk. Jimin yang melihatnya terbit rasa cemburu.






"kau suka dia jugak ke?"soal Jimin selepas melihat cara layanan Seo Hyun terhadap Shin.






"entahlah. Aku keliru"jawab Seo Hyun sambil tunduk. Dia sendiri turut terkejut dengan pengakuan Shin. Rasa macam mimpi.
********
Seo Hyun berjalan pantas ke arah taman selepas melihat Shin sudah menunggunya. Segera dia mengambil tempat di hadapan Shin dan masing-masing masih diam. Selepas peristiwa semalam, terasa janggal.






"aku..aku nak tahu jawapan kau" Shin memulakan bicara.





"aku rasa kau pun tahu jawapanya Shin. Aku hanya anggap kau sebagai kawan baik aku, perasaan sayang aku terhadap kau, hanya sebagai kawan. Sorry Shin" terang Seo Hyun.





"aku faham, aku tak boleh nak paksa kau terima aku"Shin tersenyum pahit.





"sekali lagi aku minta maaf. Aku harap benda ni tak jejaskan persahabatan kita. Serius aku cakap, aku sayang kau sebagai kawan baik aku" ujar Seo Hyun.





"aku yang patut minta maaf. Aku tak patut ada perasaan dekat kau, aku minta diri dulu" Shin bangun dari tempat duduknya. Seo Hyun hanya memandang kelibat Shin.
*****
Ding Dong Ding Dong Ding Dong-bunyi loceng-



"siapa pula yang datang ni" bisik Seo Hyun dan membuka pintu.




Jimin rupanya






"apsal kau tekan loceng macam nak roboh rumah aku ni?" soal Seo Hyun.




"jom ikut aku. Kita pergi airport!" jawab Jimin lalu menarik Seo Hyun.





"eh..eh kejaplah! Kenapa ni?" tanya Seo Hyun selepas melihat muka cemas Jimin.




"kau tau tak Shin dah nak balik Jepun? Dia nak fly dah, sempat ke tidak kita jumpa dia tak taulah" balas Jimin sambil mula memandu kereta.






"kenapa tiba-tiba dia nak balik sana?" soal Seo Hyun. Takkan sebab peristiwa haritu Shin nak lari jauh.




"Family nak pindah sana, nasib baik Hyuna call aku bagitau" jawab Jimin. Seo Hyun hanya diam


(Di Airport)

Seo Hyun dan Jimin berlari-lari menuju ke arah Hyuna dan J-Hope yang sudah menunggu.



"mana Shin?" soal Seo Hyun cemas.


"dia dah fly dah"jawab Hyuna. Seo Hyun terduduk, tak sempat berjumpa dengan Shin.




"kenapa dia pergi tanpa ucapkan selamat tinggal? Dia bencikan aku ke?"soal Seo Hyun sambil menangis di pelukan Hyuna.





"dia tak bencikan kau lah. Jangan fikir yang bukan-bukan" kata Jimin.




"ni dia ada tinggalkan surat untuk kau" tegur J-Hope sambil menghulurkan sekeping surat.


Seo Hyun mengambilnya dan mula membaca,



'maafkan aku, aku tak patut ada perasaan dekat kau. Aku akan cuba lupakan perasaan tu dan semoga kita berjumpa lagi. I Love you, my freind'

- Shin




Done update! Tau story ni macam tak berapa menarik tapi vote la ye 😂

[C] Mr. Right [PARK JIMIN : 박 지민] Where stories live. Discover now