Jimin sedang duduk termenung di taman hospital, memerhatikan sekumpulan remaja yang sedang bermain basketball. Dah lama dia tinggalkan sukan basketball, tambah lagi dengan keadaan kakinya yang sekarang, makan masa yang lama untuk pulih
"nah" Seo Hyun menghulurkan setin air. Jimin segera menyambutnya.
"mana Jungkook? Selalunya dia tak bagi kau keluar" tanya Jimin. Melihatkan Jimin yang terkial-kial ingin membuka air tersebut, Seo Hyun tolong membukanya
"dia sibuk harini. Tu yang aku boleh merayau"ujar Seo Hyun sambil minum
"hah! Kantoi tengah dating!"
"pushh! Uhuk! Uhuk!" terbatuk-batuk Seo Hyun yang ketika itu sedang minum. Jimin turut sama terkejut, sampai tercampak tongkatnya.
Muncul Hyuna, Shin dan J-Hope sambil tergelak-gelak
"korang ni suka sangat ke aku mati? Terkejutlah!" marah Seo Hyun. Rasa macam nak kena serangan jantung. Serius terkejut nak mati
"wah, sweetnya. Dating kat taman, mesti hari-hari korang dating kat sini. Dulu bukan main lagi tak suka tapi sekarang"usik J-Hope
"mana ada! Kitaorang baru lepas buat err...fisioterapi. Hah fisioterapi, kan?" jawab Jimin sambil memandang Seo Hyun.
"haa, be..betul tu. Fisioterapi" kata Seo Hyun
"macamana korang tahu yang kitaorang ada kat sini?" soal Jimin. Cuba untuk mengalih topik
"main agak je. Sini je tempat orang lepak. Bila korang boleh keluar ni? Kecoh dalam kelas asyik tanya pasal korang"kata Shin sambil duduk
"lagi-lagi si alien pondan tu. Dia risau gila kat kau Jimin" sambung J-Hope
Seo Hyun terus ketawa terbahak-bahak apabila terdengar nama V. Jimin dah menjeling. Seo Hyun menutup mulutnya, faham dengan jelingan Jimin
"eii, kalau dia ada sebelah aku, boleh kena sawan tau tak?" kata Jimin. Serius dia geli melihat V a.k.a alien pondan yang dah macam sotong kurita. Asyik nak melekat denganya
******
Seo Hyun sedang mengemas barang-barangnya kerana harini dia dah boleh keluar hospital."kaki tu jangan terlalu lasak sangat. Kalau boleh elakkan turun naik tangga and jangan lupa, 2 minggu nanti datang balik" pesan Dr Yeol
"yes Doc. Saya tak lupa lah" balas Seo Hyun sambil memasukkan barang-barangnya
"kalau macam tu saya minta diri dulu" Dr Yeol meminta diri
"err kau pergi letak barang dululah, aku ada hal kejap"kata Seo Hyun. Jungkook hanya mengangguk, dalam hatinya dah boleh meneka ke mana Seo Hyun nak pergi
********
Seo Hyun berjalan terhinjut-hinjut menuju ke bilik Jimin, kelihatan Jimin sedang terbaring di atas katil. Segera dia membuka pintu,"tidur rupanya" bisik Seo Hyun. Melihatkan Jimin yang sedang tidur, dia ingin keluar dari bilik tersebut namun tanganya dipegang Jimin. Seo Hyun tersentak
"kau dah nak balik ke?"soal Jimin sambil membuka mata
"a'aa. Nak balik dah"jawab Seo Hyun sambil menarik tanganya dari pegangan Jimin
YOU ARE READING
[C] Mr. Right [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionRupanya, dia Mr. Right yang selama ni aku cari......