"buta ke?! mata letak kat kaki?! Tengok apa kau dah buat!” marah satu suara. Macam suara lelaki, Seo Hyun mengangkat mukanya.
“ewah, sedap bercakap. Kau yang langgar aku lepastu nak salahkan aku pula. Tak cukup lagi ke dengan empat mata yang kau ada tu? Sampai aku yang besar gedabak ni tak nampak?!” jawab Seo Hyun.
“what did you just say? Do you wanna die today!?” ujar lelaki tersebut sambil menanggalkan cermin mata hitamnya dan merenung Seo Hyun dengan tajam. Bengang dengan jawapan Seo Hyun.
“I think you hear it clearly” balas Seo Hyun sambil membalas pandangan tajam lelaki tersebut. Ingat dia takut sangat main jeling-jeling macam tu.
“Seo Hyun, Jom!” panggil Hyuna. Seo Hyun ingin menuju ke arah Hyuna namun begnya sempat ditarik lelaki tersebut.
“where’s your manner Miss? Tak belajar etika ke masa sekolah dulu? Buat salah nak blah macam tu je?”
Sempat Seo Hyun menjeling nama lelaki tersebut pada kad pelajar yang tergantung di lehernya. Park Jimin, hmmm, Nama je cantik tapi perangai hampeh + perasan bagus nak mampus.
“excuse me, kau yang salah lepastu nak suruh aku minta maaf pulak. Siapa yang tak belajar etika sekarang ni? Ni mesti masa kelas etika kau ponteng kan?” soal Seo Hyun sambil menarik kembali begnya. Telinga Jimin dah merah menahan marah.
Selepas memberi jelingan mautnya, Seo Hyun meninggalkan Jimin dan menuju ke arah Hyuna yang sudah menunggu.
“you better watch out girl!” laung Jimin. Seo Hyun hanya buat dek dan menuju ke arah Hyuna.
******
Suasana di dalam kelas sudah penuh dengan pelajar-pelajar, yelah siapa berani nak datang lambat first class kan? Kalau rasa nak kena blacklist dengan lecturer silalah buat. Segera Seo Hyun dan Hyuna mengambil tempat di hadapan sekali.Pelajar masih berpusu-pusu masuk ke kelas. Namun kelibat pelajar terakhir yang masuk ke kelas mengejutkan Seo Hyun, Lelaki tadi!! Muka Seo Hyun masih dengan riak tak percaya. Macam mana si Jimin boleh sekelas denganya pula. Habislah dia kejap lagi, kena hadap muka Jimin hari-hari. Sempat Jimin melemparkan senyuman sinis kepada Seo Hyun.
“Hyuna, cuba kau lempang aku” kata Seo Hyun. Dengan segera, Hyuna melempang Seo Hyun.
“auw! Kuatnya. Sakit tau” ujar Seo Hyun sambil menggosok pipinya. Kuat betul Hyuna melempang nya.
“eh, tadi kau juga yang suruh. Kau kenapa? Mengantuk lagi ke?” kata Hyuna sambil gelak ketawa
“bukan mengantuk. Tapi….” Belum sempat Seo Hyun menjawab, bunyi pintu dibuka dari luar. Kelihatan seorang lelaki pertengahan umur masuk dan meletakkan bukunya di atas meja.
“okey class, saya merupakan lecturer kamu bagi subjek Statistic (subjek ni berganda-ganda lagi susah dari add math). Kamu boleh panggil saya Sir Kim. Carry marks for this subject is 50% and bla…bla…” terang Sir Kim dengan panjang lebar. Pelajar hanya mengangguk-angguk mendengar penjelasan Sir Kim.
“that’s all for today. See you next Thursday” ujar Sir Kim dan keluar dari kelas.
“argh, bencinya aku dengan subjek ni. Aku bukan suka subjek mengira ni. Aku dapat merasakan masa depan yang kelam dengan subjek ni” kata Seo Hyun sambil mengemas buku-bukunya.
“aku pun tak suka juga, menyampah” sampuk satu suara. Spontan Seo Hyun dan Hyuna berpaling ke belakang mereka.“hello, nama aku Kim Shinichi. Korang panggil aku Shin je” ujar Shin sambil menghulurkan tangannya.
“oh hello, nama aku Seo Hyun dan ni Hyuna. Nice to meet you” ucap Seo Hyun sambil menunjuk Hyuna yang berdiri di sebelahnya. Selepas itu mereka mula berbual-bual
*********
(waktu tengah hari di kafe)“eh, tadi masa kat kafe kau cakap dengan sape? Macam tengah bertekak je gaya. Tapi muka dia macam sekelas dengan kita. Tak silap aku nama dia Jimin kan?” soal Hyuna. Jungkook dah mula memandang ke arah Seo Hyun.
“entah, aku pun tak tau dia siapa” jawab Seo Hyun acuh tak acuh. Mulutnya penuh dengan makanan.
“kau cari pasal dengan siapa pula kali ni? Aku report dekat Eomma dengan Appa nanti” ujar Jungkook. Bukan dia tak tahu perangai Seo Hyun, mudah naik angin dan kadangkala agak jahat sikit.
“eii, budak ni, Mengadu je kerja kau kan? Mana ada aku gaduh, kau ada bukti ke?” jeling Seo Hyun.
“Sis, kau ingat aku tak kenal perangai buruk kau tu ke? entah perangai sape la dia ikut” perli Jungkook
“boleh tak korang jangan bertekak kat sini?” sampuk Hyuna. Memang dia faham sangat dengan Seo Hyun dan Jungkook. kembar yang selalu bergaduh, Jungkook dan Seo Hyun hanya tersengih.
“korang, aku nak pergi tandas jap” ujar Seo Hyun dan menuju ke tandas.
Sebaik sahaja keluar dari tandas, Seo Hyun terlanggar pula seseorang. dua-dua jatuh tergolek.
“sorry, tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf” kata Seo Hyun. Memang kali ni dia yang salah, Segera dia menyapu pakaiannya yang kotor.
“eii kau lagi. masuk hari ni dah 2 kali kau langgar aku. kau jalan memang pejam mata ek? Sampai aku yang besar gedabak ni kau tak nampak? Orang jalan tengok depan, bukan belakang!” bebel Jimin sambil mengutip bukunya. Seo Hyun terus memandang orang di depannya.
Erk, Jimin lagi?
“eh cakap orang, kau tu yang mata sepet. Lain kali jalan tu bukak mata luas-luas sikit, barulah nampak! Ini tak, bulu kening dengan mata sama je besar. Tu yang jalan asyik langgar orang je” perli Seo Hyun.
“say.that.word.again!!” kata Jimin sambil memegang erat lengan Seo Hyun. Rasa tercabar dengan kata-kata Seo Hyun. Boleh Seo Hyun mengutuknya depan-depan.
“dahla, aku dah minta maaf kan? Apa lagi yang kau tak puas hati? nak report polis?” soal Seo Hyun sambil merentap lengannya dari pegangan Jimin.
“Baik kau buang jelah mata kau tu! Ataupun pergi derma dekat siapa-siapa. Ada mata tak nak pakai! Menyusahkan betul lah!” ujar Jimin dan meninggalkan Seo Hyun keseorangan.
“aku dah minta maaf pun nak marah lagi. apa yang dia tak puas hati sangat tak taulah, macamlah aku pernah ikat misai anak kucing dia sampai mati. malang betul nasib aku terpaksa tengok muka dia untuk 3 tahun lagi” bebel Seo Hyun.
Done updateeee. Jangan lupa untuk vote and comment guys🥰
YOU ARE READING
[C] Mr. Right [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionRupanya, dia Mr. Right yang selama ni aku cari......