Jimin termenung di hadapan cermin dan memegang bibirnya yang kelihatan lebam, kesan daripada pergaduhan semalam."patut ke beritahu Eomma? Kalau aku bagitau boleh mati tergolek Eomma nanti" bisik Jimin sambil berbaring di atas katil. Baru je ingin melelapkan mata, pintu biliknya dibuka.
"kenapa dengan bibir kamu ni? Bergaduh ke?"soal Pn Park sambil memegang muka Jimin.
"bukanlah. jatuh tangga semalam" bohong Jimin. Rasanya sekarang bukan masa yang sesuai untuk menceritakan perkara sebenar kepada Eommanya.
"jangan lupa sapu ubat. Jom makan, Eomma dah masak" kata Pn Park
Jimin dan mengikut langkah Eommanya dari belakang.
*******
"Seo Hyun! Seo Hyun!" panggil Hyuna sambil berlari menuju ke arah Seo Hyun yang sedang membelek telefonya."apa kau ni? Pagi-pagi terjerit macam orang tak betul" soal Seo Hyun.
"kau nak pergi tak program dekat Busan High School of Arts hujung minggu ni? aku dengan Shin nak pergi" ajak Hyuna dengan termengah-mengah.
"hujung minggu ni maksudnya lusa lah kan? Erm… bolehlah" kata Seo Hyun selepas berfikir.
"Good! Petang ni diorang nak buat meeting. Jin dah bagitau aku tadi" ucap Hyuna
"amboi, rapat betul kau dengan Jin, ada pape ke?" usik Seo Hyun.
"jangan nak buat spekulasi yang tak berasas. jom masuk kelas" kata Hyuna sambil menarik Seo Hyun.
(Di bilik meeting)
Seo Hyun, Hyuna dan Shin berjalan beriringan menuju ke bilik meeting. Buka sahaja pintu, muka Seo Hyun terus berubah. Segera dia menutup kembali pintu dan ingin beredar dari situ namun sempat ditahan Hyuna.
"eh kenapa ni?" soal Hyuna
"kenapa kau tak cakap yang si Jimin mata sepet tu ada sekali? Aku tak nak pergi lah macam ni, kau tau kan aku benci tahap gila-gila kat dia"ujar Seo Hyun. Rasa terbakar pula dia tengok muka Jimin.
"janganlah macam ni. Kita dah bagi nama tau" pujuk Shin. Nak tak nak, Seo Hyun terpaksa mengalah.
"okey, semua dah ada kan? Kita mulakan sekarang" ujar Jin, selaku Presiden Kelab Fotografi. Sempat Seo Hyun menjeling kelibat Jimin yang ada di depanya.
"okey, sekarang aku nak bahagikan partner. Hyuna, kau dengan Suga. Ok tak?" soal Jin. Hyuna dan Suga menganggukkan kepala tanda setuju.
"seterusnya Seo Hyun, kau partner dengan Jimin. Ok tak?" soal Jin.
"tak ok!" Seo Hyun dan Jimin menjawab serentak. Semua peserta yang ada dalam bilik tersebut memandang ke arah mereka.
Jin bercekak pinggang, cukup faham dengan krisis mereka berdua.
"ok. Korang berdua partner" Jin memberi kata putus. Seo Hyun dan Jimin ternganga mendengar jawapan dari mulut Jin.
"seterusnya Shin dengan Aemi...bla..bla..." baca Jin dengan panjang lebar.
“Si Jin ni pun satu, dah tau Jimin tu musuh aku lagi suruh aku partner dengan Jimin tu. Mesti dia sengaja letakkan aku dengan Jimin" bisik Seo Hyun kepada Hyuna yang berada di sebelahnya.
"aku rasa jodoh kot. Think positive la, Jin nak jernihkan hubungan korang la tu. Sampai bila kau nak benci dia"ucap Hyuna sambil menahan gelak.
"kau tau tak betapa terseksanya aku nak hadap muka dia untuk tempoh 3 tahun lagi? I absolutely hate him! Aku rela kahwin dengan V si alien pondan tu daripada dia tau tak?" marah Seo Hyun.
"ok semua! Ni senarai aktiviti yang akan kita buat kat sana nanti"ucap Jin sambil menghulurkan kertas.
*******
Seo Hyun sedang sibuk memasukkan barang-barang yang diperlukan semasa program ke dalam beg.
"Eomma, Appa Seo Hyun pergi dulu! Jungkook cepatlah hantar aku, nanti lambat" kata Seo Hyun sambil memakai kasut.
"baik-baik kat sana tu" pesan Eommanya. Seo Hyun hanya mengangguk.
"eh kejap, apsal kau pakai kasut aku? Kasut ni kau dah bagi aku, buruk siku la kalau kau nak ambil balik" kata Jungkook.
"siku ni kalau naik kat muka kau, buruk muka kau tau. Pinjam kejap je, kasut aku semua basah la. Tengok tu" tunjuk Seo Hyun.
"dah tau nak pergi program, yang pergi basuh buat apa?"bebel Jungkook sambil berjalan menuju ke kereta.
(Di dalam kereta)
"alaa, boring la aku kat rumah. Takde siapa nak temankan aku main PS4 nanti" Jungkook bersuara sedih. Dia jarang berpisah dengan Seo Hyun dan selalunya semua benda dibuat bersama, sampaikan semua orang menyangka mereka adalah pasangan kekasih.
"ajak jelah Bobby tu. Tak pun ajak Eomma" Seo Hyun memberi cadangan.
"tak bestlah kalau ajak Eomma" balas Jungkook.
"tak best sebab kau selalu kalah dengan Eomma kan?"ujar Seo Hyun sambil gelak. Muka Jungkook dah masam. Setelah 15 minit memandu, mereka sampai di Seoul Station.
"bye, aku pergi dulu" ujar Seo Hyun sambil membuka pintu kereta
"nak pergi macam tu je?" soal Jungkook. Kening Seo Hyun dah berkerut.
"dah tu macamana lagi? Takkan kau nak suruh aku berkuda kepang kot" balas Seo Hyun.
Jungkook mendepangkan tanganya, Seo Hyun tersenyum dan menuju ke arah Jungkook dan memeluknya.
"manja betul kau ni. Aku bukan nak pergi sampai tak nak balik pun"kata Seo Hyun sambil memeluk Jungkook. Jungkook dah menitiskan air matanya.
"bye, malam jangan lupa jemput aku" ucap Seo Hyun dan meleraikan pelukanya.
***
"siapa tu?" soal Jimin kepada MinHo selepas melihat Seo Hyun sedang memeluk seorang lelaki. Mesra semacam je."entah, boyfriend dia la kot" balas MinHo sambil menyusun barang-barang di dalam train. Jimin masih lagi memerhatikan gerak geri Seo Hyun.
"ok semua! Berkumpul!" arah Jin. Semua peserta berkumpul di hadapan Jin.
"atas train nanti, aku harap korang dapat duduk dengan partner masing-masing. Senang korang nak bincang pasal aktiviti tu nanti. Dan Seo Hyun, jangan nak mengelak, duduk dengan Jimin" arah Jin.
"tapi Jin.." Seo Hyun cuba untuk membantah
"takde tapi..tapi. Ini arahan. Kau nak duduk sebelah Jimin atau kau nak pandu train ni? Pilih" soal Jin.
"kalau aku bawa train ni masuk ICU la korang semua" balas Seo Hyun dengan selamba.
"Jimin, kau heret dia masuk. Menyampah pulak aku dengan dia ni, suka menjawab betul" jeling Jin.
"Yes Sir!" ujar Jimin dan menarik Seo Hyun masuk ke dalam bas.
(Di dalam train)
Seo Hyun dan Jimin masing-masing diam, langsung tak bercakap, kalau bercakap nanti tak pasal-pasal bergaduh pula. masing-masing khusyuk bermain telefon.
"ngantuknya, tidur lagi best" bisik Seo Hyun sambil memejamkan matanya.
Selamat berpuasa guys! 🥰 jangan lupa untuk vote + comment 🤩🥰
YOU ARE READING
[C] Mr. Right [PARK JIMIN : 박 지민]
FanficRupanya, dia Mr. Right yang selama ni aku cari......